[Doa Pilihan] Doa Agar Dilindungi dari Golongan yang Dilaknat Allah (Doa Nabi Lut)
رَبِّ نَجِّنِي وَأَهْلِي مِمَّا يَعْمَلُونَ
(Nabi Lut berdoa): “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.” [TMQ as-Shuaraa’ (26):169]
Semoga doa Nabi Lut عليه السلام yang dirakamkan dalam surah as-Shuaraa’ ayat 169 ini tidak pernah kita tinggalkan, agar Allah SWT memelihara diri kita, pasangan kita, anak-anak kita dan seluruh ahli keluarga kita dari penyakit kaum Nabi Lut dan segala penyakit lain yang mempertuhankan nafsu syahwat.
==
Nabi Lut AS menyeru kaumnya untuk menyembah Allah, tiada sekutu bagi-Nya, juga melarang mereka untuk tidak melakukan perbuatan keji (homoseksual) sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah tentang diri mereka. Namun tidak seorang pun dari mereka yang mahu menerima dakwah tersebut, dan enggan untuk beriman kepadanya. Bahkan mereka tidak mahu berhenti dari perbuatan yang terlarang tersebut. Mereka tidak mahu berhenti dari penyimpangan dan kesesatan mereka.Malah mereka hendak mengusir Baginda sepertimana dirakamkan ucapan mereka di dalam al-Quran:
أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِّن قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ
Maksudnya: “Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.”
[TMQ an-Namlu (27):56]
Imam al-Qurtubi menukilkan daripada Ibn Abbas RA, berkata:
Sesungguhnya kaum Lut melakukan banyak dosa selain kesalahan seksual, antaranya:
-Mereka saling menzalimi antara sesama sendiri
-Mereka memaki hamun antara sesama sendiri
-Mereka tanpa segan silu kentut dalam majlis
-Membaling apa-apa yang ada di sekelilingnya
-Mereka suka bermain nard (dadu) dan syitranj (seumpama catur)
-Mereka memakai pakaian yang bercelup
-Mereka suka melagakan ayam jantan
-Mereka suka melagakan kibasy
-Lelaki mereka melumuri jari-jari mereka dengan inai
-Lelaki mereka suka memakai pakaian perempuan
-Perempuan mereka suka memakai pakaian lelaki
-Mereka mengenakan cukai kepada yang lalu di kawasan mereka
-Mereka juga syirik kepada Allah
-Merekalah golongan yang pertama di muka bumi ini yang melakukan liwat dan lesbian.
Tatkala Nabi Lut AS cuba menghalang mereka dari semua kejian ini, lantas mereka kembali untuk mendustakan dan bersumpah dan berkata: “Sila datangkan kepada kami azab Allah.” Ini memberi maksud, sesungguhnya yang demikian itu tak akan berlaku azab Allah dan tidak mampu untuk melakukannya. Mereka sekali-kali tidak mengatakan sedemikian ini kecuali penuh dengan sangkaan bahawa iktiqad yang dusta. Maka tidaklah sahih orang yang dalam fitrah boleh mengingkari berkata sedemikian itu. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 13/342)
قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ الْقَالِينَ
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu.”[TMQ as-Shuaraa’ (26):168]
رَبِّ نَجِّنِي وَأَهْلِي مِمَّا يَعْمَلُونَ
(Nabi Lut berdoa): “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.” [TMQ as-Shuaraa’ (26):169]
فَنَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ أَجْمَعِينَ
“Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya – semuanya.” [TMQ as-Shuaraa’ (26):170]