Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Khutbah Haji Wada’ Rasulullah SAW adalah momen penting dalam memberikan arahan kepada umat Islam. Aspek politik dalam khutbah tersebut sangat dominan, kerana terkait dengan kepentingan bersama umat Islam dan terkait urusan umat Islam di dalam dan luar negeri.
Nabi Muhammad SAW pada akhir hayatnya menunaikan ibadah haji yang dikenal dengan nama Haji Wada’. Ketika melaksanakan haji tersebut, Nabi berkhutbah di hadapan kaum muslim. Beliau berkhutbah tidak hanya sekali.
Beliau berkhutbah di Hari Arafah, di Hari Nahr, dan di pertengahan Hari Tasyriq. Beliau saw. berwasiat, memberi nasihat, dan memberi arahan (perintah) sehingga ketika beliau meninggalkan umat ini, beliau telah meninggalkan umatnya dalam keadaan terang-benderang, malamnya bagaikan siang, dan tidaklah orang yang berpaling dari apa yang beliau ajarkan kecuali akan binasa.
Aspek Politik
Khutbah Rasulullah semasa Haji Wada’ mengandungi aspek politik yang sangat penting bagi umat Islam baik dulu, sekarang, mahupun yang akan datang.
Awal khutbah yang disampaikan Nabi SAW sebagaimana termaktub dalam hadis riwayat Al-Baihaqi, al-Thabari, Abu Awanah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ ! اسْمَعُوا مَا أَقُولُ لَكُمْ، فَإِنِّي لا أَدْرِي لَعَلِّي لا أَلْقَاكُمْ بَعْدَ عَامِي هَذَا فِي هَذَا الْمَوْقِفِ.
“Wahai manusia, dengarlah apa yang akan aku katakan. Sebab sungguh, aku tidak tahu, apakah aku boleh bertemu lagi dengan kalian setelah tahun ini, di tempat ini.”
Khutbah ini telah mengundang rasa sedih bagi sesiapa saja yang mendengarnya, kerana khutbah tersebut tersirat sebuah perpisahan panjang.
Rasulullah SAW menyampaikan beberapa wasiat politik:
PERTAMA, perlindungan darah dan harta.
Berkali-kali perkara ini beliau sampaikan dalam khutbah Haji Wada’. Perlu ada institusi negara yang menjaga harta dan setiap titis darah kaum Muslimin.
“Sungguh darah dan harta kalian haram seperti sucinya hari kalian ini, di negeri kalian ini, dan pada bulan kalian ini,” (HR Muslim).
KEDUA, ikhlas beramal, memuhasabah penguasa dan bergabung dalam jamaah.
Ketiga-tiga perkara ini hendaknya selalu hadir pada diri seorang muslim. Ketiga-tiga perkara ini tidaklah terwujud kecuali dengan adanya persatuan dan kesatuan umat.
Umat tidak akan bersatu kecuali dengan adanya pemimpin, dan tidak ada ertinya pemimpin jika tidak ditaati.
KETIGA, kesatuan berdasarkan ideologi Islam dan ukhuwah Islamiyah.
Rasisme atau perkauman hukumnya haram, tidak sesuai fitrah manusia, merendahkan, meremehkan hingga menghina orang lain kerana berbeza suku dan warna kulit.
KEEMPAT, wajib mengikuti Sunnah Khulafaur Rasyidin dalam pemerintahan.
KELIMA, menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar sistem kehidupan.
Apa pun yang kedudukannya menggantikan Al-Quran dan As-Sunnah hakikatnya adalah ‘jalan’ selain syariah Allah. Kata Ibnu Katsir, ia adalah jalan menuju kerugian, kehancuran dan kebinasaan.
Ini merupakan wasiat kepada kita agar membangun sistem hidup berdasarkan Islam.
*(Diolah dari tulisan Irianti Aminatun, Tinta Media.)