[Nafsiyah] Apabila Cara Mati Boleh Dipilih
Penulis: Ustaz Felix Y. Siauw
Sebaiknya kita berusaha tidak takut dengan kematian. Hal ini kerana, takut mati itu patut bagi mereka yang beriman. Mati dalam pandangan agama, adalah perjumpaan dengan Allah, yang menantikan perjumpaan dengan-Nya. Yang boleh dikhuatirkan itu, bagaimana caranya kita mati.
Andai boleh memilih, tentu kita mempunyai pilihan kisah mati yang ideal, jika kamu belum mempunyai pilihan, mulailah memikirkan dan membuat perancangan. Bagi saya, ideal itu bererti pada usia 70-an, saya ditemani oleh isteri, dan anak-anak, hopefully cucu juga, dalam keadaan Islam berjaya, mengucap syahadah, disambut malaikat.
Tapi sayangnya mati selalu datang pada saat kita tidak bersedia. Di saat kita mengatakan “NANTI” untuk amal soleh, “BESOK” untuk ketaatan, dan “MASIH BANYAK WAKTU” untuk taubat. Oleh sebab itu, ketika kita mendapat khabar duka, kebanyakan kita berkata, “Aku tak sangka!”
Cara mati tidak boleh dipilih, tapi cara hidup itu boleh dipilih. Khabar baiknya, bagaimana cara kita hidup itulah yang menentukan bagaimana cara kita mati. Manusia itu mati sebagaimana dia hidup, Seperti peribahasa Arab yang terkenal, “Akhir itu biasanya konsisten dengan awalnya”.
Oleh sebab mati bukan pilihan, maka kita semua pasti akan “pulang”. Yang berbeza hanya jadual keberangkatan. Kuncinya adalah bagaimana menghadirkan rasa, bahawa aktiviti yang kita lakukan itu berkemungkinan menjadi aktiviti yang terakhir, dan apabila itu yang terakhir, apa yang ingin kita persembahkan?
Cara paling kuat mengingatkan hamba, memang dengan melihat kematian di depan mata. Tapi, apabila itu sahaja tidak membuatkan kita sedar dan belajar, mungkin tidak ada cara lain lagi yang boleh menjadikan kita bersedia dan mencukupkan bekal. Allahummaghfirlana…
Sumber: Telegram Felix Siauw Official