Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Kita hidup di dunia ini ibarat pengembara. Dunia bukan rumah kita. Rumah kita di akhirat. Entah, kelak di syurga atau neraka, semuanya bergantung pada amalan kita. Itu bergantung pada pelaburan kita sekarang.
Apa yang dititipkan kepada kita di dunia, pasti akan kita tinggalkan. Isteri, anak, rumah, kenderaan, bahkan pangkat. Semuanya pasti akan kita tinggalkan.
Dunia memang bukan milik kita. Apa yang ada pasti akan kita tinggalkan. Maka, ketika Allah mencintai hambaNya, Allah akan tanamkan cinta kepada akhirat, dan tidak ada perasaan kepada dunia. Sebaliknya, ketika Allah benci kepada hambaNya, maka dia akan gila pada dunia, dan melupakan akhirat.
Harta, takhta, dan wanita, semua dia kumpulkan seolah-olah tidak akan pernah mati. Dia melakukan pelbagai kezaliman dan penindasan untuk mempertahankan semuanya. Akhirnya, kematian menghentikan dan menyumbat mulut serta menutup matanya. Dia hanya menjadi timbunan bangkai.
Dengarkan kata-kata Saidina Ali:
لا دار للمرء بعد الموت يسكنها
إلا التي كانت قبل الموت يبنيها
“Tidak ada tempat (rumah) bagi seseorang setelah kematiannya di mana dia akan tinggal, kecuali tempat (rumah) yang dia bangunkan sebelum kematiannya.
“Apa yang kita bangunkan sebelum mati, iaitu amal soleh, itulah satu-satunya yang akan menemani kita setelah kematian kita.”
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dalam keadaan melakukan ketaatan kepada-Mu. Aamiin ya Rabbal ‘aalamiin.