Oleh: Dedeh Wahidah Achmad
Keyakinan atas sebuah pilihan merupakan hal yang penting dimiliki seorang muslim. Pilihan apa pun yang diambilnya dalam setiap aktiviti kehidupan akan berkonsekuensi pada pertanggungjawaban di pengadilan Allah kelak. Oleh sebab itu, dia mestilah berhati-hati dan serius dalam menjatuhkan pilihan pendapat mana yang akan dia ikuti. Jika pilihan tersebut sebuah kebenaran, akan berbuah pahala. Sebaliknya, salah dalam mengambil keputusan, maka akan berakhir dengan penderitaan dan penyesalan di akhirat. Namun, dalam zaman yang didominasi kapitalisme sekular ini, tidak jarang sikap konsisten dalam kebenaran justeru dianggap sebagai keangkuhan dan disebut ingin menang sendiri. Bahkan, ada juga yang menuduhnya sebagai fanatisme dan ekstremisme yang perlu dijauhi. Akhirnya, tidak sedikit pilihan yang sudah diyakini perlu dikorbankan atas nama toleransi dan demi menghormati pendapat orang lain. Lantas, bagaimana sebenarnya pandangan Islam terkait perbezaan pendapat? Bagaimana sepatutnya seorang muslim bersikap dalam menghadapi perbezaan? Tulisan berikut akan mengulasnya secara ringkas.
Seorang Muslim Tidak Boleh Meragukan Pendapat yang Diambilnya
رأيي صواب ويحتمل الخطأ ورأي غيري خطأ يحتمل الصواب
“Pendapatku benar, tapi boleh jadi salah, dan pendapat selainku itu salah, tapi boleh jadi benar”.
Rangkaian kalimat di atas mencerminkan sikap yang luar biasa. Keyakinan terhadap kebenaran pendapat yang sudah diambil. Ketegasan serta keberanian untuk menyatakan sesuatu yang salah. Sikap inilah yang mesti dimiliki seorang muslim. Jika mempelajari sejarah kehidupan muslim dalam naungan sistem Khilafah terutama biografi para imam mujtahid, mereka merupakan orang yang sangat yakin dengan pendapatnya. Tentu saja keyakinan tersebut memiliki dasar yang kuat. Bukan asal mendakwa kebenaran diri sendiri dan sembarangan menyalahkan orang lain. Mereka alim ulama yang sudah mencurahkan segenap kemampuannya untuk menggali atau istinbat hukum dari nas-nas syariat. Pendirian mereka bukanlah pendapat yang liar seperti yang dilakukan oleh orang-orang liberal pada saat ini. Pendapatnya senantiasa merujuk pada dali-dalil syariat. Kesungguhan mereka dalam istinbat hukum merupakan salah satu sifat dari ijtihad itu sendiri. Sebagaimana diungkapkan Al-Qadhi Iyadh, ijtihad adalah usaha keras mencari kebenaran dalam suatu masalah. Sementara menurut Ibnu Hajib, ijtihad adalah mengerahkan kemampuan untuk mendapatkan hukum syaire. (Faidh Al-Qadir, jilid 1, hlm. 331). Jadi, para Imam ini justeru dituntut hendaklah sampai pada batas maksima kemampuannya dalam menggali dalil-dalil. Dari proses ijtihad para imam ini diperoleh hukum syariat yang diduga kuat ghalabatuzhan pendapat itulah yang benar. Kemuliaan aktiviti Ijtihad yang dilakukan para Imam mujtahid ini mendapatkan jaminan dari baginda Nabi ﷺ bahawa mereka akan tetap mendapatkan balasan pahala sekalipun hasil ijtihadnya salah.
Demikianlah sabda Rasulullah ﷺ dalam sabdanya,
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ، فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ، فَلَهُ أَجْرٌ
“Apabila seorang hakim menghukumi suatu masalah lalu dia berijtihad kemudian dia benar, maka dia mendapat dua pahala. Apabila dia menghukumi suatu masalah lalu berijtihad dan dia salah, maka dia mendapatkan satu pahala.” (HR Muslim)
Terkait hadis tersebut Imam An-Nawawi memberikan penjelasan sebagai berikut: “Ulama muslimin telah sepakat, sesungguhnya hadis ini untuk seorang hakim yang benar-benar faham dan ahli dalam masalah hukum agama. Maka (orang yang seperti ini) jika benar, dia mendapatkan dua pahala, pertama pahala untuk ijtihadnya, dan kedua pahala untuk kebenarannya. Jika salah, maka dia mendapatkan satu pahala untuk ijtihadnya. Adapun seorang yang tidak ahli dalam hukum agama (bukan mujtahid), maka haram baginya untuk menghukumi suatu masalah. Jika dia menghukumi, maka tidak ada pahala baginya, bahkan dia telah berdosa dan hukumnya tidak berlaku, baik bersesuaian dengan kebenaran ataupun tidak. Kerana kebenarannya, hanya bersifat kebetulan, tidak bersumber dari asal yang syarie. Maka dia seorang yang berdosa dalam seluruh hukum (yang dia hasilkan), baik sesuai dengan kebenaran ataupun tidak. Maka hukum-hukum (yang dia hasilkan) tertolak semuanya dan tidak diberi uzur sedikitpun dari hal itu.” (Syarh Shahih Muslim : 12/14).
Berbeza dengan para ulama mujtahid, seorang muslim yang awam dan tidak memiliki kecukupan kemampuan dan ilmu untuk menggali langsung hukum syarak dari dalil-dalilnya, dia dilarang melakukan penetapan hukum. Jika dia tetap memaksakan diri untuk menetapkan hukum, maka keputusannya cenderung berasal dari hawa nafsu dan rentan terjerumus pada kesesatan. Kerananya, dia perlu mengikuti hukum syarak hasil istinbath seorang mujtahid. Kemestian mengikuti orang yang ‘Aalim diperintahkan Allah subhanahu wata’ala dalam firman Nya yang bermaksud, “…Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (TMQ An Nahl:43). Namun demikian, penting diperhatikan, pilihan mereka tidak boleh semata-mata taklid terhadap pendapat seorang ulama saja. Mereka mesti memiliki keyakinan bahawa hakikatnya mereka mengikuti hukum syarak. Kewajipan mendasar bagi seorang muslim adalah mengetahui hukum syarak sebelum dia mengamalkannya. Sebagaimana kaedah syariah: اَلأَصْلُ فِى أَفْعَالِ اْلإِنْسَانِ التَّقَيُّدُ بَحُكْمِ الله “Pada dasarnya perbuatan manusia itu terikat dengan hukum Allah.”
Di antara nas yang mendasari kaedah tersebut adalah sabda Rasulullah ﷺ
, كُلُّ أَمْرٍ لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Setiap perkara yang bukan termasuk ke dalam urusan kami (tidak kami perintahkan) adalah tertolak.” (HR ad-Daruquthni).
Terkait kewajipan terikat dengan hukum syariat, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan dengan jelas dalam kitab Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah (Jilid III) pada bab “Lâ Hukma qabla Wurûd asy-Syar’i (Tidak Ada Hukum Sebelum Ada Pernyataan Syariat).
Konsisten pada Kebenaran, Terbuka dengan Masukan
“Pendapatku benar, tapi boleh jadi salah. Dan pendapat selainku itu salah, tapi boleh jadi benar.” Kalimat ini bukan hukum syarak, bukan juga kaedah hukum, namun merupakan pernyataan para ulama. Boleh jadi dalam era demokrasi seperti sekarang perkataan tersebut akan sukar ditemui dalam kenyataan. Lain halnya ketika khazanah tsaqafah Islam dalam sistem Khilafah sedang berada di kemuncaknya, dengan ditandai suburnya proses istinbat hukum syariat oleh para mujtahid. Pernyataan tersebut sudah biasa terlontar dalam menyikapi perselisihan, baik terjadi di kalangan ahli ijtihad ketika terjadi beza pendapat ataupun muncul di tengah-tengah kehidupan masyarakat biasa. Sikap tersebut ini menyatu dengan keseharian para ulama. Mereka menguasai ilmu yang berkualiti, layak dan senantiasa mengajarkan kepada umat dengan sungguh-sungguh dan penuh keikhlasan. Ketinggian ilmu mereka serta banyaknya amal soleh yang telah dijalankannya sudah tidak diragukan lagi. Namun, mereka tetap rendah hati dan berlapang dada untuk melakukan perbaikan jika ditemukan kesalahan pada pendapatnya.
Di antara ulama yang dikenal dengan pernyataan tersebut adalah Imam Asy Syafie. Perkataan beliau membuktikan beliau tidak memaksa mempertahankan pendapatnya jika ada pendapat lain dengan hujah yang kuat. Beliau tidak segan meninggalkan pendapatnya bahkan memerintahkan untuk membuangnya. Berikut sepenggal pernyataan beliau yang dikutip oleh seorang ulama besar dan ahli sejarah pada abad ke-4 H, Abu Nuaim Al Asfahani dalam kitabnya Hilyatul Auliya, 9:107:
كُلُّ مَسْأَلَةٍ صَحَّ فِيْهَا الْخَبَرُ عَنْ رَسُولِ اللهِ عِنْدَ أَهْلِ النَّقْلِ بِخِلاَفِ مَا قُلْتُ فَأَناَ رَاجِعٌ عَنْهَا فِي حَيَاتِي وَبَعْدَ مَوْتِي
“Setiap masalah yang di sana ada hadis sahihnya menurut para ahli hadis, lalu hadis tersebut bertentangan dengan pendapatku, maka aku menyatakan rujuk (meralat) dari pendapatku tadi baik semasa hidupku mahupun sesudah matiku.”
Selain Imam Asy Syafie, ada Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit yang dilahirkan pada tahun 80 Hijriah, beliau berkata, “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah ta’ala dan khabar Rasulullah ﷺ, maka tinggalkanlah perkataanku.” (Al-Fulani di dalam Al- lqazh, hal. 50).
Islam Wujudkan Peribadi yang Konsisten dan Tidak Angkuh
Sejarah kehidupan dalam naungan Khilafah menunjukkan bahawa perbezaan untuk perkara yang mungkin berbeza bukanlah hal yang terlarang. Namun, semua tetap terjaga dalam ketaatan terhadap hukum syariat dan berpijak pada kekuatan dalil-dalilnya. Seorang muslim juga mampu bersikap tepat dan bijaksana, tetap konsisten berpegang teguh pada hukum syarak, tidak berbolak balik, apalagi berani melanggarnya. Di sisi lain, dia mampu berlapang dada dengan perbezaan selama ada dalil syarak yang mendasarinya. Dia pun jauh dari sikap angkuh, tidak mudah menyesatkan orang lain, apalagi sampai menjenayahkan ulama yang berbeza pendapat dengannya. Jika ada perbezaan yang perlu dipersatukan, misalnya penentuan awal dan akhir Ramadhan, maka Khalifah akan melakukan penetapan atau tabanni hukum. Wallaahu A’lam.
Sumber: MNews/Gz