Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan ibu bapa ketika menanamkan karakter pembela dien (agama) pada anak-anak perempuan mereka. Seperti berikut:
1) Bermula dari kekuatan ibu bapa itu sendiri. Perlu disemak bagaimana sikap sebahagian ibu bapa para muslimah yang juga berjuang membela anak-anak perempuan mereka. Misalnya, Mohammed Haneef, salah seorang bapa kepada pelajar muslimah di India (yang dipaksa menanggalkan hijabnya jika ingin ke kelas), bertekad akan mengeluarkan puterinya dari kampus jika pihak pentadbiran tidak mengizinkan pelajarnya berhijab. Haneef tidak sendirian. Beberapa ibu bapa lainnya turut datang ke kampus untuk membawa pulang puteri mereka setelah para pelajar yang mengenakan jilbab ditolak dari masuk ke dalam kelas. Anak-anak kita akan memiliki peribadi yang tangguh bila ibu bapa pun memiliki peribadi yang kuat dan selalu membela keIslaman anak-anak mereka.
2) Fahamkan anak tentang tujuan hidup seorang muslim. Ajarkan anak-anak perempuan kita bahawa tujuan hidup di dunia adalah meraih redha Allah seluas-luasnya, dengan taat dan istiqamah pada aturan-Nya. Sampaikan bahawa kenikmatan dunia ini sedikit dan sementara, sedangkan kebahagiaan di jannah adalah lebih baik dan kekal. Harta, jawatan, pendidikan, bahkan keluarga dan anak-anak mestilah dibangun di atas redha Allah. Dengan begitu anak-anak perempuan kita tidak akan mahu sehujung rambut pun mengorbankan agama untuk dunia yang kecil ini.
3) Ajarkankan kesabaran baik di saat musibah, ketika dalam ketaatan mahupun ketika menghadapi kemungkaran. Sabar dalam ketaatan adalah tetap menjaga agama Allah meski dalam bayang-bayang tekanan dan kebencian orang lain. Adapun sabar menghadapi kemungkaran adalah menghadapinya dan berusaha menghadapinya, serta tidak berkompromi dengannya.
4) Kerja keras dan kesungguhan akan membentuk karakter pejuang pada anak-anak perempuan. Anak perempuan memang bukan anak lelaki, tapi bukan bermakna mereka lemah dan tidak memiliki daya juang. Mental yang lemah boleh jadi ada pada lelaki ataupun perempuan, bergantung pada tempaan keluarga dan persekitarannya. Ibu bapa yang selalu memanjakan anak dan protective secara berlebihan menjadikan anak-anak lemah, dan tidak bersedia menghadapi benturan persoalan.
5) Tanamkan keyakinan bahawa Allah senantiasa menolong hamba-hambaNya. Allah tidak pernah mensia-siakan amal dan pengorbanan orang yang taat di jalanNya. Ceritakan bagaimana Allah menyelamatkan Musa as ketika beliau masih bayi, kisah ketika Allah menyelamatkan Nabi Saw di Gua Tsur dari dikejar oleh kaum kafir Quraisy, pertolongan pada kaum muslimin dalam Perang Mu’tah dengan diangkatnya Khalid bin Walid ra. sebagai panglima perang.
وَكَانَ حَقًّا عَلَيۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
“Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.”(Surah ar-Rum: 47)
6) Terakhir, biasakan anak untuk selalu taqarrub dengan Allah melalui ibadah dan doa. Ajarkan pada mereka bahawa setiap makar atau perbuatan jahat pada agama Allah dan umat ini justeru akan Allah balikkan pada para pembuatnya.
وَلَا يَحِيقُ ٱلۡمَكۡرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهۡلِهِۦۚ
“Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.” (Surah Fathir: 43)
Semoga Allah melindungi umat ini dan menyegerakan tegaknya Khilafah Islamiyah yang akan melindungi umat sebagaimana dulu Allah memberikan pertolongan pada umat ini.
Oleh: Ustaz Iwan Januar