Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Allah SWT berfirman,
هُوَ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتٰبَ مِنْهُ اٰيٰتٌ مُّحْكَمٰتٌ هُنَّ اُمُّ الْكِتٰبِ وَاُخَرُ مُتَشٰبِهٰتٌ
“Dialah yang menurunkan kepadamu al-kitab yang di dalamnya ada yang muhkamat sebagai ummul kitab dan selebihnya sebagai mutasyabihat.” [TMQ Ali ‘Imran (3): 7]
Ayat-ayat muhkam yang terdapat dalam Al-Quran adalah satu atau lebih ayat di mana pendengar tidak merasakan kesamaran dalam memaknakan ayat tersebut dan tidak mengandungi pengertian kecuali satu maksud sahaja seperti firman Allah, “Qul huwa allaahu ahad.” [TMQ Al-Ikhlaas (112): 1] dan juga, “Wa ahalla allaahu al bay’a wa harrama ar ribaa.” (TMQ Al-Baqarah (2): 275]
Sedangkan ayat al-mutasyabih pula adalah apabila seorang pendengar masih merasakan adanya kesamaran maknanya, dan memiliki beberapa makna yang masih memungkinkan untuk ditarjiih (dipilih) salah satu maknanya. Al-Mutasyaabih bukanlah ayat yang tidak boleh difahami maknanya. Sebab di dalam Al-Quran tak satu pun ayat yang tidak memiliki makna, atau tidak dapat difahami maknanya. Maksudnya, apa yang ada di dalam Al-Quran semuanya memiliki makna dan memungkinkan untuk difahami oleh manusia.
Maha Suci Allah dari menyeru manusia dengan apa-apa yang sulit bagi mereka untuk memahaminya. Allah SWT. berfirman, هٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ “Ini adalah penjelas (bayaan) bagi manusia.” [TMQ Ali ‘Imraan (3): 138].