[Doa Pilihan] Doa Agar Setiap Urusan Berakhir Dengan Baik
اللَّهمَّ أحسِنْ عاقبتَنا في الأمورِ كلِّها ، وأجِرْنا من خِزيِ الدُّنيا وعذابِ الآخرةِ
“Ya Allah, jadikan segala urusan kami berakhir dengan baik. Dan lindungi kami dari bencana dunia dan azab akhirat” [HR Ahmad]
==
Memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan segala kebaikan kepada Allah dapat menjadi kunci kejayaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Dalam setiap langkah, manusia selayaknya perlu terus berdoa pada Allah. Doa menjadi pengantar permohonan hamba pada Allah SWT.
Terutamanya bagi seorang pendakwah, aktivis Islam hendaknya terbiasa memanjatkan doa dan memohon kemenangan kepada Allah SWT demi kejayaan Islam dan kemuliaan kaum Muslim.
Jika dia ingin mengajak seseorang untuk berkomitmen dengan Islam, hendaknya dia berdoa kepada Allah agar memberinya hidayah melalui perantara dirinya. Jika ia telah membuat suatu rencana dakwah, hendaklah ia memperbanyakkan berdoa kepada Allah agar rencana dakwahnya berjaya dan penuh berkah.
Dengan doa, manusia dapat meminta apapun pada Allah dan dikabulkan atas seizin-Nya. Bagi seorang muslim doa amatlah penting dalam segala hajat. Doa dilancarkan pekerjaan dapat mengantarkanmu pada kelancaran pekerjaan yang sedang dilakukan.
Sahabat Busr bin Abi Artha’ah RA pernah mendengar Rasulullah SAW pernah berdoa:
اللَّهمَّ أحسِنْ عاقبتَنا في الأمورِ كلِّها ، وأجِرْنا من خِزيِ الدُّنيا وعذابِ الآخرةِ
“Ya Allah, jadikan segala urusan kami berakhir dengan baik. Dan lindungi kami dari bencana dunia dan azab akhirat” [HR Ahmad]
Maizatul Akmar, [21.09.21 20:24]
[Forwarded from Dayah Anas]
[Doa Pilihan] DOA BERLINDUNG DARI KEBURUKAN ORANG-ORANG KAFIR
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَٱغْفِرْ لَنَا رَبَّنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan(fitnah) orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. [TMQ al-Mumtahanah (60) :5]
====
Tafsir Jalalain
“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir) maksudnya janganlah Engkau menjadikan mereka menang atas kami, sehingga nanti mereka menduga, bahawa mereka berada dalam jalan yang benar, lalu kerana itu mereka terfitnah, yakni akal mereka ditujukan untuk mempengaruhi kami. (Dan ampunilah kami Ya Rabb kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”) Maha Perkasa di dalam kerajaan-Mu lagi Maha Bijaksana perbuatan-Mu.
Menurut kitab tafsir Lubaab at-Ta’will fii Ma’aanii at-Tanziil karya al-Imam Alaa’u ad-Diin bin Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi yang masyhur dengan nama al-Khazin (w. 725 H) dijelaskan bahawa maksud dari kalimah “رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟” adalah :
أي لا تظهرهم علينا فيظنوا أنهم على الحق ، وقيل معناه لا تعذبنا بأيديهم ولا بعذاب من عندك فيقولوا لو كان هؤلاء على الحق ما أصابهم ذلك
“Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau menangkan mereka atas kami, kemudian mereka merasa berada diatas kebenaran. Ada juga yang mengatakan -maksud kalimah tersebut adalah- (Ya Allah ya Tuhan kami) janganlah Engkau adzab kami dengan tangan-tangan mereka, jangan pula Engkau adzab kami dengan azab dari sisi-Mu, kemudian orang-orang kafir itu akan berkata ; “Seandainya mereka berada dalam kebenaran nescaya mereka tidak akan tertimpa kekalahan atau azab itu.”
Manakala di dalam tafsir Aisar at-Tafaasiir karya As-Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazaairi, disimpulkan bahawa berdasarkan ayat diatas, kaum muslimin wajib saling memperkuat antara satu sama lain dengan berbagai sarana yang boleh saling menguatkan.
Oleh itu, sesiapa sahaja yang mencintai Allah dan RasulNya, dia mesti berjuang untuk mendirikan agamaNya. Dan agamaNya tidak akan dapat didirikan tanpa adanya sebuah negara yang menerapkannya. Justeru, siapa sahaja yang cintakan Allah dan RasulNya, dia wajib berjuang menegakkan Negara Khilafah.
Siapa sahaja yang marah terhadap orang yang menghina Rasulullah, dia wajib berjuang untuk mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang menginginkan si penghina Rasulullah dihukum, dia wajib mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang ingin memastikan Rasulullah tidak lagi dihina, dia wajib mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang mahu dilindungi dari kejahatan orang kafir yang memerangi Islam, dia wajib mendirikan Khilafah!
Ini adalah kerana hanya Khalifah sebagai perisai umat Islam dan Khilafah sahajalah yang akan secara nyata akan menghentikan semua penghinaan itu, serta melindungi kehormatan Islam, Rasulullah dan umatnya.