Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Al-Quran merupakan kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Muhammad ﷺ. Boleh jadi Al-Quran itu berasal dari orang Arab, berasal dari Nabi Muhammad ﷺ, atau berasal dari Allah Swt.. Al-Quran tidak mungkin tidak berasal dari salah satu dari tiga kemungkinan tersebut di atas. Sebab, Al-Quran menggunakan bahasa Arab dan uslub (gaya bahasa) Arab. Adapun orang Arab, sesungguhnya Al-Quran telah mencabar mereka untuk membuat satu surah yang serupa dengan al-Quran. Akan tetapi, mereka tidak berjaya menghasilkannya, meskipun mereka telah berusaha.
Adapun Muhammad, baginda sendiri merupakan orang Arab yang hidup di tengah-tengah masyarakat Arab. Orang-orang Arab telah mengetahui cara Muhammad bertutur. Sebahagian besar dari mereka merupakan orang-orang yang ummiy (tidak dapat membaca dan menulis). Sebahagian orang Arab sempat menuduh bahawa Al-Quran disadur Muhammad dari seorang pemuda Nasrani bernama Jabr. Tuduhan ini ditolak Allah Swt. dengan firman-Nya,
وَلَقَدْ نَعْلَمُ اَنَّهُمْ يَقُوْلُوْنَ اِنَّمَا يُعَلِّمُهٗ بَشَرٌۗ لِسَانُ الَّذِيْ يُلْحِدُوْنَ اِلَيْهِ اَعْجَمِيٌّ وَّهٰذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُّبِيْنٌ
“Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: “Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia”. (Padahal) bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya adalah bahasa a’jamiy (bahasa asing). Sedangkan Al-Quran merupakan bahasa Arab yang jelas nyata.” [TMQ An Nahl (16): 103].
Dengan demikian, dapat dipastikan bahawa Al-Quran berasal dari Allah Swt.. Sedangkan keimanan kepada kitab samawi lainnya, dalilnya adalah naqliyah. Di dalam Al-Quran, Allah telah memberitahukan kepada kita bahawa Dia telah menurunkan Kitab Zabur kepada Nabi Daud as., Kitab Taurat kepada Nabi Musa as., Kitab Injil kepada Nabi Isa as., dan Shuhuf kepada Nabi Ibrahim as..
Allah Swt. berfirman,
…وَّاٰتَيْنَا دَاوٗدَ زَبُوْرًا
“Dan kami berikan Zabur kepada Daud.” [TMQ Al-Israk (17): 55]
… وَاَنْزَلَ التَّوْرٰىةَ وَالْاِنْجِيْلَۙ – ٣ مِنْ قَبْلُ هُدًى لِّلنَّاسِ …
“Dan (Allah) menurunkan Taurat dan Injil, sebelum (Al-Quran), sebagai petunjuk bagi manusia…” [TMQ Ali Imran (3): 3-4]
اِنَّ هٰذَا لَفِى الصُّحُفِ الْاُوْلٰىۙ – ١٨ صُحُفِ اِبْرٰهِيْمَ وَمُوْسٰى – ١٩
“Sesungguhnya ini (Al-Quran) benar-benar terdapat dalam kitab-kitab terdahulu, iaitu kitab–kitab Ibrahim dan Musa.” [TMQ Al-A’laa (87): 18-19]
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam