Oleh: K.H. Hafidz Abdurrahman
Tata Cara Menyembelih
1. Batasan menyembelih: menyembelih [dzabh] adalah memotong kerongkong, dua urat leher [wadijain], iaitu dua urat yang mengalirkan darah ke otak.
2. Dampak sembelihan pada haiwan: haiwan boleh dibahagi menjadi dua: (a) Haiwan yang dagingnya boleh dimakan; (b) Haiwan yang dagingnya tidak boleh dimakan.
3. Haiwan yang boleh dimakan dagingnya: Haiwan yang boleh dimakan dagingnya boleh dibahagi menjadi dua: (a) Haiwan yang mempunyai darah, dan mengalir; (b) Haiwan yang tidak mempunyai darah, yang mengalir.
4. Haiwan yang Mempunyai Darah yang Mengalir: Haiwan jenis ini boleh dibahagi lagi: (a) Hanya hidup di air; (b) Hidup di darat; (b) Hidup di dua alam [darat dan air], atau amfibia.
5. Haiwan yang Hidup di dalam air: Haiwan yang hanya boleh hidup di dalam air, contohnya seperti ikan, maka boleh dimakan tanpa disembelih. Ini berdasarkan sabda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallama:
6.
هُوَ طَهُوْرُ مَاؤُهُ، اَلْحِلُّ مَيْتَتُهُ
“Itu adalah suci airnya, dan halal bangkai [mayit]-nya.” [HR Abu Dawud, at-Tirmidzi, dan An-Nasa’i] [3]
7. Haiwan yang hidup di darat: Jika haiwan tersebut hidup di darat, atau hidup di air, tetapi keluar dari air, seperti anjing laut, maka tidak halal dimakan, kecuali dengan disembelih, dengan penyembelihan yang syarie.
8. Haiwan yang tidak mempunyai darah: mengenai haiwan yang tidak mempunyai darah, seperti belalang, maka boleh dimakan, sekalipun tidak disembelih. Kerana alasan kerosakannya ada pada darah. Kerana itu, kalau haiwan tersebut tidak mempunyai darah, maka haiwan tersebut tidak mempunyai alasan kerosakan.
9. Haiwan yang tidak boleh dimakan: haiwan jenis ini ada dua: (a) Suci ketika hidup; (b) Najis ketika hidup. Adapun haiwan yang suci selama hidupnya, adalah semua haiwan, kecuali babi dan anjing. Maka, haiwan yang suci [tapi tidak boleh dimakan] tersebut, jika disembelih, daging dan kulitnya suci, tetapi dagingnya tetap haram. Tidak halal dimakan. Jika mati, tanpa disembelih, maka najis, kerana tidak disembelih. Kerana penyembelihan ini menjadi alasan kerosakannya. Tetapi, jika haiwan tersebut najis ketika hidup, maka tetap najis, baik disembelih mahupun tidak.
10. Penyembelih: orang yang menyembelih haiwan sembelihan ini disyaratkan harus: (a) Berakal; (b) Mumayyiz;4 Muslim; (4) Ahli Kitab [Yahudi/Nasrani]. Kerana itu, sembelihan orang gila tidak halal. Begitu juga sembelihan anak kecil yang belum mumayyiz. Juga sembelihan orang Majusi atau musyrik lainnya. Kerana Rasulullah (saw.) telah membuat perjanjian dengan Majusi Hajar:
صَالَحَ مَجُوْسَ هَجَرَ عَلَى أَنْ يَأْخُذَ مِنْهُمُ الْجِزْيَةَ، غَيْرَ مُسْتَحِلِّ مُنَاكَحَةِ نِسَائِهِمْ، وَلاَ أَكْلَ ذَبَائِحِهِمْ
“Mengambil jizyah dari mereka, perempuan mereka tidak halal dinikahi, dan sembelihan mereka tidak halal dimakan.” [HR Abu Yusuf] [5] Juga tidak halal sembelihan orang yang kekufurannya lebih kuat berbanding Majusi, seperti orang Musyrik [Hindu, Buddha, Konghucu, dan lain-lain], orang Murtad dari Islam, meski dia murtad menjadi Yahudi atau Nasrani. Juga orang Atheis, yang tidak mengimani salah satu agama, juga orang yang didakwa muslim, tetapi mazhabnya disahkan kafir, seperti Nushariyyah atau ‘Alawiyyah dari kalangan Syiah atau Ahmadiyyah.
11. Haiwan yang disembelih: syarat haiwan yang disembelih, meski halal dimakan, adalah haiwan yang: (a) Tidak dinyatakan keharamannya untuk dimakan oleh syarak, seperti babi, anjing, atau haiwan yang memiliki taring, atau burung yang memiliki cakar. (b) Hidup dengan kehidupan yang stabil, ketika disembelih. Kehidupan yang stabil bagi haiwan adalah kehidupan yang memungkinkannya untuk melakukan gerakan. Adapun kehidupan yang tidak stabil adalah kehidupan saat disembelih. Kehidupan yang kehilangan dari gerakan bebas haiwan tersebut. (c) Jika haiwan yang disembelih itu bunting, kemudian dari perutnya keluar janin, maka janinnya boleh dimakan tanpa disembelih. Berdasarkan sabda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallama:
ذَكَاةُ الْجَنِيْنِ ذَكَاةُ أُمِّهِ
“Sembelihan untuk janin mengikuti sembelihan induknya.” [HR Abu Dawud dan at-Tirmidzi] [6]
Haiwan yang disembelih itu bukan haiwan buruan tanah Haram. Kerana haiwan buruan yang ditangkap di tanah Haram, tidak boleh disembelih, dan tidak boleh dimakan.
12. Alat Sembelihan: Alat yang digunakan untuk menyembelih adalah alat yang boleh memotong. Makruh menyembelih dengan menggunakan gigi, kuku dan alat-alat sejenis lainnya, padahal ada alat yang boleh digunakan untuk memotong. Sebagaimana sabda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallama:
مَا أَنْهَرَ الدَّمَّ وَذُكِرَ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ فَكُلُوْا، لَيْسَ السِّنُّ وَالظَّفْرُ
“Apa yang boleh mengalirkan darah, dan ketika disembelih disebut nama Allah, maka makanlah. Tetapi, bukan gigi dan kuku.” [HR Bukhari] [7]