Perbuatan Rasulullah SAW, sebagaimana perintah beliau terhadap perbuatan tertentu, adalah semata-mata thalab (tuntutan). Perbuatan atau perintah tersebut tidak menunjukkan wajib, sunah, atau mubah. Qarinah (Panduan/Petunjuk)-lah yang menentukan apakah perbuatan Rasulullah SAW tersebut bernilai wajib, sunah, atau mubah.
Kerana itu, perbuatan beliau itu sendiri semata-mata hanya menunjukkan tuntutan, bukan yang lain. Jadi qarinah-lah yang akan menentukan jenis tuntutan tersebut.
Perbuatan Rasulullah (SAW) yang kita diperintahkan agar mengikutinya, diklasifikasikan menjadi dua bahagian: Pertama, perbuatan tersebut sebagai penjelasan bagi seruan sebelumnya, sehingga hukumnya ditentukan oleh hukum seruan yang dijelaskannya itu. Apabila yang dijelaskan tersebut merupakan fardhu, maka melaksanakannya pun fardhu. Apabila yang dijelaskan tersebut merupakan mandub (sunah), maka melaksanakannya pun sunah hukumnya. Apabila yang dijelaskan mubah, maka bererti penjelasannya mubah.
Kedua, bukan merupakan penjelasan bagi seruan sebelumnya. Hal ini memerlukan panduan tertentu hingga diketahui, apakah perbuatan tersebut wajib, sunah, ataupun mubah.
Kerana itu, masalah perbuatan Rasulullah tersebut semuanya dapat dilihat melalui dua aspek. Aspek pertama, mengikuti perbuatan beliau. Yang kedua, melaksanakan perbuatan tersebut.
Tentang mengikuti perbuatan beliau hukumnya adalah wajib. Dalam hal ini tidak ada ikhtilaf kerana banyak dalil, baik dari Kitab, sunah, mahupun ijmak sahabat yang menunjukkan kewajipan tersebut. Tentang melaksanakan perbuatan tersebut, inilah yang perlu dijelaskan.
Rasulullah SAW mengemban dakwah dan membangun negara, mengikuti suatu kaedah tertentu, serta melakukan aktiviti-aktiviti tertentu dalam setiap mengemban dakwah serta membangun negara tersebut. Tidak perlu kita kupas tentang wajib atau tidaknya mengikuti beliau dalam semua kaedah dan perbuatan Nabi SAW tersebut. Kerana dalam hal ini tidak adanya ikhtilaf di kalangan kaum muslimin.
Sedangkan melakukan aktiviti yang dilakukan oleh beliau ketika mengemban dakwah, ketika membangun negara, maka untuk mengetahui masing-masing perbuatan tersebut memerlukan panduan yang menentukan wajib, sunah, atau mubahnya. Contohnya, melakukan pembinaan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, adanya orang yang dikirim untuk membina, serta individu mahupun kelompok yang telah melakukan aktiviti pembinaan, maka hendaklah sesuai dengan hukum syarak. Maka, ini merupakan petunjuk bahawa melakukan pembinaan adalah fardhu.
Perbuatan Rasulullah, untuk melakukan pembinaan di sini menjadi bukti adanya fardhu tersebut. Kerana petunjuknya telah menunjukkan bahwa melakukannya adalah fardhu. Pembinaan bagi individu, dalam rangka mengetahui kewajipannya sebagai individu dalam kehidupannya juga adalah fardhu ain. Dan pembinaan bagi manusia secara umum dalam rangka mengemban dakwah adalah fardhu kifayah.
Sebagai contoh adalah melaksanakan perjuangan serta menyerang ucapan dan tindakan para penguasa dan masyarakat dengan cara menentang, keras dan tegas seperti yang telah dilakukan Rasulullah SAW. Di sini, banyak ayat dan hadis yang menjelaskan kenyataan tersebut.
Firman Allah SWT:
[اِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ حَصَبُ جَهَنَّمَۗ اَنْتُمْ لَهَا وَارِدُوْنَ]
“Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah umpan neraka Jahanam. Kamu pasti akan masuk ke dalamnya.” [TMQ Al-Anbiya’ (21): 98]
[هَمَّازٍ مَّشَّاۤءٍۢ بِنَمِيْمٍۙ]
“Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan.” [TMQ Al-Qalam (68): 11)
[عُتُلٍّۢ بَعْدَ ذٰلِكَ زَنِيْمٍۙ]
“yang bertabiat kasar, selain itu juga terkenal kejahatannya.” [TMQ Al-Qalam (68): 13]
[ثُمَّ اِنَّكُمْ اَيُّهَا الضَّاۤ لُّوْنَ الْمُكَذِّبُوْنَۙ]
“Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan.” [TMQ Al-Waqi’ah (56): 51]
[فَنَجْعَلْ لَّعْنَتَ اللّٰهِ عَلَى الْكٰذِبِيْنَ]
“Supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.” [TMQ Al-Imran (3): 61]
[اِنَّ الْمُجْرِمِيْنَ فِيْ ضَلٰلٍ وَّسُعُرٍۘ]
“Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam kesesatan (di dunia) dan dalam neraka.” [TMQ Al-Qamar (54): 47]
[اِنَّ اللّٰهَ لَعَنَ الْكٰفِرِيْنَ وَاَعَدَّ لَهُمْ سَعِيْرًاۙ]
“Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang kafir.” [TMQ Al-Ahzab (33) : 64]
[لَّعَنَهُمُ اللّٰهُ بِكُفْرِهِمْ]
“Allah akan mengutuk mereka, karena kekafiran mereka.” [TMQ An-Nisa’ (4): 46]
[مَلْعُوْنِيْنَۖ اَيْنَمَا ثُقِفُوْٓا]
“Dalam keadaan terlaknat, di mana saja mereka dijumpai.” [TMQ Al-Ahzab (33): 61]
[يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللّٰهَ وَلَا تُطِعِ الْكٰفِرِيْنَ وَالْمُنٰفِقِيْنَ ۗاِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيْمًا حَكِيْمًاۙ]
“Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana.” [TMQ Al-Ahzab (33): 1]
[تَبَّتْ يَدَآ اَبِيْ لَهَبٍ وَّتَبَّۗ]
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.” [TMQ Al-Lahab (111): 1]
[اِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْاَبْتَرُ]
“Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.” [TMQ Al-Kautsar (108): 3]
Berkaitan dengan itu, Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ تَعَزَى بِعَزَاءِ الجَا هِلِيَّةِ فَا عَضُّوْهُ عَلَى هُنَّ أَبِيْهِ وَلاَ تَكْنُوْا
“Barangsiapa yang fanatik dengan kefanatikan Jahiliah, maka hendaknya ia menggigit kemaluan ayahnya, dan jangan suruh melepaskannya.”
Iaitu, katakanlah, “Gigitlah kemaluan ayahmu.” Pernyataan beliau tersebut dengan kata-kata yang jelas, tanpa ada kata kiasan sedikit pun. Sabda Rasulullah SAW yang lain,
إِذْهَبْ وَامْصِصْ بَظَرَ اللاَّثَ
“Pergilah, dan hisaplah ‘darah kering’ Latta.”
Semuanya menunjukkan bahwa Rasulullah SAW sebenarnya telah melakukan perjuangan politik atau menyerang kekufuran dengan cara menentang, keras dan tegas.
Sumber: Hadits Al Shiyam