Doa Selamat Dunia Akhirat
Oleh: Adi Victoria
Ada sebuah doa yang biasa kita panjatkan kepada Allah yang juga dikenali dengan doa selamat, iaitu:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari seksa neraka.”
Doa adalah bentuk pengharapan dan permohonan kita kepada Allah. Di dalam do’a selamat di atas, ada 3 perkara yang kita minta :
- Kebaikan di dunia
- Kebaikan di akhirat
- Perlindungan dari seksa neraka.
Kenapa kita masih minta perlindungan dari neraka? Sedangkan jika kita telah mendapatkan kebaikan akhirat itu ertinya telah mendapatkan syurga.
Kerana ucapan وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ mengandungi permohonan agar Allah tidak memasukkan hambaNya ke dalam an-naar (neraka) kerana maksiat yang telah dilakukannya, untuk kemudian dikeluarkan dengan adanya syafaat, dan agar dirinya di dunia ini terhindar dari segala macam bentuk kemaksiatan yang akan menyebabkannya masuk ke dalam neraka.
Oleh kerana itu, sungguh menyedihkan jika ada orang yang memganggap persoalan neraka adalah hal yang remeh temeh, bahkan menganggap tidak menjadi masalah masuk neraka kerana hal tertentu.
Terlebih banyak sekali dalil yang menyatakan pedihnya seksaan di neraka, walaupun seksaan tersebut adalah yang paling ringan.
Sebagaimana riwayat dari Abu Said Al-Khudri r.a. yang telah meriwayatkan bahawa :
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِنَّ أَدْنَى أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَنْتَعِلُ بِنَعْلَيْنِ مِنْ نَارٍ ، يَغْلِي دِمَاغُهُ مِنْ حَرَارَةِ نَعْلَيْهِ. رواه مسلم
Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh siksaan yang paling ringan bagi penduduk neraka adalah ia memakai selipar dari api yang dapat mendidihkan otaknya kerana panasnya kedua seliparnya.” (HR. Muslim).
Ibnu Abbas r.a. juga meriwayatkan hadis bahawasannya Rasulullah saw. bersabda,
أَهْوَنُ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا أَبُو طَالِبٍ ، وَهُوَ مُنْتَعِلٌ بِنَعْلَيْنِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ. رواه مسلم
“Penduduk neraka yang paling ringan seksanya adalah Abu Thalib. Ia memakai selipar yang keduanya dapat mendidihkan otaknya.” (HR. Muslim).
Wallahu a’lam.