Oleh: K.H. Hafidz Abdurrahman
Haiwan Korban
Disyaratkan haiwan yang dikorbankan wajib:
Haiwan ternak: haiwan ternak [al-an’am] tersebut adalah unta [al-ibil], lembu [al-baqar], kerbau [al-jamus], kambing [al-ghanam], dan biri-biri [al-ma’iz].
Umur: disyaratkan untuk unta, lembu, dan kerbau wajib tsaniyya. Untuk unta wajib 5 tahun. Untuk lembu dan kerbau wajib 2 tahun. Kambing [biri-biri/ma’iz] wajib 1 tahun. Kambing domba [dha’n] disyaratkan wajib jad’u (6 bulan).
Jumlah korban: satu domba atau biri-biri boleh untuk satu orang atau satu keluarga, misalnya seorang bapa dan anak-anaknya. Seekor unta atau lembu untuk tujuh orang.
Selamat dari cacat yang berat: korban adalah persembahan yang dipersembahkan kepada Allah Swt., wajib layak dipersembahkan. Oleh itu, korban ini syaratnya wajib selamat dari cacat yang berat. Cacat berat itu antara lain: buta, cacat; telinga, tangan, dan kaki terpotong; sakit dan sangat kurus. Ini berdasarkan riwayat al-Barra’ bin ‘Azib yang berkata, Rasulullah (saw.) berdiri di antara kami, lalu bersabda,
أَرْبَعٌ لاَ تَجُوْزُ فِي الأَضَاحِيْ: اَلْعَوْرَاءُ اَلْبَيِّنُ عَوْرُهَا، وَاْلمَرِيْضَةُ اَلْبَيِّنُ مَرَضُهَا، وَاْلعَرْجَاءُ اَلْبَيِّنُ ظَلْعُهَا، وَالْكَسِيْرَةُ الَّتِيْ لاَ تَنْقِي
“Ada empat jenis haiwan yang tidak sah dijadikan haiwan korban, “(1) yang (matanya) ternyata buta, (2) yang (fizikalnya) ternyata dalam keadaan sakit, (3) yang (kakinya) ternyata cacat, dan (4) yang (badannya) kurus lagi tak berlemak.” (Hadis hasan sahih, riwayat At-Tirmidzi: 1417 dan Abu Dawud: 2420).[2] Korban juga mesti dipilih dari haiwan yang paling disukai. Kerana apa yang paling disukai oleh seseorang, jika digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka itu lebih baik berbanding yang lain. Meski kedua nilainya sama. Siapa saja yang membeli haiwan korban yang baik dan layak, lalu terbukti mempunyai cacat setelah dibeli, maka boleh diganti dengan yang lain, yang baik, juga boleh tetap dengan menyembelih yang cacat.
5. Waktu penyembelihan: penyembelihan haiwan korban dimulai setelah solat Aidiladha, dari tanggal 10 Zulhijjah, hingga matahari tenggelam pada 13 Zulhijjah.
6. Tempat penyembelihan: apa saja yang disembelih pada hari-hari Nahr, di tanah halal, selain tanah haram Mekah, disebut korban [udhhiyyah]. Sedangkan apa yang disembelih pada hari-hari Nahr, di tanah haram Mekah, disebut Hadyu.
7. Penggantian korban: jika membeli kambing dan diniatkan sebagai korban, maka haiwan korban boleh diganti yang lain, jika: haiwan korban tersebut cacat, maka boleh diganti dengan yang lain. Jika ingin mengganti, diganti dengan yang lain, yang lebih baik, tanpa cacat. Tidak boleh diganti dengan dirham [wang]. Jika itu dilakukan, maka statusnya sedekah biasa, bukan korban. Menyembelih korban lebih baik berbanding menyedekahkan harga [duit]-nya. Kerana, mengalirkan darah di hari Nahr, adalah ibadah.
8. Memanfaatkan daging korban: disunahkan untuk daging korban, sepertiga untuk disedekahkan, sepertiga untuk dimakan, dan sepertiga untuk dihadiahkan. Daging korban yang dimakan boleh disimpan pada saat-saat lapang, tetapi pada saat susah, berlaku kemiskinan, dan putus asa, makruh menyimpan daging korban.