[Perjanjian Antarabangsa] Kesan Tidak Memenuhi Syarat dan Unsur Perjanjian (Bahagian 3/3)
Penulis: Iyad Hilal
(Sambungan dari “Kesan Tidak Terpenuhinya” Bahagian 2/3.)
Kesan Tidak Ditetapkannya Masa Berlakunya Perjanjian
Tidak ditetapkannya masa berlakunya perjanjian memiliki beberapa akibat, tetapi terdapat perbezaan pendapat di antara para fukaha dalam masalah ini.
Sesungguhnya tidak disebutnya batas waktu berlakunya perjanjian akan merosakkan perjanjian itu. Rosaknya perjanjian dapat dihilangkan dengan menghilangkan sebab-sebabnya. Hal itu dapat dilakukan dengan menentukan batas waktu berlakunya perjanjian tersebut. Asy-Syafie memiliki pendapat berbeza dalam hal ini. Beliau berpendapat bahawa perjanjian batal apabila tidak disebutkan batas waktu berlakunya perjanjian. Ini kerana tidak disebutkannya batas waktu berlakunya perjanjian bererti perjanjian itu berlaku selamanya.
Asy-Syafie menganggap jika batas waktu berlakunya perjanjian itu lebih dari batasan yang paling lama, ada dua pendapat, menurut Syafie, berdasarkan pada perbezaan kesepakatan. Pendapat yang pertama adalah perjanjian tersebut batal.
Pendapat kedua yang didasarkan pada perbezaan kesepakatan, perjanjian tersebut batal apabila melebihi tempoh batas waktu dari masa yang dibolehkan dan sah pada masa yang dibolehkan. Pendapat yang kedua lebih dikenal dalam mazhab ini. Inilah pendapat Syafie dan sebahagian ulama Hanafi yang sependapat dengan Syafie bahawa tempoh sah paling lama dari suatu perjanjian adalah selama sepuluh tahun. Pendapat yang benar adalah bahawa tidak ditetapkannya masa berlakunya perjanjian hanya akan merosak perjanjian sahaja.
Inilah pengaruh tidak terpenuhinya syarat-syarat sahnya perjanjian secara global. Ada lagi sebahagian syarat yang berpengaruh berbeza dari syarat-syarat lainnya. Kami akan mengungkapkan syarat syarat yang keluar dari hukum umum dan pengaruhnya sebagai berikut.
a) Tidak dituliskannya perjanjian dalam Bahasa Arab tidak memengaruhi keabsahan perjanjian. Namun, orang yang menandatangani perjanjian tersebut akan berdosa di akhirat jika tidak ada keperluan untuk menuliskan perjanjian itu dengan selain Bahasa Arab.
b) Apabila perjanjian yang dibuat bertentangan dengan komitmen Negara Islam dengan negara lain yang terikat perjanjian dengan negara, maka perjanjian yang terakhir sekali dibuat dengan negara lain batal kerana berlakunya perjanjian ini bererti membatalkan perjanjian yang pertama.
c) Perjanjian-perjanjian yang tidak memiliki kemaslahatan secara langsung atau tidak langsung kepada kaum muslim atau kepada Islam atau dalam rangka pengembangan dakwah Islam adalah perjanjian yang batil.
d) Perjanjian yang dibuat dengan negara-negara yang sedang berperang (muharibah fi’lan) dengan Negara Islam sebelum perjanjian gencatan senjata juga termasuk perjanjian yang batil. Ini kerana perjanjian itu mengakibatkan terpeliharanya darah dan harta orang-orang yang berperang, sementara pada situasi peperangan yang nyata darah dan harta itu halal. Dengan demikian, jenis perjanjian seperti itu batal.
- Syarat-syarat yang rosak tidak akan membatalkan perjanjian dan tidak pula merosaknya, bahkan perjanjian tetap sah. Akan tetapi, syarat-syarat yang rosak itu tidak berlaku dan tidak boleh dilaksanakan meskipun Amirul Mukminin telah menyetujuinya. Adapun ulama Syafieyah dan Malikiyah berpendapat bahawa perjanjian tersebut rosak. Rosak dan batal menurut mereka bermakna sama.
Dikecualikan satu syarat dari syarat-syarat itu menurut ulama Hanabilah bahawa adanya syarat itu membatalkan perjanjian. Syarat tersebut adalah bahawa masing-masing pihak dapat membatalkan perjanjian bila-bila sahaja mereka menginginkannya. Golongan Hanabilah berpendapat bahawa suatu perjanjian itu batal jika terdapat syarat ini.
Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Internasional dalam Pandangan Islam.
#PerjanjianAntarabangsa #DarulIslam #DarulKufur #PolitikIslam