Tiga Kesedaran Penting Untuk Membangun Kembali Peradaban Islam – Ustaz Ismail Yusant0
Cendekiawan muslim Ustaz Ismail Yusanto (UIY) menegaskan, setidaknya ada tiga kesedaran penting untuk membangun kembali peradaban Islam. Hal tersebut diungkapnya kepada MNews, Rabu (23-9-2026).
Pertama, sebutnya, kesedaran sejarah Islam. Apa yang terjadi hari ini, ungkapnya, keadaan umat Islam, baik di negara ini mahupun secara umum di dunia, adalah buah daripada peristiwa-peristiwa politik pada masa lalu, terutama runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.
“Mengapa kita perlu menyebutkan perkara itu, kerana itulah titik di mana umat Islam semenjak saat itu tidak lagi memiliki junnah, tidak lagi memiliki imam, pemimpin, amirul mukminin yang berfungsi sebagai pelindung atau junnah,” jelasnya.
Menurut beliau, keadaan tersebut juga membuatkan umat Islam tidak lagi memiliki payung dunia Islam sehingga umat tercerai-berai dan orang ramai sering mengatakan bahawa umat Islam hari ini seperti anak ayam yang kehilangan ibu mereka.
“Jadi, kesedaran tentang sejarah itu penting sebab kalau kita tidak memiliki kesedaran itu, kita tidak akan pernah mendapatkan jawapan mengapa umat Islam seperti ini. Mengapa negara Islam terpecah-belah sedemikian rupa sehingga tidak dapat dipisahkan daripada detik-detik penting sebelum kejatuhan 1924,” jelasnya.
Beliau juga berkata bahawa terdapat Perjanjian Sykes-Picot yang membelah wilayah dunia Islam yang sebelum ini berada dalam satu kesatuan kepada kawasan di bawah pemerintahan British dan Perancis. Beliau menjelaskan bahawa keadaan Khilafah Uthmaniyyah yang semakin lemah pada masa itu dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.
“Ini semua adalah sejarah. Jadi sangat penting al-wa’yu at-tarikhi al-Islami (kesedaran sejarah Islam) supaya umat dapat memahami bahawa apa yang terjadi sekarang ini adalah akibat daripada apa yang pernah berlaku dahulu,” sebutnya.
Yang Kedua adalah kesedaran politik Islam. “Kesedaran politik Islam itu intinya adalah bagaimana memandang peristiwa-peristiwa politik, kalau dalam bahasa kitabnya itu min zawiyatin khassatin (daripada sudut pandang tertentu), iaitu sudut pandang Islam,” tuturnya.
Beliau menjelaskan, dalam sudut pandang Islam, tidak ada keadaan yang dianggap tidak boleh atau tidak mungkin berubah. Selagi mana keadaan yang ada masih jauh daripada standard ajaran Islam, keadaan tersebut tetap menjadi objek perubahan dan tidak dianggap muktamad.
“Jikalau pun ada perubahan, perubahan bukan ke arah Islam, seperti yang berulang kali terjadi, Orde Lama kepada Orde Baru, Orde Baru kepada Reformasi, itu kan perubahan-perubahan, tetapi belum mengarah kepada Islam,” terangnya.
Kerana itu, beliau menekankan, kesedaran politik Islam adalah hal penting agar umat dapat bergerak dan menggerakkan perubahan.
“Kesedaran politik itu perlu berhujung kepada bagaimana politik Islam itu tegak atau bagaimana pengaturan kehidupan umat itu dengan dasar Islam itu tegak. Itulah inti daripada politik, ri’ayah syu’unil ummah,” katanya.
Beliau memandang, untuk menegakkan ajaran Islam dalam kehidupan, umat memerlukan institusi politik yang mengatur seluruh aspek kehidupan berdasarkan Islam dan institusi tersebut adalah Khilafah.
Ketiga, ucapnya, kesedaran untuk menyertai. Menurutnya, umat Islam perlu memiliki dua kesedaran asas agar dapat turut serta dalam dakwah.
“Yang pertama, kesedaran bahawa ini (dakwah) memang kewajipan. Kedua, ini adalah sebuah penyelesaian,” sebutnya.
Tanpa dakwah, tegasnya, maka tidak akan pernah ada penyelesaian yang komprehensif atas pelbagai isu yang dihadapi.
“Jika kedua kesedaran ini bertemu, maka semangat untuk kita turut serta itu akan membumbung dan itu membuatkan kita untuk terus, tidak pernah berhenti, sentiasa terlibat dalam jalan dakwah. Itulah yang kita inginkan pada diri umat,” simpulnya.
Sumber: muslimahnewsid
#KebangkitanUmat #Kesedaran #KesatuanUmat #TegakKhilafah