[Perjanjian Antarabangsa] Perjanjian-Perjanjian yang Tidak Dibenarkan Sama Sekali
Penulis: Iyad Hilal
Terdapat banyak jenis perjanjian yang dilarang. Kita akan mengkaji beberapa perjanjian ini. Perlu diingatkan bahawa perjanjian yang dilarang adalah perjanjian yang tidak dibenarkan berdasarkan prinsipnya. Perjanjian yang pada mulanya dibenarkan tetapi mengandungi syarat-syarat yang tidak dibenarkan tidak termasuk dalam kategori ini.
Perjanjian tersebut tetap dibenarkan jika syarat-syarat yang diharamkan dibatalkan. Ini seperti yang dijelaskan dalam perbincangan tentang kesan syarat-syarat yang rosak terhadap perjanjian.
Perbincangan ini merangkumi lima topik yang berbeza.
Pertama, perjanjian mengenai sempadan negara tetap dan sempadan wilayah di darat, laut dan udara.
Kedua, perjanjian mengenai larangan penyebaran senjata nuklear dan perlucutan senjata.
Ketiga, pakatan pertahanan.
Keempat, perjanjian mengenai penyewaan landasan udara, pangkalan tentera, pelabuhan dan kawasan tentera.
Kelima, perjanjian damai dengan Isra*l.
Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Internasional dalam Pandangan Islam.
#PerjanjianAntarabangsa