Penulis: Ustazah Rahmah
Saat Aidilfitri, kita sering mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri “taqabbalallahu minna wa minkum” dan semoga kita termasuk “minal ‘aidin wal faizin“.
Akan tetapi, sering kali masih banyak yang salah dalam memaknai “Aidilfitri ” dengan ‘kembali ke fitrah atau suci tanpa dosa’. Padahal, makna Aidilfitri bukan begitu. Lebih jelasnya akan diperinci seputar doa yang diucapkan saat Aidilfitri berikut:
Makna Aidilfitri dan Taqabbalallahu Minna wa Minkum
Secara etimologi kata “‘aid” (عيد) yang ertinya ‘hari raya’ terbentuk dari fi’il عاد (mufrad), jika dalam bentuk jamak majrur menjadi العائدين. Sedangkan kata “fitrah” (فطر) bermakna ‘makan atau makanan’, (افطر) bermakna ‘berbuka puasa’, (Munawir, Ahmad Warson, Al-Munawir (Kamus Arab-Indonesia), Jogjakarta; Pustaka, hlm. 1056 dan 1142).
Perhatikan kata “افطر” bermakna ‘berbuka puasa’ dalam hadis berikut:
صوموا لرؤيته وافطروا لرؤيته
“Berpuasalah kalian saat melihatnya—bulan (saat awal Ramadhan)—dan berbukalah (ber-Aidilfitri lah) kalian saat melihatnya—bulan.” (HR Bukhari-Muslim)
Dengan demikian, “Aidilfitri ” (عيد الفطر) bermakna ‘hari raya berbuka/makan-makan/menikmati makanan’, bukan ‘kembali suci’.
Bukan bererti kita tidak boleh berdoa dan mendoakan agar setelah Ramadhan kita kembali suci alias tidak mempunyai dosa. Tentu saja boleh, sebagaimana janji Allah, “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan takwa, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR Ahmad)
Ertinya, jika puasa Ramadhan diterima Allah, dosa-dosa kecil pun diampuni. Dosa besar dapat diampuni dengan taubat nasuhah dan dosa sesama manusia diampuni dengan meminta maaf dan dimaafkan. Jika semua dosa sudah dimaafkan, kita pun kembali menjadi suci.
Adapun ucapan “taqabbalallahu minna wa minkum” adalah mendoakan agar seluruh amal ibadah kita diterima dan mendapat pahala berlipat ganda—sebagaimana janji Allah mengganjar amal ibadah bulan suci Ramadhan. Doa ini sesuai sabda Rasulullah saw.,
تقبل الله منا و منكم
“Semoga Allah menerima amal ibadah kami dan amal ibadah kalian.” (Sanadnya hasan, Fathul Bari II, hlm. 446; Fikih Sunah bab “Aidilfitri ”).
Makna “Muttaqin” dan “Minal ‘Aidin wal Faizin”
Ucapan “minal ‘aidin wal faizin” bermakna ‘Selamat Hari Raya dan semoga kita termasuk orang-orang yang menang/bertakwa’. Bertakwa mewajibkan kita senantiasa melangkahkan kaki sesuai arahan Al-Quran. Hanya dengan berpedoman pada Al-Quran inilah menjadikan kita bertakwa dan memperoleh kemenangan.
Sebulan penuh puasa Ramadhan telah kita kerjakan, menahan haus dahaga pada siang hari dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kita melaksanakan kewajipan sebaik-baiknya. Di samping itu, kita memperbanyak amalan sunnah: iktikaf, sedekah, tadarus, berzikir, berdoa, dan Tarawih.
Pada 10 hari terakhir Ramadhan pun kita tidak mahu ketinggalan untuk makin giat beribadah agar memperoleh Lailatulqadar. Semua itu kita lakukan dengan iman dan ikhlas, serta penuh harap agar kita memperoleh sasaran puasa, iaitu takwa.
Firman Allah Taala dalam TMQ Al-Baqarah: 183,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٨٣
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Seseorang yang bertakwa akan selalu menjaga diri agar Allah tidak melihatnya di tempat larangan-Nya; ataupun jangan sampai ia tidak didapatkan di tempat perintah-Nya. melaksanakan perintah Allah, dan meninggalkan larangan Allah. (Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyatul Aulat fil Islam, Jakarta, Pustaka Amani, Cetakan kedua, hlm. 339).
