Perang Uhud adalah perang antara pasukan kaum muslimin yang berjumlah 700 orang menentang kaum musyrikin Mekah seramai 3000 orang. Dalam perang dahsyat itu pasukan muslimin sebenarnya sudah memperoleh kemenangan yang gemilang. Namun, kemenangan tersebut berbalik menjadi kisah pilu, kerana pasukan pemanah kaum muslimin yang pada awalnya ditempatkan di Bukit Uhud, terpesona akan harta ghanimah kaum musyrikin yang sebelumnya sempat melarikan diri. Pasukan pemanah meninggalkan kedudukan masing-masing dengan menuruni bukit. Kaum musyrikin memanfaatkan kesempatan tersebut dan mereka menyerang semula pasukan kaum muslimin. Akhirnya pasukan Muslim terdesak dan mengalah sehingga ramai yang syahid.
Hikmah Syawal:
- Perang Uhud memberi pelajaran dan hikmah yang luar biasa bagi perjalanan dakwah kaum muslimin hari ini. Berdasarkan surah Ali Imran ayat 137-139, Imam Al-Qurthubi berkomentar, “Ayat ini mengandungi ajakan untuk merenungkan nasib umat terdahulu yang telah mendustakan dakwah. Kehancuran dan kebinasaan yang dulu terjadi disebabkan kekufuran, kezaliman, dan kefasikan terhadap perintah-Nya.” Begitu juga perang Uhud, perilaku menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya menjadi pertanda awal kekalahan kaum muslimin pada perang tersebut. Dan begitulah sunatullahnya sehingga Allah segera menghiburkan kaum muslimin untuk tidak bersedih dan bersikap pengecut kerana sejatinya mereka adalah orang-orang yang paling tinggi darjatnya lantaran keimanan mereka.
- Perang Uhud Membezakan antara Mukminin dan Munafikin -Ketika pasukan kaum muslimin sudah sampai di Asy-Syauth (sebuah kebun yang berada di antara kota Madinah dan bukit Uhud), Abdullah bin Ubay bin Salul—tokoh munafik—menarik diri dari rombongan pasukan perang beserta tiga ratus orang kaum musyrikin lainnya dengan alasan bahawa peperangan tidak akan terjadi. Selain itu dia pun menyampaikan penolakan atas keputusan berperang di luar kota Madinah. Abdullah bin Amru bin Haram berusaha memujuk mereka namun tidak berhasil.
Ibnu Abbas berkata, “Allah menyebutkan empat hikmah atas peristiwa yang menimpa kaum muslimin di perang Uhud. Diketahuinya ilmu Allah dan ditampakkan kepada kaum muslimin. Memuliakan sebahagian kaum muslimin dengan mati syahid yang mengantarkan mereka kepada darjat yang tinggi di sisi Allah. Membersihkan dan membebaskan kaum mukminin dari dosa dan dari kaum munafik. Membinasakan dan membasmi orang-orang kafir secara perlahan.”
Dari sini, pengajaran yang kita dapat perolehi adalah bagaimana sikap orang munafik (Ubay bin Salul) itu tadi telah ditunjukkan sehingga akhirnya beliau menarik diri dari peperangan, malah lebih teruk lagi dia menghasut 300 orang lagi bersama-sama dengannya. Janganlah kita menjadi individu munafik yang menghalang gerak kerja dakwah Islam sehingga menyebabkan kegagalan Islam itu disebarkan seluasnya disebabkan kaki, tangan dan mulut kita. Nauzubillah min zalik.
1. Taati ketua/pemimpin selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak – Lihat saja bagaimana umat Islam pada awalnya telah capai kemenangan, namun akibat keingkaran dan kealpaan sehingga para pemanah meninggalkan kedudukan masing-masing (yang mana Rasulullah tidak mengarahkan mereka berbuat demikian), lantas Allah menimpakan akibatnya ke atas mereka agar kita mengambil pengajaran. Mentaati pemimpin selagi mereka tidak menyalahi hukum syarak adalah wasilah untuk umat Islam mendapat kemenangan.
2. Hakikat Kemenangan – Kemenangan mutlak ada di tangan Allah, bukan milik seorang hamba atau siapa pun. Dalam Surat Al-Anfal ayat 10 disebutkan, “Dan tidaklah Allah menjadikannya melainkan sebagai khabar gembira agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” Oleh itu, bersabarlah, berusahalah, seterusnya bertawakkal dan berserahlah kepada Allah kerana hanya Allah swt yang akan memberikan kemenangan kepada Islam.