Perbincangan tentang Khilafah terus bergulir di negeri ini, baik oleh pihak yang setuju dengan kewajipan menegakkannya kembali mahupun dari pihak yang menolaknya.
Semestinya, di negeri yang mendakwa sebagai penganut demokrasi, tidak mempermasalahkan diskusi yang mewacanakan pemikiran. Namun, fakta menunjukkan lain, berbagai pernyataan negatif dan penentangan terhadap Khilafah serta para pejuangnya terus berlaku.
Mereka juga terus menerus memberikan banyak alasan bahawa Khilafah tidak layak hadir di negeri ini, bahkan membincangkannya pun dilarang.
Benarkah Khilafah tidak perlu diperbincangkan?
Beberapa Alasan Penolakan Khilafah
Khilafah ditolak kerana dianggap menyalahi kesepakatan para pendiri negara ini. Pendapat ini diungkapkan beberapa orang penting di negeri ini, salah satunya Ma’ruf Amin, Wakil Presiden Republika Indonesia. Menurutnya, Khilafah ditolak di Indonesia kerana menyalahi kesepakatan, bukan kerana tidak islami. (Berita Satu)
Sementara itu, Ketua Badan Penanggulangan Ekstremisme dan Terorisme Majlis Ulama Indonesia (BPET MUI) H. Muhammad Syauqillah, Ph.D. menyatakan negara ini adalah hasil kesepakatan para ulama. Dia menyebutnya sebagai hasil ijtihad, “Bagi yang masih mengempenkan Khilafah, perlu sedar betul bahawa para ulama terdahulu telah melakukan ijtihad dan telah bersepakat atas rumusan dalam bernegara.” (Harakatuna)
Ada juga yang menyatakan sistem Khilafah dalam khazanah keislaman masih berpolemik. Dikatakan, dalam sejarah peradaban Islam, tidak ada model baku tentang sistem pemerintahan. Sistem Khilafah adalah satu dari sekian banyak interpretasi tentang sistem pemerintahan Islam sehingga secara historiknya tidak memiliki akar kuat tentang standard “Khilafah” yang boleh dibangun sebagai sistem pemerintah. (Kompasiana)
Senada, Quraish Shihab mengatakan, “Sistem pada zaman Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar, berbeza dengan zaman Saidina Uthman. Kita di Indonesia kekhalifahan, kita menganut kekhalifahan, sistem intinya adalah republik, demokrasi, asasnya Pancasila, dan lain-lain sebagainya.” (islami[dot]co)
Memahami Kedudukan Khilafah
Tuduhan sensitif dan mudah memprovokasi umat agar menolak Khilafah adalah narasi keji. Mereka menuduh bahawa perjuangan Khilafah selama ini berpotensi menghancurkan asas persatuan bangsa yang telah terajut lama.
Padahal, ketika berbicara perlu atau tidak perlu terkait suatu perkara, seorang muslim wajib terikat hukum syarak. Baik atau buruk, boleh atau tidaknya sesuatu, tergantung pandangan syariat Islam, bukan berdasarkan keinginan atau kepentingan.
Oleh kerananya, penting untuk memahami kedudukan Khilafah dalam ajaran Islam, serta hukum menegakkannya kembali. Jawapannya akan menentukan, apakah perbincangan Khilafah mesti dihentikan walau hanya sebatas wacana? Atau sebaliknya, perlu terus diserukan di tengah umat dan diperjuangkan dengan sungguh-sungguh agar institusi Khilafah segera tertegak.
Khilafah Ajaran Islam
Khilafah adalah ajaran Islam. Kewajipannya digali dari nas-nas syarak. Banyak dalil menjelaskan tentang kewajipan Khilafah, baik Al-Quran mahupun as-Sunnah.
Di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30. Imam al-Qurthubi menjelaskan, “Ayat ini merupakan hukum asal tentang kewajipan mengangkat Khalifah.” Beliau kemudian menegaskan, “Tidak ada perbezaan pendapat mengenai kewajipan (mengangkat Khalifah) ini di kalangan umat dan para imam mazhab, kecuali pendapat yang diriwayatkan dari Al-‘Asham (yang tuli tentang syariat) ….” (Al-Qurthubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, I/264).
Dalil Al-Quran lainnya antara lain dari surah An-Nisa’ (4): 59; surah Al-Maidah (5): 48; dll. (Lihat: Syeikh Ad-Dumaji, Al–Imâmah al–‘Uzhma ‘inda Ahl as–Sunnah wa al–Jamâ’ah, hlm. 49).
Contoh dalil yang berasal dari hadis Nabi saw. adalah,
مَنْ مَاتَ وَ لَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً
“Siapa saja yang mati, sedangkan di lehernya tidak ada baiat (kepada imam/khalifah), maka dia mati jahiliah.” (HR Muslim)
Berdasarkan hadis di atas, Syeikh Ad-Dumaiji menyatakan bahawa mengangkat seorang imam (khalifah) hukumnya wajib. (Ad-Dumaiji, Al-Imâmah al-‘Uzhma ‘inda Ahl as-Sunnah wa al-Jamâ’ah, hlm. 49).
Menjawab Tuduhan dan Keraguan
Adakah kesepakatan bentuk negara merupakan hasil ijtihad? Untuk menjawab persoalan ini, perlu mengaitkan dengan makna ijtihad yang dikenal di kalangan para ulama.
Dalam kitab Syakhshiyyah Islamiyah Jilid 1 karya Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, dijelaskan bahawa “ijtihad” menurut pakar ilmu usul adalah pengerahan segala usaha dalam memperoleh suatu hukum atau beberapa hukum syarak yang bersifat zhanni. Ijtihad ini perlu memenuhi syarat-syarat berupa pertama, mencurahkan seluruh upaya hingga merasa tidak mampu; kedua, upaya tersebut dalam rangka mencari hukum syarak; dan ketiga, digali dari nas-nas syarak.