Perintah takwa ini juga terdapat dalam TMQ Ali Imran: 102,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٠٢
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah (dengan) sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
Imam Zamaksari menafsirkan “haqqa tuqaatih” (حَقَّ تُقَاتِهِ), iaitu benar-benar melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. (Imam Zamaksari, Tafsir al-Kassaf, Juz I, hlm. 306).
Ibnu Katsir menafsirkan dengan ‘hendaklah taat dan janganlah bermaksiat’, sedangkan Imam Jalalain menafsirkan dengan ‘hendaklah taat, maka janganlah bermaksiat; hendaklah bersyukur, maka janganlah kufur; hendaklah ingat (kepada Allah), maka janganlah lupa’. (Tafsir Jalalain, Juz I, hlm. 394).
Mencapai Darjat Takwa
Ramadhan tahun ini berlangsung di tengah wabak Covid-19 yang belum berakhir. Seharusnya, kita dapat lebih khusyuk, taqarrub pada Allah, bertaubat atas segala dosa, introspeksi diri, berikhtiar, bersabar, dan berdoa agar Allah mengangkat wabak ini. Selanjutnya, bersegera menerapkan Islam kaffah dalam seluruh aspek kehidupan.
Kita melaksanakan shaum Ramadhan dengan iman, ikhlas, dan mengharap redha Allah. Tentu saja dengan harapan memperoleh hikmah puasa, yakni menjadi orang yang bertakwa, iaitu mampu melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya dalam seluruh aktiviti, baik saat beribadah, berekonomi, bersosial, berbudaya, berpolitik, berkeluarga, bertetangga, bermasyarakat, dan bernegara.
Dengan shaum Ramadhan, peribadi-peribadi kita ditempa dan dilatih untuk meninggalkan yang mubah, seperti makan minum, apalagi yang haram. Oleh kerananya, pasca shaum Ramadhan akan lahir peribadi-peribadi yang kuat untuk mengekang nafsu syahwat/meninggalkan maksiat.
Imam Al-Qaththan dalam Tafsir Al-Qaththan menafsirkan “agar kalian bertakwa” (لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ), yakni kalian bertakwa dengan meninggalkan syahwat yang mubah. Oleh kerananya, dengan puasa, kita dilatih melakukan keutamaan dan keinginan kuat untuk mengekang nafsu dan meninggalkan syahwat yang diharamkan kerana takut pada Allah, baik dalam keadaan sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan.
Puasa yang mampu menghasilkan takwa adalah puasa yang mampu meninggalkan maksiat dalam aktiviti apa pun. Syeikh Taqiyuddin dalam kitab Syakhshiyyah Islamiyyah II menjelaskan bahawa tidak menerapkan Islam secara kaffah/menyeluruh adalah kemaksiatan terbesar. Maksiat berupa tidak diterapkannya Islam secara kaffah ini seharusnya disedari sebagai kemaksiatan terbesar dan wajib bertaubat sebab syarat dikatakan sebagai orang-orang yang bertakwa adalah takut berbuat maksiat.
Hanya dengan cara ini orang-orang yang shaum Ramadhan mampu mencapai darjat takwa. Imam Asy-Syaukani dalam Fathul Qadir dan Imam Tsa’labi dalam Tafsir Tsa’labi senada menafsirkan “agar kalian bertakwa” (لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ), iaitu ibadah puasa menyebabkan takut berbuat maksiat kerana sesungguhnya mengekang syahwat dan melemahkan seruan-seruan bermaksiat.
Ini sebagaimana dalam hadis sahih,
قَالَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ : الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ، وَهُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
“Rabb kita ‘azza wa jalla berfirman, ‘Puasa adalah perisai yang dengannya seorang hamba membentengi diri dari api neraka, dan puasa itu untuk-Ku, Akulah yang akan membalasnya.” (HR Ahmad)
Wajib kaffah
Memang, takwa merupakan sasaran besar, iaitu perubahan besar yang meliputi multidimensi. Bertakwa bererti melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya di seluruh aspek kehidupan. Dengan kata lain, orang bertakwa wajib meninggalkan maksiat, meninggalkan hukum buatan manusia, meninggalkan kapitalisme, materialisme, liberalisme, dan isme-isme lain secara menyeluruh. Sebagai gantinya, dia wajib menerapkan syariat Islam kaffah.
