Penulis: Ustadz Felix Siauw
Islam itu datang untuk membawa atau melakukan perubahan, begitu juga dengan agama-agama sebelumnya, datang untuk mengubah kezaliman yang sedia ada kepada keadilan.
Begitu juga dengan rasul-rasul yang diutus adalah untuk mengubah keadaan yang ada, perubahan daripada kejumudan kepada pencerahan, perubahan daripada kegelapan kepada cahaya, perubahan daripada kejahatan kepada kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Ini bermakna, apabila kita mengkaji Islam, kemudian tiada perubahan yang berlaku di dalam diri kita, ertinya kita telah gagal menanamkan kefahaman Islam di dalam diri kita. Ada kekurangan yang terjadi di dalam diri kita.
Oleh itu ,apabila kita sudah mengkaji Islam kemudian kita tidak bangkit untuk mengubah keadaan yang ada, bererti ada juga kesilapan di dalam diri kita dan ada yang kurang tepat didalam memahami ajaran Islam yang boleh membawa perubahan . Mungkin sahaja , yang kurang tepat itu ada pada idea Islam yang baharu difahami sebahagian sahaja dan tidak menyeluruh.Ini disebabkan oleh , apabila Islam difahami secara menyeluruh , ini pasti akan membawa perubahan , dengan izin Allah SWT. Bukankah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan? Rasulullah mengubah masyarakat Arab jahiliah menjadi umat yang cemerlang pola fikirnya dan mulia pola sikapnya.
Maka ketika kita mempelajari Islam, kita mesti berkemahuan untuk mengubah diri dan juga mengubah orang lain. Jelas bahawa Islam itu bukan yang tidak membawa perubahan, tetapi yang boleh membawa perubahan ke arah kebaikan , seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Sehubungan dengan itu, ketika kita ingin mengubah menjadi yang lebih baik, ada sahaja puak-puak yang membenci , malah ada yang menghalang dakwah ini. Keadaan ini memang wajar,kerana Rasulullah SAW pun begitu, menghadapi cabaran dan tentangan sepanjang menyebarkan Islam , agama yang Allah SWT redhai.
Apa yang perlu kita pastikan di sini ialah jangan sampai dakwah kita ditolak , disebabkan oleh rendahnya akhlak pembawa dakwah Islam , tetapi apabila kita ditolak juga disebabkan oleh idea Islam yang kita bawa, itu masih boleh diterima. Sejauh manakah Islam menjadikan kita lebih baik? Dan sejauh manakah kita mahu berusaha mengubah orang lain agar sesuai dengan Islam? Itu istimewanya. Apabila Rasulullah SAW membawa Islam, baginda boleh menghasilkan generasi seperti para sahabat, semestinya jika kita benar-benar mengkaji dan juga mempelajarinya, itu juga pasti berlaku kepada kita.