Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Allah telah mengutuskan Muhammad ﷺ dengan membawa Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Allah Taala berfirman,
وَمَآ اَرْسَلْنٰكَ اِلَّا رَحْمَةً لِّلْعٰلَمِيْنَ
“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” [TMQ Al-Anbiyaa (21): 107]
Selain mengandungi rahmat, Allah telah melengkapi hukum Islam dengan pelbagai peraturan yang mengatur segala bentuk interaksi manusia di dalam kehidupan mereka. Allah telah memberikan jaminan berupa syurga di akhirat bagi sesiapa saja yang terikat dengan hukum Islam. Firman Allah Taala,
…وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَّهُدًى وَّرَحْمَةً وَّبُشْرٰى لِلْمُسْلِمِيْنَ
“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk, rahmat, dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” [TMQ An Nahl(16): 89]
Islam memandang masyarakat sebagai satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Islam juga memandang individu sebagai sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari masyarakat, sepertimana tangan sebagai sebahagian dari tubuh yang bertugas untuk membantu tubuh, di mana tubuh juga bertugas untuk membekalkan pelbagai zat yang diperlukan oleh tangan. Satu dengan yang lain akan ikut dipengaruhi oleh apa yang menimpa anggota badan yang lain.
Dengan demikian, Islam memandang individu sebagai sebahagian dari masyarakat. Dan memandang masyarakat sebagai secara keseluruhan yang terbentuk daripada individu, agar individu dan masyarakat dapat dipelihara. Rasulullah ﷺ bersabda,
مَثَلُ القَائِمِ عَلَى حُدُوْدِ اللهِ وَالْوَاقِعِ فِيْهَا، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوْا عَلَى سَفِيْنَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أعْلَاهَا، وَبَعْضُهُمْ أضسْفَلَهَا، فَكَانَ الَّذِيْنَ فِيْ اَسْفَلِهَا إذَا اسْتَقَوْا مِنَ الْمَاءِ، مَرُّوْا عَلَى مِنْ فَوْقِهِمْ، فَقَالُوْا : لَوْ أَنَا خَرَقْنَا فِي نَصِيْبِنَا خَرْقًا وَلَم نُؤَذِّ مِنْ فَوْقَنَا، فَإِنْ تَرَكُوْهُمْ وَمَا أرَادُوْا هَلَكُوْا جَمِيْعًا، وَإِنْ أَخَذُوْا عَلَى أَيْدِيْهِمْ، نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيْعًا
“Perumpamaan orang yang mencegah perbuatan maksiat dan yang melanggarnya adalah seperti orang-orang yang menumpang kapal. Sebahagian dari mereka berada di bahagian atas dan yang lain berada di bawah. Jika orang-orang yang berada di bawah memerlukan air, mereka mesti melalui orang-orang yang berada di atasnya. Lalu mereka berkata, ‘Seandainya kita membuat lubang (kapal) pada bahagian kami, maka kita tidak akan mengganggu orang-orang yang berada di atas.’ Jika yang demikian itu dibiarkan oleh orang-orang yang berada di atas (padahal mereka tidak menghendaki), maka binasalah semuanya. Tetapi jika mereka mencegahnya dengan tangan mereka, maka akan selamatlah semuanya.” (HR Bukhari)
Beliau juga bersabda,
أَنْتَ عَلَى ثَغْرَةٍ مِنْ ثَغْرِ الإِسْلَامِ فَلَا يُؤْتِيَنَّ مِنْ قَبْلِكَ
“Masing-masing dari kamu semua merupakan penjaga setiap celah benteng pertahanan Islam sehingga tidak ada yang dapat menembus kalian dari belakang.”
Hal ini merupakan tanggungjawab setiap individu dalam masyarakat. Setiap individu memiliki tanggungjawab untuk membina dan menjaga masyarakatnya. Kerana ia adalah sebahagian daripada masyarakat.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam