Hari Raya mempunyai beberapa kesunahan dan adab. Yang paling penting adalah:
1) Mengumandangkan takbir: Disunahkan mengumandangkan dan memperbanyak takbir, sejak malam tanggal 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. “Dan hendaknya Engkau sempurnakan bilangannya, dan Engkau agungkan Allah atas apa yang telah Dia anugerahkan kepadamu, dan agar kamu bersyukur.” [TMQ al-Baqarah: 185]
2) Mandi besar dan memakai wewangian: Sebelum mengerjakan solat Aidiladha disunahkan untuk mandi besar. Memakai wewangian di seluruh tubuh, termasuk pakaian.
3) Memotong kuku tangan dan kaki: Ini bahagian dari kesunahan yang diajarkan oleh Nabi SAW.
4) Memakai pakaian terbaik: Disunahkan memakai pakaian yang paling bagus, dengan catatan tidak berlebihan, atau memaksakan diri. Nabi SAW mempunyai Hullah, sejenis pakaian dan serban, yang dikenakan untuk dua Hari Raya, solat Jumaat dan menemui delegasi yang datang menghadap baginda.
5) Tidak makan sebelum berangkat: Ini merupakan kesunahan yang diajarkan oleh Nabi saw. ketika Aidiladha.
6) Solat Aidiladha di lapangan: Bukan di masjid, kecuali ada uzur, seperti hujan, suhu dingin yang luar biasa. Nabi SAW biasa mengerjakan solat Aidilfitri dan Aidiladha di lapangan, yang sekarang telah dibangunkan Masjid Ghamamah, padahal solat di Masjid Nabawi berpahala 1000, dibanding di luar Masjid Nabawi. Ini membuktikan kesunahan solat di lapangan.
7) Muslimah disunahkan mengikuti solat Aidiladha: Mereka disunahkan mengikuti solat di lapangan. Bahkan, muslimah yang kedatangan haid sekalipun disunahkan hadir di lapangan, walaupun tidak mengikuti solat, agar mereka dapat mendengarkan khutbah, dan bersama yang lain merayakan kebahagiaan, bertemu serta saling mengucapkan selamat Hari Raya. Bahkan, jika mereka tidak mempunyai jilbab, Nabi saw. menganjurkan wanita lain yang mempunyai jilbab untuk memberi pinjam kepada mereka.
8) Berangkat ke lapangan, dan kembali ke rumah melalui laluan yang berbeza: Tujuannya agar dapat mengucapkan salam kepada kaum Muslim sebanyak-banyaknya, dan menyampaikan selamat Hari Raya kepada mereka, serta doa keberkahan.
9) Mengucapkan Selamat Hari Raya: disertai doa, seperti, “Taqabbala-Llahu minna wa minkum.” Atau sejenisnya.
10) Menjauhkan diri dari maksiat di Hari Raya: Seperti ikhtilath [campur baur lelaki dengan wanita], berdandan yang menarik perhatian lawan jenis [tabarruj], bernyanyi-nyanyian atau karaoke dan sebagainya..
11) Menjalin silaturrahim: Dalam hadis sahih dinyatakan, “Siapa yang ingin mendapatkan kebahagiaan dengan dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan jejaknya, maka hendaknya menyambung kekerabatan.”
12) Menjalin hubungan baik dengan tetangga: Mengeratkan hubungan dan ikatan hati sebelum menjabat tangan, agar dapat menjadi pembuka terwujudnya kerjasama dalam ketaatan dan takwa. Umat ini sangat memerlukan kerjasama dalam ketaatan.
13) Menyembelih korban: Disunahkan menyembelih korban bagi yang mampu.
14) Mengagihkan daging haiwan korban: Menyembelih haiwan korban hukumnya sunah, dan merupakan bentuk shadaqah tathawwu’ [sedekah sunah]. Bukan shadaqah wajib [zakat]. Jika shadaqah wajib hanya boleh dilakukan oleh orang Islam, dan diagihkan kepada kaum Muslim, maka shadaqah tathawwu’ yang dilakukan oleh orang Islam, seperti penyembelihan korban, boleh diagihkan kepada non-Muslim.