Adakah kesepakatan para pendiri negara ini sudah memenuhi syarat-syarat ijtihad? Jika memenuhi syarat tersebut, boleh dikatakan sebagai ijtihad. Namun, jika tidak memenuhinya, tidak layak disebut sebagai hasil ijtihad.
Kemudian, penting untuk memahami sikap terhadap ijtihad. Seorang muslim wajib terikat dengan hukum syarak yang diyakininya. Dia boleh mengikuti pendapat seorang mujtahid yang dia percayai memiliki dalil terkuat. Jadi, hasil ijtihad mengikat ketika dipandang dalilnya kuat. Wajib ditinggalkan jika tampak kelemahannya.
Perlu penelaahan yang teliti terkait tuduhan bahawa tidak ada bentuk pemerintahan baku dalam Islam kerana ada perbezaan dalam pemerintahan khulafa pengganti Rasulullah saw… Sesungguhnya, tidak ada perbezaan pendapat di antara ulama muktabar tentang Khilafah sebagai sistem pemerintahan dalam Islam.
Para ulama sepakat bahawa merupakan fardhu kifayah untuk mengangkat seorang Khalifah. Memang benar ada perbezaan pendapat di antara ulama terkait tafshîl pemerincian seputar Khilafah. Contohnya, apakah Quraisy itu merupakan syarat in’iqâd atau syarat keabsahan khalifah atau bukan? Namun, perbezaan itu tidak membuat hukum menegakkan Khilafah menjadi tidak wajib.
Memang tidak dinafikan ada perbezaan dalam teknik pemilihan Khulafaur Rasyidin yang empat, seperti Khalifah Umar yang namanya sudah disebutkan sebelum Khalifah Abu Bakar wafat, sedangkan Khalifah Umar justeru menunjuk enam sahabat untuk menjadi urusetia pengangkatan khalifah sepeninggal beliau. Namun, semuanya berlangsung sebelum mereka dibaiat umat. Walhasil, boleh dikatakan bahawa metod pengangkatan Khulafaur Rasyidin dilakukan tanpa perbezaan, yakni sama-sama melalui pembaiatan umat.
Bagi menjawab pendapat yang menyatakan, “… di Indonesia kekhalifahan, kita menganut kekhalifahan, sistemnya intinya adalah republik, demokrasi, asasnya pancasila, dan lain-lain sebagainya,” sebagaimana perkataan Quraish Shihab, perlu membahas perkara-perkara prinsip yang baku yang membezakan Khilafah dengan sistem pemerintahan yang lain.
Di antara perkara prinsip terkait semua sistem pemerintahan adalah tentang konsep kedaulatan. Konsep kedaulatan dalam Khilafah dikenal dengan istilah “as-siyâdah li asy-syar’i” (kedaulatan di tangan syariat). Konsep ini berbeza jauh dengan bentuk pemerintahan mana pun. Contoh, dalam sistem pemerintahan republik, kedaulatan di tangan rakyat, sedangkan dalam sistem kerajaan, kedaulatan di tangan raja.
Kemudian, benarkah Khilafah akan merosakkan persatuan dan memecah belah bangsa? Realiti menunjukkan bahawa pertikaian selama ini sudah sering terjadi di antara elemen masyarakat, bahkan sesama parti politik. Padahal, Khilafah belum tegak. Mereka pun bukan berselisih untuk memperjuangkan Khilafah. Jadi, pernyataan tadi hanyalah alasan untuk menolak Khilafah. Tuduhan itu pun tidak memiliki bukti dan bertolak belakang dengan fakta sejarah Khilafah. Tentu itu adalah provokasi keji agar umat merasa terancam oleh Khilafah.
Adil dan Menyatukan Umat Manusia
Khilafah adalah ajaran Islam, agama yang diturunkan untuk seluruh manusia. Jejak sejarah Khilafah membuktikan bahawa pemerintahan Islam pernah menyatukan berbagai suku dan bangsa dari Maroko hingga Merauke menjadi satu wilayah kekuasaan. Semuanya diperlakukan sama.
Khilafah bukan hanya menyatukan penduduk muslim, warga negara yang beragama di luar Islam pun tetap terlindungi dan mendapatkan hak-haknya sebagai rakyat Khilafah. Mereka tidak boleh dipaksa mengganti keyakinannya. Namun, mereka wajib tunduk patuh pada aturan kemasyarakatan yang Khilafah terapkan.
Keadilan Khalifah terhadap warga negara kafir atau kafir zimmi boleh terlihat dalam perlakuan Khalifah Umar ra. ketika melihat kafir zimmi yang sudah tua meminta-minta, beliau berkata, “Sungguh kami bertindak tidak adil jika kami memungut jizyah ketika engkau waktu masih muda, kemudian kami biarkan engkau terlantar setelah tua renta.”
Beliau ra. kemudian mengajak orang tua itu ke rumahnya dan memberikan makanan. Tidak hanya membebaskannya dari jizyah, Khalifah Umar ra. juga memberinya harta dari Baitul Mal.
Khatimah
Khilafah adalah sistem pemerintahan Islam. Penetapannya didukung oleh dalil-dalil syarak yang kuat sehingga tidak terbantahkan. Mendiskusikan dan mewacanakannya, bahkan mendakwahkan serta memperjuangkannya, adalah suatu kewajipan yang wajib seorang muslim tunaikan. Perjuangan menegakkan ajaran Islam wajib terus digelorakan sekalipun rintangan dan kesulitan terus menghalang. Wallahualam.