Hilangnya nilai keterikatan pada hukum-hukum syarak dari dasar tempat tegaknya Daulah dan tegaknya kehidupan individu, sangat berpengaruh terhadap kehidupan kaum Muslimin. Apa-apa perkara yang diambil dari yang bukan Islam tetapi hal tersebut dianggap sebagai suatu yang berasal dari Islam—sekalipun sekadar dari nama—oleh Daulah pada masa Uthmaniyah, atau pengabaian individu terhadap keterikatan pada hukum-hukum (syarak) dalam kehidupan mereka, adalah persoalan terpenting yang menghancurkan Daulah Islamiyah dan merupakan sebab utama yang menjadikan kaum Muslimin dalam kehinaan dan kemerosotan. Oleh sebab itu, adalah suatu kewajipan untuk mencurahkan segenap kekuatan yang menyeluruh bagi pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang merupakan konsekuensi adanya ketentuan perilaku bagi individu, ketentuan perilaku bagi umat, dan bagi perjalanan daulah.
Adapun lunturnya nilai dasar landasan tegaknya kehidupan individu, mulai muncul ketika sebahagian individu mengabaikan masalah keterikatan pada hukum-hukum syarak dalam kehidupan seharian, baik dalam perilaku individual ataupun dalam interaksinya dengan sesama manusia. Kebanyakan mereka, lebih-lebih lagi dalam aturan-aturan yang mengatur hubungan antara individu tidak menjadikan hukum syarak sebagai standard hukum. Hukum-hukum syarak itu tidak diperhatikan, inikan pula nak memahaminya. Padahal keterikatan pada hukum-hukum syarak itu merupakan landasan kehidupan, merupakan buah keimanan, dan di atasnya lah penempaan perilaku itu wajib dilakukan. Ayat-ayat yang menunjukkan tentang wajibnya terikat pada hukum-hukum syarak bersifat tegas maknanya (qath’i dilalah).
Firman Allah Swt.:
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓا۟ إِلَى ٱلطَّٰغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوٓا۟ أَن يَكْفُرُوا۟ بِهِۦ وَيُرِيدُ ٱلشَّيْطَٰنُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut tersebut. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.” [TMQ An Nisa’ (4): 60]
Ayat-ayat ini sifatnya qath’i dilalah yang menunjukkan wajibnya terikat pada hukum-hukum syarak. Allah memerintah-kan kepada kaum Muslimin agar mengambil apa-apa yang dibawa oleh Rasululah baik yang diwajibkan atau pun yang mubah (dibolehkan) bagi mereka. Dan Allah juga memerintahkan untuk mencegah dari apa yang dilarang bagi mereka iaitu yang diharamkan atau yang dibenci Allah. Setiap seruan yang dibawa oleh Rasulullah berasal dari Allah serta wajib untuk terikat dengannya. Baik seruan itu bersifat tegas sebagai fardhu atau tidak tegas sebagai sunnah atau seruan untuk meninggalkan secara tegas sebagai haram atau yang tidak tegas sebagai yang dimakruhkan mahupun pemilihan antara melakukan dan tidak melakukan (meninggalkan) sebagai perkara mubah.
Seluruhnya itu termasuk dalam firman Allah dalam surah Al Hasyr ayat 7, وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ “Dan apa saja yang dibawa oleh Rasul lakukanlah, sedangkan yang dilarangnya maka tinggalkanlah.” Kerana lafaz bentuknya umum meliputi semua perkataan yang berasal dari Rasul iaitu hukum-hukum syarak. Ayat ini diturunkan berkaitan dengan pembahagian harta fai‘ (rampasan perang) kepada orang-orang muhajirin yang tanpa dibagikannya pada orang-orang Anshar, yakni diturunkan berkaitan dengan salah satu hukum syarak. Dengan demikian tema ayat tersebut adalah hukum syarak yang ditetapkan berdasarkan perbuatan Rasul Saw. dan datang dalam bentuk umum “Dan apa yang dibawa oleh Rasul serta apa-apa yang dilarang oleh Rasul” sehingga ayat ini mencakupi seluruh hukum-hukum syarak. Apabila ayat tadi diberi indikasi (qarinah) oleh surah An-Nur (24) ayat 63 berikut,
فَلْيَحْذَرِ ٱلَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِۦٓ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih.”
Maka hal ini menunjukkan bahawa perkataan “Maka hendaklah” dan “Maka tinggalkanlah” dalam surah Al-Hasyr ayat 7 tadi adalah wajib. Oleh sebab itu suatu kewajipan bagi setiap Muslim untuk mengambil hukum syarak dan mengikatkan diri dengannya. Al-Quran telah menegaskan makna ini dalam bentuk yang tegas, dengan menganggap tidak adanya iman dalam diri seseorang yang berhukum kepada selain Rasul, iaitu selain syariat Islam dalam kedudukannya sebagai risalah rasul. Allah berfirman dalam surah An Nisa’ ayat 65, فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا “Maka demi Rabb-mu. mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Rasul) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan.” Kemudian tidak cukup dengan hanya berhukum tetapi disyaratkan adanya keredhaan atas hukum itu. Allah berfirman dalam lanjutan ayat itu, ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا “Kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” Ini menunjukkan bahawasanya tidak cukup terikat dengan hukum syarak keraba takut pada penguasa, akan tetapi wajib rela dan menerima sepenuh hati.
Diriwayatkan bahawa pernah terjadi perselisihan antara orang Yahudi dan munafik. Untuk menyelesaikan persoalan ini orang munafik mengajak Yahudi untuk meminta keputusan daripada Kaab bin Asyraf sedangkan Yahudi mengajak untuk munafik kepada Nabi saw.. Akhirnya datanglah keduanya kepada Nabi saw. Dalam keputusannya, Nabi memenangkan Yahudi, tetapi orang munafik itu tidak redha dengan keputusan Nabi sehingga diturunkan ayat ke-65 dalam surah An-Nisa’ tadi. Al-Quran tidak berhenti pada penegasan demikian saja, bahkan Al-Quran menganggap tidak adanya iman dalam diri orang-orang yang berharap untuk berhukum dengan selain apa yang dibawa Rasul iaitu syariat Islam dan menjadikan hukum-hukum mereka kepada selain syariat Islam itu dianggap sebagai berhukum pada thaghut. Al-Quran mencela mereka kerana perbuatannya itu.
Sumber: Haditsu al Shiyam