Komentar:
Anak-anak yatim atau yatim piatu yang kematian ibu dan ayah wajar dibantu oleh kerajaan selain menjadi kewajipan bagi ahli warisnya menjaga dan mengasuh mereka, serta mengurus harta-harta yang ditinggalkan (yang menjadi haknya) sehingga anak-anak tersebut mencapai usia matang dalam mengurus harta tersebut.
Selain itu, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan agar mereka mendapat pendidikan, keperluan harian, dan tempat perlindungan yang sewajarnya serta layanan yang baik. Malah, penguasa juga bertanggungjawab memastikan keadilan bagi anak yatim. Termasuklah memastikan para pemegang amanah supaya tidak mengkhianati hak-hak anak yatim. Hal ini semestinya kerana Islam meletakkan tanggungjawab mengurus setiap urusan rakyat di bahu sang penguasa.
“Imam (Khalifah) adalah pengurus dan ia bertanggungjawab atas (urusan) rakyatnya.” (HR Al-Bukhari)