الأدب صورة العقل، فمن لا أدب له لا عقل له، من لا عقل له لا سياسة له، ومن لا سياسة له لا ملك له.
Adab mencerminkan akal. Siapa yang tidak beradab ibarat orang yang tidak mempunyai akal (atau sekurang-kurangnya, fikirannya tidak sempurna). Sesiapa yang tidak sempurna akalnya (malah tidak berakal) maka tiada hak untuk mengurus urusan (umat). Sesiapa yang tidak mempunyai hak untuk mengurus urusan (umat), maka tidak layak untuk mempunyai kekuasaan.
ومن حسنت سياسته دامت رياسته. الأدب عصمة الملوك، لأنه يمنعهم عن الظلم، ويردهم إلى الحلم
Sesiapa yang pandai menguruskan urusan (umat), maka kepimpinannya akan bertahan lama. Adab merupakan penjaga kepada kekuasaan kerana boleh menghalang mereka daripada melakukan kezaliman dan mengembalikan mereka menjadi bijak. Oleh itu, ingatlah,
لا يصلح الناس [فوضى] [لا سراة] لهم ولا سراة إذا جهالهم سادوا
Masyarakat tidak layak (berada dalam keadaan huru-hara), tanpa kepimpinan untuk mereka. Begitu juga, tidak pernah ada kepimpinan apabila orang bodoh di antara mereka yang memimpin. Orang yang berilmu dengan ilmu dan adabnya, mesti menjadi contoh teladan untuk memimpin umat terbaik ini daripada kesusahan, kehinaan, dan kemerosotan yang luar biasa. Juga untuk menuju kejayaan dan kemuliaan sebagai umat terbaik. Hadanallah wa iyyakum.