Ramadhan adalah bulan suci penuh berkah. Amal soleh yang dilaksanakan di dalamnya juga dilipatgandakan pahalanya oleh Allah Swt.. Tanggal 17 Ramadhan tahun pertama kenabian, Al-Quran diturunkan saat bulan suci ini. Allah menjadikan satu malamnya sebagai Lailatulqadar, yakni nilainya lebih baik daripada seribu bulan.
Sebelum ditetapkannya Ramadhan sebagai bulan puasa, menurut Ibn Abbas, kaum muslim sudah diperintahkan berpuasa tiap bulan selama tiga hari dan satu hari Asyura. Setelah itu, kewajipan ini dihazafkan, kemudian diganti dengan puasa sebulan penuh, iaitu di bulan Ramadhan (Lihat, Al-Qurthubi, Al-Jami li Ahkam Al-Quran, Tafsir TMQ 2: 185).
Pada bulan suci ini, umat Islam berlumba-lumba memberikan amalan terbaiknya di hadapan Allah Swt.. Namun, sangat disayangkan, ada pihak yang justeru memanfaatkan momen bulan mulia ini untuk menyebarkan pemikiran liberalnya dan hal ini seringkali berulang.
Sebuah anjuran pelik datang dari mereka yang mengimbau umat Islam menghormati orang yang tidak berpuasa, tidak boleh ada penangkapan orang-orang yang masih makan di warung-warung waktu siang hari, dan menganggap bahawa warung-warung makan yang buka pada waktu tengah hari sebagai bentuk kezaliman.
Banyak yang mencemuh sikap mereka seperti itu, tetapi tidak kurang juga yang menyokong. Sikap moderat menjadi alasan untuk bersikap toleransi tanpa batas kepada siapa pun, bahkan tanpa merasa bersalah menyimpang dari syariat Islam.
Atas nama toleransi dan moderasi juga, makin banyak orang yang makin jahil dengan sekitarnya. Apabila banyak terlihat orang yang tidak berpuasa, entah segan menegur ataukah tidak mahu buat kecoh, yang pasti suasana Ramadhan makin kehilangan “ruh-nya”.
Sungguh, hal ini sangat berbeza dengan suasana Ramadhan pada era kekhalifahan Islam. Suasana malam hari saat Ramadhan, kaum muslim melakukan solat Tarawih di masjid-masjid secara berjemaah. Di ibu kota, khalifah biasanya memimpin langsung solat tersebut. Malam itu pun menjadi malam penuh berkah.
Pada malam penuh berkah itu, umat Islam tidak seperti malam biasanya. Mereka menghidupkan malam-malamnya dengan memperbanyak zikir, membaca Al-Quran, dan mengadakan berbagai halakah (حَلْقَةٌ).
Setelah melewati larut malam, menjelang subuh, mereka bangun untuk melakukan sunah sahur. Sahur ini pun di dalamnya mengandung banyak keberkahan, kata Nabi saw.. Oleh kerana itu, waktu sahur tidak pernah diabaikan begitu saja, kecuali mereka akan gunakan sebaik-baiknya.
Setelah mengambil sahur secukupnya, mereka tidak tidur, tetapi menghidupkan malam-malamnya dengan memperbanyak zikir, membaca Al-Quran, dan qiyam al-lail, sebagaimana dituturkan oleh Ibnu ‘Umar.
Tentu tidak kalah semaraknya pada siang hari. Suasana ibadah tampak khusyuk. Tidak ada orang makan, minum, merokok, ataupun aktiviti yang dapat membatalkan puasa terlihat di umum, meski non-Muslim atau musafir yang tidak berpuasa sekalipun. Semuanya menghormati umat Islam yang sedang berpuasa.
Puasa juga menjadi syiar yang tidak hanya ditampakkan muslim, tetapi juga non-Muslim. Bukan sebaliknya, orang berpuasa malah diminta menghormati orang yang tidak berpuasa.
Demikianlah, suasana pada saat itu sangat kental dengan fastabiqul khairat, semuanya berlumba menjaring amal soleh sebanyak-banyaknya, bukan malah menzahirkan maksiat dengan bangga.
Sungguh suasana seperti itu tidak mustahil dapat kembali kita rasakan jika kesedaran untuk mengembalikan Khilafah Islamiyah tumbuh dalam jiwa dan fikiran umat Islam; kesedaran untuk mewujudkan sistem hidup terbaik yang mampu menerapkan syariat Islam kaffah yang tercurah keberkahan dari langit dan bumi bagi umat Islam. Wallahualam.
Sumber: https://muslimahnews.net/2022/04/07/3997/