Abdurrahman III memerintah Kekhalifahan Bani Umayyah di Andalusia pada tahun 912 Masihi. Ketika dibaiat menjadi khalifah, beliau berusia 23 tahun. Dia adalah Khalifah yang ke-8, merupakan seorang yang memiliki keperibadian yang kuat, keteguhan hati, keberanian dan pertimbangan yang tepat.
Zaman pemerintahan Khalifah Abdurrahman III membuka petanda yang menggembirakan bagi umat Islam kerana ia menandakan fajar kedamaian, kemakmuran dan kemegahan. Dia digelar sebagai Penyelamat Empayar Muslim Andalusia.
Ketika Abdurrahman dipilih sebagai khalifah, Daulah Umayyah berada pada tahap yang paling lemah kesan cara pemerintahan Khalifah Abdullah yang mementingkan diri sendiri. Namun, pada akhir pemerintahan Abdurrahman III, Daulah Umayyah berada dalam keadaan kuat.
Abdurrahman III adalah orang yang paling cekap dan paling hebat di antara para khalifah Bani Umayyah di Andalusia. Setelah terpilih, Abdurrahman dalam satu kenyataannya menuntut semua rakyatnya untuk tunduk tanpa syarat dan tanpa memandang kelas.
Dia berusaha menyingkirkan dasar penentang dan penjenayah dalam pemerintahannya. Selain menghapuskan kuasa penyelewengan dan pengacau, rancangan terbesarnya yang lain adalah upaya untuk mewujudkan keseimbangan politik, memulihkan perdamaian dan kestabilan pemerintahan yang sedang bergolak.
Abdurrahman membuktikan dirinya sebagai seorang yang terhormat. Dia mempunyai keteguhan hati dan keberanian yang sepatutnya menjadi ciri-ciri pemimpin dari semua zaman. Antara Kebijakan yang menunjukkan keberaniannya adalah memadamkan semua pemberontakan dan menegakkan kekuasaannya dari sungai Ebro ke Atlantik dan dari kaki pegunungan Pyreneen ke Gibraltar pada tahun 913 M.
Beliau memimpin sendiri tenteranya melawan pemberontak di selatan. Beliau bukan hanya berkongsi kejayaan, tetapi juga keletihan dan ancaman sehingga ia membangkitakan semangat yang luar biasa dalam diri tentera-tenteranya. Pada akhirnya, dia berjaya menawan benteng Ecija, menundukkan Gabenor Sevilla dan menghancurkan musuh Bani Umayyah yang paling keras kepala iaituIbnu Hafishan sehingga kubunya (Barbastro) berjaya diduduki. Begitu juga telah berjaya menundukkan pemberontak di barat .
Pada zaman pemerintahan Abdurrahman III, ketertiban dan kemakmuran meliputi seluruh empayar. Jabatan polis juga menjalankan tugas dengan sempurna supaya warga asing atau para pedagang boleh pergi ke daerah yang paling sukar tanpa ada sedikit pun rasa takut terhadap penganiayaan atau bahaya. Untuk menyampaikan laporan dengan cepat, kuda digunakan sebagai penghubung dan ditempatkan di pelbagai pos.
Pelbagai fasiliti umum dibiayai dengan dana negara. Hospital dan rumah rehat untuk golongn miskin dibina. Sekolah, kolej perguruan dan perpustakaan ada di mana-mana di seluruh negara. Perdagangan dan industri, kesenian dan sains juga digalakkan dan dikembangkan.
Satu pertiga daripada pendapatan negara setiap tahun dibelanjakan untuk memajukan pendidikan dan kebudayaan. Para astronomi terkenal juga lahir pada zaman pemerintahan Abdurrahman III seperti Ahmad bin Nasar, ahli falsafah seperti Ibnu Masarrah dan doktor seperti Said dan Yahya bin Isyak. Universiti di Cordoba dan beberapa kota lain tumbuh dan berkembang serta mencapai kemajuan yang pesat pada masa pemerintahannya.
Pada ketika itu juga lahirnya ramai ulama wanita yang hebat seperti Fatimah binti Yahya, seorang mujtahidah yang disegani di wilayah Cordoba. Terdapat juga Aisyah al-Qurthubiyah, ulama wanita yang digelar si “Ulat Buku” kerana koleksi bukunya yang begitu luar biasa. Khalifah Abdurrahman III termasuk salah seorang yang mengaguminya dan sangat menghormatinya.
Banyak karya orang Yunani yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Berhampiran Cordoba, beliau juga membina sebuah istana yang indah, yang diberi nama Az-Zahra yang dianggap sebagai suatu keajaiban kesenian Islam. Istana ini memiliki 400 bilik yang dikatakan dapat menempatkan ribuan hamba dan pegawai.
Istana Az-Zahra diperbuat daripada marmar putih yang diimport dari Nurmidia dan Carthago. Ia juga menerangi jalan Cordoba sepanjang 16 kilometer dengan cahaya yang begitu terang. Sedangkan, ketika itu, jalan-jalan yang baik di England dan Perancis masih jarang ditemukan.
Dengan segala pencapaiannya, boleh dikatakan bahawa pada zaman pemerintahannya merupakan zaman kegemilangan Andalusia (Sepanyol). Dia mengangkat negeri yang hancur itu ke tempat yang sukar dibayangkan sebelum ini.
Khalifah Abdurrahman III wafat pada 2 Ramadan 350 Hijriah atau bertepatan dengan 15 Oktober 951 Masihi. Zaman pemerintahannya berlangsung selama 49 tahun.
Seperti yang dikatakan oleh Imam As-Suyuthi, beliau adalah orang yang pertama dipanggil dengan sebutan Amirul mukminin. Sebelum ini, khalifah Daulah Umayyah di Andalusia dipanggil dengan sebutan Amir. Berkat kegemilangannya membina sistem pemerintahan Islam yang kuat, beliau digelar “Khalifah an-Nashir li Dinillah”.
Begitulah hebatnya zaman kekhalifahan ketika sistem Islam diterapkan. Bukan hanya melahirkan ramai pemimpin yang boleh diteladani dan berintegriti, tetapi juga berjaya mengembangkan sains sehingga melahirkan ramai ulama dan saintis bertaraf dunia.
*Disarikan dari berbagai sumber
Artikel diambil dari:
https://m.facebook.com/MuslimahNewsCom/posts/1952529534924852/