Keadaan umat Islam di belahan dunia manapun pada hari ini berada dalam situasi yang sangat memprihatinkan. Tidak ubahnya seperti masa sebelum Islam. Ada yang menyebut sebagai Jahiliah moden. Kenapa tidak? Pada hari ini riba merajalela di berbagai sendi ekonomi. Perzinaan dan pergaulan bebas dianggap sebagai hal biasa. Malah meneguk khamr dianggap hal yang lumrah. Kemiskinan di sana-sini. Para penguasa memperlakukan rakyatnya sesuka hati. Manakala kadar jenayah pula semakin meningkat. Situasi buruk ini menimpa ummah di mana-mana, baik di Barat mahupun Timur.
Semestinya situasi ini tidak boleh dibiarkan lama-lama. Umat Islam seluruhnya, dari pelbagai peringkat, mestilah segera bangkit dari keburukan ini. Caranya dengan kembali pada Islam kaffah dalam naungan Khilafah. Keluarga Muslim mestilah kembali berfungsi sebagai benteng umat yang melahirkan generasi terbaik dan individu-individu yang bertakwa. Visi hidup mereka sebagai hamba Allah yang mengemban misi kekhalifahan di muka bumi. Dengan itu individu tetap terpelihara ketakwaannya. Keluarga tetap kukuh kerana difungsikan dengan benar. Masyarakat pula tetap terjaga sebagai mesin kawalan penguat ketakwaan. Negara pun menjadi penjaga umat dari celah kerosakan.
Di sinilah terdapat keperluan mendesak dakwah membangun kesedaran. Islam bukan cuma agama ritual, tetapi juga mengatur seluruh aspek kehidupan, baik dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat mahupun negara. Di sini pulalah peranan penting seluruh umat Islam, terutama orang-orang yang berilmu. Termasuk para muballigh dan muballighah. Mereka hendaklah melaksanakan peranan dan fungsi sentralnya di tengah-tengah umat. Tidak hanya sekadar memberikan tausiyah di tengah-tengah umat. Mereka sebaliknya mestilah benar-benar menyedarkan umat bahawa saat ini umat dalam keadaan yang buruk dan rosak kerana tidak menerapkan Islam. Selanjutnya mereka mestilah menanamkan pemahaman Islam ideologi dan menuntun umat untuk melaksanakan aturan Islam secara kaffah. Dengan itu umat dengan sendirinya tergerak untuk berubah. Bergerak bersama mereka untuk mengubah situasi yang sedang melanda umat. Berjuang bersama untuk menegakkan Islam secara sempurna. Dengan itu pula kelak umat Islam kembali menjadi umat terbaik di antara seluruh umat manusia di muka bumi ini.
– Najmah Saiidah
Hikmah Ramadhan:
Ambillah kesempatan Ramadhan ini untuk melakukan perubahan dalam kehidupan umat di seluruh dunia, dan saling membina ketakwaan dengan memikul tanggungjawab dakwah membangun kesedaran.