DOA RASULULLAH KETIKA AKHIR WITIR
Doa yang disunatkan selepas sembahyang witir itu ialah sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي آخِرِ وِتْرِهِ ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سُخْطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.” (رواه أبو داود والترمذى)
“Bahawasanya Rasulullah SAW pada akhir sembahyang witirnya baginda membaca doa: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan dengan kemaafanMu daripada seksaanMu. Dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu untuk memujiMu sebagaimana Engkau memuji diriMu.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)