Membangun Kemandirian Politik Luar Negeri
Sesungguhnya kemandirian politik luar negeri hanya akan dimiliki oleh negara-negara ideologi. Menurut Sheikh Taqiyuddin an-Nabhani, selain akan mengikat para pengembannya (bangsa/negara), secara alami, ideologi akan mendorong mereka untuk menyebarkan ideologi tersebut kepada pihak lain. (An-Nabhani, Nizham al-Islam).
Sebagai sebuah ideologi, Islam mendorong umatnya untuk istiqamah dengan ajarannya sambil mengembangkan serta menyebarkannya kepada umat-umat lain. Dalam pandangan Islam, negara wajib menjadikan ideologi Islam sebagai asas kehidupan, baik di dalam mahupun luar negeri.
Di dalam negeri, negara akan menerapkan dan melaksanakan aturan-aturan Islam di tengah-tengah masyarakat, baik dalam kalangan Muslim mahupun kafir zimmi. Sebaliknya, di luar negeri, hubungan luar negeri yang dikembangkan oleh negara sentiasa berfokus kepada aktiviti penyebaran Islam melalui dakwah dan jihad. Rasulullah SAW bersabda:
“Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Apabila mereka mengakuinya maka darah dan harta mereka terpelihara dariku, kecuali dengan yang hak, dan hak mereka adalah pada Allah”. (HR. Bukhari).
Dalam hubungan antarabangsa, haram bagi umat Islam untuk tunduk kepada kaedah-kaedah hubungan antarabangsa dan mana-mana badan antarabangsa yang pada hakikatnya dibentuk oleh negara-negara Barat kafir untuk melemahkan kedaulatan umat Islam. Melalui konsensus antarabangsa dan institusi global, Barat dengan mudah dapat campur tangan dalam mana-mana negara untuk menguasainya.
“Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman”. (TMQ an-Nisa’ [4]: 141).
Bentuk-bentuk hubungan antarabangsa yang dilarang termasuklah perjanjian dan kerjasama ketenteraan, bantuan ekonomi yang mengandungi riba, atau sebarang bentuk kerjasama yang dapat menjadi sarana/peluang bagi pihak asing untuk menguasai umat Islam. Tidak dibenarkan sama sekali ada kesepakatan atau rundingan damai dengan negara-negara yang secara nyata memerangi umat Islam (muhariban fi’lan).
#PolitikLuarNegeri #DasarLuarNegeri #DaulahIslam #Khilafah