Penulis: Nicko Pandawa
Sekitar 130-an tahun yang lalu, satu kapal terkenal milik Khilafah Uthmaniyyah pernah berlabuh di Singapura. Kapal bukan sebarangan kapal, tetapi ianya kapal perang model frigate milik Amirul Mukminin, Khalifah Sultan Abdul Hamid II, yang diberi nama sesuai nama ayah pendiri Daulah Uthmaniyyah, Ertugrul.
Sebenarnya Kapal Ertugrul itu sekadar singgah di Singapura. Tujuan utamanya adalah untuk ke Jepun menemui Kaisar Mutsuhiti yang usaha perjuangannya seakan-akan Oden Kozuki dalam membuka negeri Wano.
Kaisar Mutsuhiti yang terkenal dengan sebutan “Meiji” ini sebelumnya memang sudah pernah menghantar utusan ke Istanbul dan menunjukkan niat baiknya untuk menjalin persahabatan dengan kaum muslim di bawah pimpinan Khalifah. Tentu saja Khalifah Abdul Hamid bersemangat dan mengirim Kapal Ertugrul sebagai kunjungan balasan ke Jepun.
Kembali semula ke Singapura. Ternyata, walaupun cuma singgah, kehadiran kapal perang Amirul Mukminin di sana disambut dahsyat oleh kaum Muslim, baik di Singapura, mahupun negara-negara sempadannya seperti Semenanjung Melayu, Kepri, Riau daratan, Acheh, Jawa, Kalimantan, Sabah/Sarawak, Brunei dan lain-lain.
Kapal Ertugrul yang namanya Osman Pasa kemudian mendapat surat dari para tokoh dan haji di negera ini yang diwakili oleh seseorang yang digelar “Qadhi kaum Muslimin Singapura”. Surat itu kemudian difoto oleh Osman Pasa dan dikirim melalui telegram ke Istanbul.
Sampai sekarang, foto surat ini masih ada di Başbakanlık Osmanlı Arşıvı (Pejabat Arkib Utsmani) dan disimpan dengan kode İ.DH. 1170/91449/3-5. Keseluruhan isi surat berjumlah dua muka surat, tetapi sayangnya lembaran ke dua fotonya kabur sehingga sulit untuk dibaca sebahagian besarnya. Namun, Alhamdulillah lembaran pertama masih boleh dibaca dengan jelas.
Apa kata orang Singapura yang diwakili Qāḍhī-nya?
Pertama, mereka menulis isi suratnya dengan Basmallah dan mukadimah surat sebagaimana lazimnya. Kemudian dilanjutkan dengan puji-pujian kepada sang Kapten Kapal Ertugrul, Osman Pasa yang disebut sebagai “Petarung di Jalan Allah” (الغازي في سبيل الله)
Tujuan utama surat ini ditulis tentu saja untuk ditujukan kepada petingginya, Osman Pasa yang juga sekaligus petinggi seluruh kaum muslim di dunia, Khalifah Sultan Abdul Hamid II. Bagi Qadhi Singapura, beliau adalah sultannya para sultan di seluruh negeri Arab dan bukan Arab. Seseorang yang telah mengabadikan hidupnya untuk kebaikan dan kehormatan kaum muslim.
Melalui pedang dan pena, Khalifah Sultan Abdul Hamid telah menolong kebenaran dan agama serta menguatkan syariat Rasulullah SAW.
Banyak doa-doa yang dipanjatkan kepada Allah sebagai ekspresi cinta Qadhi Singapura untuk Khalifah Uthmaniyyah. Lebih kurang lima doa terselit di dalamnya. Daripada lima doa itu, setidaknya ada dua doa yang kalau diukur dengan konteks hari ini, begitu luar biasa.
Kenapa? Kerana dua doa ini mengandungi makna-makna dan istilah yang hari ini begitu ditakuti, dianggap bahaya dan dicaci-maki. Apatahlagi doa ini diucapkan oleh pemimpin Islam di Singapura dahulu.
Ya, Singapura. Negara yang baru-baru ini kecoh kerana menahan Tuan Guru Ustaz Abdul Somad kerana dakwah-dakwah beliau yang dianggap keras.
Seperti apa bunyinya dua doa yang dipanjatkan oleh Qadhi Singapura?
اعز اللهم سرير الملك و الخلافة بوجوده
“Ya Allah, kuatkanlah ‘ranjang’ (singgasana) Kerajaan dan Khilafah dengan kehadiran Sultan Abdul Hamid.”
Dan satu doa lagi,
اللهم انصر جيوش المسلمين و عساكر الموحدين و اهلك الكفرة و الرافضة و المشركين
“Ya Allah, tolonglah pasukan-pasukan muslim dan tentera-tentera para ahli tauhid; dan hancurkanlah, wahai Allah, (kekuatan) orang-orang kafir, rafidh dan musyrikin.”
Itu baru doa di paragraf pertama. Belum lagi pokok dari surat Qāḍhī Singapura di paragraf kedua. Walaupun isi lengkapnya tidak dapat dibaca kerana kabur, tetapi kita boleh dapat gambaran bahawa surat ini merupakan aduan kepada junnah (perisai) kaum muslim mengenai sikap rejim penjajah anti-Islam yang melarang kajian ilmu, majlis selawat dan pembacaan maulid Nabi SAW.
Qadhi Singapura juga menceritakan penderitaan orang-orang Jawi (Indonesia) yang berada di bawah penjajahan Pemerintah Hindia Belanda. Walaupun ketika itu Singapura berada di bawah penjajahan Inggeris atas nama
Dari sini, Qāḍhī Singapura menceritakan penderitaan orang-orang Jawi (Indonesia) yang di bawah penjajahan Pemerintah Hindia Belanda. Walau saat itu Singapura di bawah penjajahan Britain atas nama Gabenor Negeri-negeri Selat (Gabenor atas Koloni Britain di Selat Melaka), tetapi Qāḍhī Singapura tidak melupakan keadaan jiran-jiran seimannya yang tercinta.
Disebutkan,
إننا من أهل الجاوى كلهم مظلومين من النصارى هلندا الذي حكموا علينا بظلمهم و من بعض ظلمهم علينا إننا إذا اجتمعون في درس العلم و الصلاة و لقرائة الموالد النبوية و غيرها من الطاعة لله و لرسوله جاؤ إلينا و منعونا بالإجتماع في درس العلم و غيره
“Sesungguhnya kami penduduk Jawa, yang semuanya itu telah terzalimi oleh kaum Nasrani Belanda, di mana mereka telah memerintah kami dengan begitu zalim. Di antara kezalimannya kepada kami ialah apabila kami berkumpul untuk mengkaji ilmu, berselawat, membaca maulid Nabi dan lain-lain yang merupakan bentuk ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya; Belanda akan mendatangi kami dan melarang kami berkumpul untuk mengkaji ilmu dan sebagainya.”
Demikian adalah situasi dan gambaran dalam sepucuk surat yang bertanggal 11 Jamadil Awal 1307, al-muwaffiq 3 Januari 1890. Sedangkan, 130-an tahun kemudian, pada tanggal 21 Mei 2022, saya hanya boleh termenung melihat perubahan drastik kerana putaran zaman dan warisan penjajahan.
Sumber: Telegram Faizah Rosyidah Channel