Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Tidak ada hidup yang percuma. Apa yang telah kita lakukan, apa yang telah kita berikan, pasti akan dibayar. Begitulah kehidupan. Ketika kita hidup, kita diberikan akal dengan seluruh anggota tubuh yang lengkap, kita gunakanlah ia untuk berbuat baik, baik kepada diri kita mahupun orang lain. Sebaliknya, ketika kita melakukan keburukan, baik kepada diri kita mahupun orang lain, kita juga akan menerima balasan atau bayarannya. Kita tidak akan dihargai kerana kita tidak dapat menghargai diri kita
Siapakah yang akan menghargai anda jika anda tidak peduli dengan penampilan anda? Kita juga akan dimusuhi kerana ucapan, perbuatan atau perilaku kita yang menyakiti orang lain. Semua itu bayaran yang akan kita terima. Kedudukan seseorang, baik di mata Allah ataupun di jata makhluk, adalah bayaran dari perbuatannya kepada Allah dan makhluk itu. Kedudukan kita ditentukan oleh bagaimana kita menempatkan diri kita di mata Allah dan makhluk itu, bukan bagaimana orang lain menempatkan kita.
Itu juga merupakan “harga” yang kita bayar. Orang akan menghormati kita kerana ilmu, adab dan amal soleh yang kita lakukan dan itu merupakan bayaran yang kita terima. Kerana itu, apa pun yang kita lakukan hari ini, mahu malas, rajin, baik, buruk, prihatin, tidak peduli atau apa pun, pasti akan dibayar. Bukan hanya di sini, tetapi juga di sana nanti. Allah SWT berfirman,
وَأَن لَّیۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ وَأَنَّ سَعۡیَهُۥ سَوۡفَ یُرَىٰ ثُمَّ یُجۡزَىٰهُ ٱلۡجَزَاۤءَ ٱلۡأَوۡفَىٰ
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.” [TMQ An-Najm (53): 39-41]
Maka, berfikirlah sebelum berbuat sesuatu kerana semua perbuatan kita, akan ada bayarannya.