Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Bayangkan, jika syurga yang ghaib itu kita mesti mendaki dengan berjalan kaki, maka kita tidak akan sampai ke sana. Namun, dengan hati syurga yang ghaib itu terasa dekat.
Oleh itu, para sahabat begitu menikmati keindahan dan kenikmatan syurga yang mereka yakini dalam hati mereka. Mereka dapat membayangkan kenikmatan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, tidak dapat dibayangkan dengan mata dan tidak pernah terlintas di fikiran mereka, begitu besarnya keindahan dan kenikmatan yang ada di sana.
Nabi juga bersabda bahawa penghuni syurga semuanya tampan dan cantik, baik rupa paras mahupun perangainya, tidak ada satu pun yang buruk kerana syurga adalah negeri segala kebaikan.
Wajarlah jika Hanzhalah dengan ringannya meninggalkan isteri cantik yang baru dinikahinya untuk memenuhi panggilan jihad hingga akhirnya syahid di Uhud dan dimandikan oleh malaikat. Kerinduan Hanzhalah akan syurga lebih kuat daripada cinta dan kerinduan kepada isterinya.
Gelora cinta yang membara di dalam diri para kekasih-Nya menjadikan jarak antara dia dan Dia begitu dekat. Semua yang dilihat menunjukkan cinta-Nya. Semua yang didengari dan semua yang dirasai adalah ungkapan cinta-Nya.
Begitu dekat hubungan antara dia dengan Dia sehingga dia tidak pernah berburuk sangka kepada-Nya, apapun yang Dia putuskan untuknya. Jarak dekat yang ini hanya boleh dilalui dengan hati, iman, dan keyakinan yang mendalam tentang Dia. Tentang kemahaan-Nya.
Puncak kenikmatan di syurga, iaitu melihat wajah-Nya akan terasa dekat. Malah, dia semakin membuatnya rindu untuk menemui-Nya kerana nikmat itu membuatkan lupa dengan nikmat yang lain.
اللهم إني أسألك لذة النظر إلى وجهك والشوق إلى لقائك
“Ya Rabb, hamba memohon kepada-Mu nikmatnya melihat wajah-Mu dan rindu untuk berjumpa dengan-Mu.”
Sumber:https://muslimahnews.net/2022/04/15/4521/