Ketaatan pada Allah tidak akan dapat sempurna manakala ketakwaan yang diraih hanyalah ketakwaan individu. Takwa pada Allah mewajibkannya mentaati-Nya dalam seluruh aspek kehidupan, baik ibadah mahdhah mahupun ghairu mahdhah. Tentu saja orang yang bertakwa tidak hanya sesuai aturan Allah saat solat, shaum, dan berhaji. Akan tetapi, saat menjalankan aktiviti lain juga hendaklah sesuai aturan Allah.
Guru dikatakan bertakwa pada Allah jika melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan maksiat kepada-Nya dalam setiap aktivitinya. Ibadah mahdhah-nya sesuai perintah Allah. Di samping itu, dalam aktiviti sehari-harian yang dia jalankan mestilah sesuai aturan Allah, termasuk saat dia menjadi guru. Bahan pembelajaran yang diajarkan kepada siswa hendaklah berdasarkan pada Islam, bukan pada sekularisme liberalisme—mengajarkan taat Allah dalam urusan akhirat, tetapi bebas membuat aturan untuk mengurus kehidupan dunia.
Begitu pula seorang pejabat, tidak dapat dikatakan bertakwa jika hanya rajin solat, shaum, haji, zakat, bahkan menyantuni fakir miskin dan rajin shaum Isnin-Khamis. Sedangkan dalam melaksanakan tugasnya dan amanahnya tidak berdasarkan syariat Islam, bahkan dia mengeluarkan kebijakan yang bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis.
Walhasil, bertakwa tidak sebatas takwa secara individu, tetapi menuntut kita melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas hanya kerana Allah, dan meninggalkan larangan-Nya atau meninggalkan maksiat, baik sebagai individu dan amanah yang ada di pundak kita.
Melalui shaum dan amal ibadah saat Ramadhan, insyaallah akan mencapai ketakwaan. Inilah yang mengantarkan kaum muslim menjadi ٱلۡفَآئِزُونَ (orang-orang yang memperoleh kemenangan).
Ciri-ciri orang yang menang adalah mentaati hukum Allah dan Rasul-Nya, takut kepada-Nya, dan bertakwa kepada-Nya dengan melaksanakan seluruh perintah-Nya dan meninggalkan seluruh larangan-Nya. Ini sebagaimana disebut dalam TMQ An-Nur: 52,
وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَخۡشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقۡهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ ٥٢
“Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.”
Ibnu Abbas dalam Tanwir Miqbas menafsirkan “ٱلۡفَآئِزُونَ” (orang-orang yang memperoleh kemenangan), “Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya dalam penerapan hukum syarak (melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya) dan takut pada Allah (terhadap dosa yang telah dikerjakan) dan takut melakukan dosa/bermaksiat kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan dengan masuk syurga dan dijauhkan dari neraka.”
Orang-orang yang memperoleh kemenangan adalah mereka yang berpegang teguh terhadap Al-Quran dan menjadikannya sebagai pedoman hidup.
Rasulullah saw. bersabda,
“إنَّ هَذَا الْقُرْآنَ هو حَبْلُ اللهِ الْمتِينُ، وهو النور المبين وهُوَ الشِّفَاءُ النَّافِعُ، عِصْمةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ، ونَجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ”
“Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ialah cahaya yang nyata, ia juga ubat yang bermanfaat, pencegah dosa bagi siapa pun yang berpegang teguh kepadanya, dan kemenangan bagi siapa saja yang mengikutinya.” (HR Hakim)
Dengan demikian, agar shaum kita dapat mencapai darjat takwa, kita wajib melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya. Bertakwa juga mewajibkan kita memperjuangkan berbagai hal: persatuan kaum muslim, Al-Quran sebagai pedoman hidup, dan tegaknya Islam secara kaffah. Inilah yang akan mengantarkan kita menjadi orang-orang yang memperoleh kemenangan. Insyaallah.