Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Tujuh huruf (al-huruf al-sab’ah) berbeza dengan qira’at tujuh (al-qira`at al-sab’ah). Rasulullah SAW bersabda,
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ أَنْزَلَ عَلَى سَبْعَةٍ أَحْرَفَ، فَاقْرَؤُوْا تَيَسَّرُ مِنْهُ
“Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dalam tujuh huruf, maka bacalah apa yang kalian anggap mudah.” [Sahih al-Bukhari, VI/185]
Tujuh huruf (al-huruf al-sab’ah) berasal dari perbezaan suku (qabilah) dalam hal fatha dan imaalah. Misalnya kalimat wa hal ataaka hadiitsu muusaa [TMQ Thaha (20): 9]. Ada yang membaca dengan meng-imaalah-kan alif dalam kata ataaka hingga menjadi ateka. Juga peng-imaalah-an kata muusaa hingga menjadi muuse.
Munculnya tujuh huruf ini juga disebabkan perbezaan dalam melafazkan huruf hamzah, apakah meringankannya (tashiil) hingga al mu-min dibaca al muumin tanpa adanya hamzah. Juga disebabkan perbezaan dalam hal pen-tafkhiim-an (tebal), pen-tarqiiq– an (tipis), dan peng-isymaam-an (penyengau-an, ‘au’) pada sebahagian huruf.
Perbezaan tersebut (tujuh huruf) disebabkan oleh perbezaan lahjaat (dialek) pada masing-masing suku yang terdapat di Arab, serta perbezaan mereka dalam gaya bertutur. Akan tetapi, seluruh dialek orang Arab tersebut semuanya terkumpul di dalam bahasa Quraisy, di mana al-Quran diturunkan dengan bahasa tersebut (Quraisy). Kodifikasi al-Quran (rasm al-Quran), iaitu khathth al-Quran, telah mengambil kira setiap lahjaat ini.
Misalnya kata ataaka (اتاك) pada ayat disebut sebelumnya, di dalam al-Quran (mushaf Uthmani) ditulis (اتك). Penulisan seperti ini telah mencakup qiraat al-imaalah atau qiraat al-fath.
Tujuh huruf ini hadir dengan lahjaat (dialek) yang pelbagai dan juga hadir dalam bentuk rasm al-Quran yang berbeza-beza (bentuk penulisannya berbeza). Semua itu ditujukan untuk meringankan dan mempermudahkan umat Islam. Hikmah seperti ini disebutkan dengan sangat jelas dalam hadis, “…maka bacalah apa yang paling mudah darinya”, iaitu yang mudah di antara tujuh huruf tersebut (tujuh dialek Arab) menurut lisan kalian, iaitu dialek dari ketujuh-tujuh suku yang ada.
Menurut sumber-sumber yang ada, tujuh huruf tersebut , dialeknya dari kabilah-kabilah berikut ini: Quraisy, Hudzail, Tamiim, Azad, Rabii’ah, Sa’ad bin Abi Bakar, Kinaanah, dan Qabas.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah. Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam.