A- Melarang seksualisasi wanita dan memerangi pandangan tentang wanita sebagai makhluk inferior (berkedudukan rendah) seolah-olah mereka hanya sebatas tubuh dan komoditi. Wanita tidak boleh dianggap sebagai objek seksual. Tetapi, mereka perlu dilindungi dari penghinaan ini. Kerana itu, wanita diwajibkan memakai busana muslimah yang syari’e dan juga tidak boleh bertabarruj di hadapan lelaki ajnabi.
Allah SWT berfirman, “dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)” [TMQ Al-Talaaq (65): 6]
Nabi SAW juga bersabda, “Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah yang perempuan.” (HR Ibnu Majah). Oleh kerana itu, Khilafah akan menghukum berat mereka yang bersalah atas segala bentuk kekerasan atau penghinaan terhadap wanita atau melakukan tindakan yang dapat merosakkan martabat mereka dengan cara apa pun. Ini termasuklah penerapan hukuman mati untuk pembunuhan dan pemerkosaan.
– Para Muslimah akan dihormati di tengah-tengah masyarakat dan dilindungi selama masa-masa perang mahupun damai (Fasa 112). Para muslimah tidak akan hidup dalam ketakutan lagi kerana menjadi sasaran kekerasan seksual. Para pelaku kekerasan seksual tidak akan dapat berjalan bebas tanpa hukuman. Wanita tidak akan dipandang sebagai objek untuk digunakan sesuka hati oleh lelaki untuk mendapatkan akses pada pendidikan atau pekerjaan (Fasa 113 & 118). Negara Khilafah akan menerapkan sistem pendidikan yang didasarkan pada pembentukan identiti Islam dalam perbuatan dan juga pemikiran berasaskan akidah Islam yang murni (Fasa 171), bukannya akidah Barat yang rosak. Ia juga akan memastikan para wanita dilayan dengan penuh rasa hormat setiap saat.
– Negara wajib memiliki sistem undang-undang yang efisien dan mandiri untuk menangani kejahatan dengan cepat sehingga para wanita dapat mencari keadilan dengan segera dan mudah untuk setiap pelanggaran kehormatan atau hak mereka.
-Insya Allah para wanita akan hidup dengan aman dan tenteram seperti yang pernah kita rasakan di bawah Kekhilafahan. Zaman di mana segala bentuk kekerasan ditangani dengan penerapan syariah dan sistem undang-undang yang adil serta menghukum keras siapapun yang melakukan kejahatan terhadap wanita. Sistem Khilafah adalah sebuah sistem yang pernah menghantar pasukan tenteranya untuk menyelamatkan seorang Muslimah yang menangis meminta tolong saat kehormatannya dicabul. Ia juga sistem pemerintahan yang akan menjadi jalan keluar bagi para wanita di Barat yang ingin mendapatkan perlindungan kerana saat ini mereka juga sangat menderita akibat keganasan seksual dan para pelakunya masih bebas tanpa dikenakan sebarang hukuman.