Kapitalisme Akar Struktural Krisis Iklim, Masa Depan Generasi Terancam
Penulis: Vivin Indriani
Krisis iklim bukan lagi sekadar ramalan teori yang kesannya dijangka berlaku pada masa yang akan datang. Realitinya, krisis iklim hari ini justeru telah menjelma menjadi ancaman nyata bagi keselamatan dan masa depan generasi manusia. Laporan UNICEF pada 16 Jun 2026 menyatakan bahawa lebih daripada 1.1 bilion kanak-kanak (hampir separuh daripada populasi kanak-kanak dunia) terdedah kepada sekurang-kurangnya tiga bahaya iklim yang berlaku serentak: banjir, kemarau dan panas ekstrem. Bahkan, data UNICEF terkini dari 6 Oktober 2026 menyatakan bahawa lebih daripada 347 kanak-kanak di hampir 100 negara dan wilayah dijangka mengalami keadaan cuaca yang sangat basah atau kering (menyebabkan kemarau, penyakit endemik, krisis air bersih, banjir, perpindahan, dan kekurangan zat makanan akut) antara Oktober dan Disember 2026 disebabkan oleh El Niño.
Fenomena El Niño ekstrem yang digelar Godzila El Niño makin mempertegas bahawa perubahan iklim boleh menimbulkan keadaan memburukkan lagi kerentanan komuniti, terutamanya kanak-kanak, dengan akses terhad kepada perlindungan daripada kesan bencana. Besarnya populasi anak-anak yang terdedah dengan pelbagai risiko iklim ini memberi gambaran bahawa ini bukan isu alam semata, tetapi juga isu kemanusiaan dan tanggungjawab politik.
Kapitalisme dan Akar Struktural Krisis Iklim
Godzila El Niño adalah istilah popular untuk super El Niño (fasa panas melampau El Niño-Ayunan Selatan), pemanasan suhu permukaan laut yang sangat kuat di Lautan Pasifik tropika, melebihi 2.5°C di atas had biasa. Fenomena ini mencetuskan kemarau yang berpanjangan, suhu panas ekstrem serta penurunan hujan yang drastik. Istilah ini menggambarkan ancaman serius iklim ekstrem kepada kehidupan manusia. Kebakaran hutan, kemarau melampau, banjir, gangguan pengeluaran makanan, dan kekurangan ketersediaan air bersih semuanya menurunkan tahap kesejahteraan masyarakat.
Kanak-kanak adalah salah satu kumpulan yang paling terdedah. Kemarau yang melampau menyebabkan kegagalan tanaman, menyebabkan kanak-kanak mengalami kualiti makanan yang buruk. Banjir dan kebakaran hutan memaksa orang ramai melarikan diri, dan kanak-kanak sekali lagi menghadapi kerentanan tempat perlindungan yang tidak mencukupi dan tidak dilindungi di kem pelarian. Begitu juga, dengan krisis air bersih, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berisiko kerana penyakit berkaitan kuman dan bakteria mengganggu pertumbuhan dan kemahiran psikomotor mereka. Oleh itu, krisis iklim bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi juga ancaman kepada kelangsungan hidup manusia dan masa depan generasi.
Dalam sistem kapitalis global hari ini, krisis iklim mendedahkan percanggahan yang mendalam. Apabila alam difungsikan sebagai sumber keuntungan terkumpul yang hanya dinikmati oleh segelintir orang kaya dan syarikat gergasi, jutaan manusia di muka bumi terpaksa menanggung akibat daripada kerosakan ekologi yang ditimbulkan. Misalnya, penduduk Kalimantan dan Sumatera, Indonesia terpaksa menanggung asap kebakaran hutan dan tanah tanpa menikmati keuntungan yang banyak daripada perdagangan global minyak sawit yang ditanam di tanah mereka menggantikan kanopi tebal hutan hujan tropika berusia ratusan tahun. Rakyat Sulawesi pula terpaksa menanggung berliter-liter pencemaran sungai dan laut oleh sisa pemprosesan nikel, tanpa menikmati tenaga bersih kenderaan elektrik daripada bateri yang dikuasakan oleh komponen mineral nadir bumi di tanah mereka.
Ketika eksploitasi sumber daya alam berlangsung secara besar-besaran tanpa mengambil kira had keupayaan alam semula jadi, kepentingan ekonomi jangka pendek ini akan berhadapan dengan kegagalan kelestarian kehidupan manusia. Bagaimanakah tanah akan mengekalkan serat penahan air hujan jika pokok besar sebagai pancang bumi semulajadi, serta akar yang menyimpan bertrilion liter air hujan, telah dimusnahkan oleh tangan rakus pemilik modal? Di mana lagi haiwan dan flora yang berusia ratusan tahun boleh bergantung harap untuk kelestariannya apabila habitatnya digantikan dengan tanah tandus dengan satu jenis tumbuhan seperti kelapa sawit yang ditanam atas nama kemajuan industri dan pertumbuhan ekonomi?
Dalam laporan penilaian ke-6 dan analisis tahunannya oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) menekankan bahawa aktiviti manusia telah menyebabkan pelbagai masalah baharu, seperti kepekatan gas rumah hijau yang memecahkan rekod di atmosfera, pemanasan dan pengasidan lautan, dan krisis kriosfera, atau pengecutan ais laut di Artik dan Antartika, yang telah mengakibatkan peningkatan purata paras laut di seluruh dunia.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Climate Change oleh Wenju Cai menyebutkan bahawa pemanasan global pada dasarnya bertindak sebagai “bahan api” tambahan bagi Pasifik. Kajian itu meramalkan bahawa Godzila El Niño akan berlaku dua kali lebih kerap pada masa hadapan, berbanding purata sebelumnya iaitu setiap 20 tahun. Peningkatan gas rumah hijau juga berpotensi menyebabkan peristiwa Godzilla El Niño berlaku setiap 10 tahun. Faktor perindustrian dan eksploitasi besar-besaran terhadap alam semula jadi dan alam sekitar sebenarnya menyeret dunia pada titik kehancuran yang lebih dalam dari sekadar Godzila El Niño.
