Mencintai sumber ilmu merupakan perkara yang wajib kita lakukan.
Jika kita mencintai ilmu, semestinya kita juga mencintai sumber ilmu. Sumber ilmu yang dimaksudkan ialah guru juga para ulama. Rasulullah saw. menyampaikan dalam sabdanya, “Kelebihan orang berilmu atas orang beribadah seperti kelebihan rembulan dari malam purnama atas bintang-bintang yang lain.” (HR Abu Naumi dari Muadz bin Jabal).
Pengibaratan yang sungguh indah, sehingga kita pun terpanggil untuk menjadi seorang yang berilmu. Namun, tanpa hadirnya guru dan para ulama yang mengajarkan ilmu, bagaimana mungkin kita mendapatkan kucuran ilmu? Salah satu ulama yang disegani penguasa, Fakhruddin al-Arsabandi, pernah berkata, “Aku mendapatkan kedudukan yang mulia ini kerana berkhidmat (melayani) guruku.” Dia juga mengatakan bahawa dia melayani gurunya iaitu Imam Abu Zaid ad-Dabbusi dengan memasakkan untuk beliau selama 30 tahun tanpa merasa sedikit pun makanan yang disajikan. Masyaallah. Imam Fakhruddin al-Arsabandi benar-benar memperhatikan sang guru sebagai tempat dia mendapatkan ilmu. Tidak melalui hari-harinya tanpa berkhidmat pada gurunya. Hal itu juga yang Ali bin Abi Thalib ra. lakukan, dia mengatakan, “Siapa yang pernah mengajarkan aku satu huruf saja, maka aku bersedia menjadi hambanya.”
Ali ra. menunjukkan pada kita bahawa sekecil apa pun ilmu yang kita dapatkan dari seorang guru tidak boleh diremehkan. Hendaknya menjadikan guru selayaknya orang tua yang harus dihormati. Inilah salah satu rahsia seorang murid seperti Imam Syafie dan Imam Fakhruddin al-Arsabandi menjadi imam besar.
Mencintai sumber ilmu merupakan perkara yang wajib kita lakukan. Tidak ada bekas guru demikian pula bekas murid. Sejatinya meski hanya satu huruf yang diajarkan oleh seseorang pada kita, ialah guru kita. Janganlah kita menunjukkan rasa hormat di hadapannya, tetapi batin kita melaknat dan kadang-kadang di belakangnya lisan kita mengumpat dirinya. Jika hal tersebut dilakukan, ilmu yang kita dapatkan jauh dari keberkahan dan tidak membawa kebaikan apa-apa untuk diri kita. Mencintai guru dan memuliakannya perlu lahir dari hati yang bersih penuh redha. Lantas, bagaimana cara kita menunjukkan kecintaan pada guru dan para ulama?
Adakah kita sentiasa mendoakan kebaikan serta keselamatan dunia dan akhirat untuk mereka? Adakah kita telah berkhidmat (melayani) mereka dalam kehidupan seharian? Atau kita sering melupakan mereka, hingga tidak lagi menegur saat berjumpa. Tidak lagi mencium tangannya kerana tidak lagi menjadi muridnya.
Sedarilah, Saudaraku, sungguh doa guru dan para ulama sama mustajabnya dengan doa kedua orang tua. Datangilah mereka ketika bertemu di mana pun berada. Mintalah doa-doa yang terbaik dari lisan mereka. Sungguh, mereka memiliki tempat istimewa di hadapan Allah Swt.. Tidakkah kita mengharapkan keistimewaan dari Allah Swt. kerana mencintai mereka?
Sumber: https://www.muslimahnews.com/2021/10/31/nafsiyah-mencintai-sumber-ilmu/