Inilah ketidakadilan terang-terangan yang ditunjukkan oleh dominasi sistem kapitalisme ketika ini. Bagaimana mungkin jutaan rakyat dan makhluk hidup lain boleh dikorbankan untuk menanggung kesan kerosakan alam sekitar tanpa sebarang pampasan? Sementara itu, segelintir golongan elit dan kapitalis menikmati keuntungan yang melimpah ruah, tidak meninggalkan apa-apa untuk orang lain kecuali kemusnahan, siri bencana serta kerosakan alam sehingga hasilnya tidak lagi dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Sudah tiba masanya untuk kita beralih kepada sistem yang tidak akan pernah membiarkan semua penipuan dan kerosakan sistemik ini menjejaskan kehidupan manusia.
Penyelesaian Sistemik untuk Kerosakan Sistemik
Dalam Islam, alam bukanlah sumber daya yang boleh dikelola secara serampangan tanpa batas. Sumber daya alam merupakan amanah— terutamanya bagi penguasa— yang pengurusannya perlu tunduk pada ketentuan Allah SWT. Allah berfirman,
وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَـٰحِهَا وَٱدْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ ٱلْمُحْسِنِينَ ٥٦
“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.” [TMQ Al-A’raf (7): 56]
Syeikh Dr. Muhammad Sulaiman Al-Asyqar dalam kitab tafsirnya Zubdatut Tafsir Min Fathil Qadir menjelaskan makna ayat وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى الْأَرْضِ adalah, “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi dengan membunuh manusia, menghancurkan rumah-rumah, membunuh haiwan-haiwan dan menebang pepohonan serta mengeringkan sungai-sungai. Dan termasuk dalam perbuatan merosakkan muka bumi juga iaitu kafir terhadap Allah, terjerumus ke dalam kemaksiatan dan tidak menjalankan peraturan sesuai syariat setelah ia ditentukan dan ditetapkan.” Dan makna ayat بَعْدَ إِصْلٰحِهَا adalah, “Setelah Allah memperbaikinya dengan mengutus para Rasul, menurunkan kitab-kitab, menetapkan syariat-syariat dan setelah dibangun baik oleh orang beriman atau orang kafir.”
Islam telah memberikan batasan yang jelas dalam pengurusan sumber daya alam dengan cara memasukkannya ke dalam senarai pemilikan kolektif (milkiyyah amm). Maksudnya, barangan atau hasil bumi yang termasuk ke dalam golongan sumber daya alam, sama ada tenaga, mineral, lombong, sungai, padang rumput dan semua sumber daya alam yang berlimpah jumlahnya akan diuruskan oleh negara dan merupakan sebahagian daripada harta kolektif (harta awam). Pengurusan sumber ini tidak dibenarkan diwakilkan kepada individu atau pihak swasta. Hasil daripada pengurusan ini digunakan untuk membina semua kemudahan awam yang penting untuk kesejahteraan kolektif rakyat di bawah naungan sistem Islam (Khilafah), seperti membina lebuh raya, jambatan, empangan, lapangan terbang, sekolah, dan menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma untuk masyarakat.
Sumber daya alam juga tidak dibenarkan diuruskan tanpa had, bermakna ia dieksploitasi secara meluas untuk keuntungan peribadi pihak swasta. Sifat pengurusannya, yang diselia oleh negara dan di bawah kawalan Khilafah, akan menghalang eksploitasi sumber daya alam di luar batas yang diperlukan oleh masyarakat. Ini dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW, yang memperuntukkan jadual pengagihan air kepada kebun kurma milik para sahabatnya di Madinah, memastikan setiap orang menerima bahagian yang adil dan teratur mengikut giliran mereka. Seorang tukang kebun tidak dibenarkan menyalurkan air ke kebun kurmanya secara berlebihan melebihi had yang diperlukan, sebab ianya diawasi oleh Rasulullah sebagai ketua negara dan juga qadhi (pembesar) untuk urusan penduduk Madinah pada masa itu.
Semua peraturan ini mewujudkan ketenteraman dan mencegah umat daripada eksploitasi berlebihan yang boleh mencetuskan krisis iklim yang lebih besar. Penerapan syariat Islam dalam perancangan ruang dan wilayah, pengaturan soal hak pemilikan umum bagi sumber daya alam, dan semua peraturan yang diterapkan untuk mencegah krisis alam sekitar menjadi lebih mudah dilaksanakan di bawah Khilafah.
Khilafah memiliki sejarah panjang (1300 tahun) bagi tadbir urus alam sekitar yang bertanggungjawab. Bandingkan dengan masa 100 tahun ketika dunia berada dalam rejim kapitalisme yang merosakkan alam dan persekitaran seperti hari ini. Ratusan tahun ketika syariat Islam diterapkan sebagai peraturan penjaga alam telah menciptakan keharmonian yang sukar dihadirkan oleh dunia hari ini. Oleh kerana itu, sudah saatnya menjadikan syariat Islam sebagai penyelesaian kepada iklim sistemik dan krisis alam sekitar hari ini.
#KhilafahPenjagaUmat #Tegakkhilafah #SejahteraHidupBawahKhilafah #Elnino