Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Imam Taqiyyuddin ibn Daqiq al-‘Id dalam kitabnya, Ihkam al-Ahkam Syarh Umdah al-Ahkam, hlm. 56, menyebutkan 5 bentuk hijrah,
اسم الهجرة يقع على أمور ؛ الهجرة الأولى : إلى الحبشة ، عندما أذى الكفار الصحابة . الهجرة الثانية : من مكة إلى المدينة . الهجرة الثالثة : هجرة القبائل إلى النبي ﷺ لتعلم الشرائع ، ثم يرجعون إلى المواطن ، ويعلمون قومهم . الهجرة الرابعة : هجرة من أسلم من أهل مكة لياتي إلى النبي ﷺ ، ثم يرجع إلى مكة . الهجرة الخامسة : هجرة ما نهى الله عنه .
Hijrah partama adalah ke Habasyah, yakni ketika orang-orang kafir melakukan intimidasi kepada para sahabat . Hijrah kedua adalah adalah dari Mekah ke Madinah. Hijrah ketiga hijrahnya kabilah-kabilah kepada Nabi ﷺ untuk belajar syariat Islam, kemudian kembali ke daerahnya, dan mengajarkan ke kaumnya. Hijrah keempat adalah hijrahnya orang yang berislam dari penduduk Mekah untuk menemui Nabi ﷺ, kemudian kembali ke Mekah. Hijrah kelima adalah hijrah dari apa-apa yang Rasulullah larang atasnya.
Terkait hijrah dari Mekah ke Madinah, Nabi ﷺ bersabda,
كَانَ الْمُؤْمِنُونَ يَفِرُّ أَحَدُهُمْ بِدِينِهِ إِلَى اللهِ تَعَالَى وَإِلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَخَافَةَ أَنْ يُفْتَنَ عَلَيْهِ فَأَمَّا الْيَوْمَ فَقَدْ أَظْهَرَ اللهُ اْلإِسْلاَمَ وَالْيَوْمَ يَعْبُدُ رَبَّهُ حَيْثُ شَاءَ
Dulu ada orang Mukmin yang lari membawa agamanya kepada Allah dan Rasul-Nya kerana takut difitnah. Adapun sekarang (setelah Hijrah) Allah ﷻ benar-benar telah memenangkan Islam, dan seorang Mukmin dapat beribadah kepada Allah ﷻ sesuka dia. (HR. Bukhari).
Beberapa poin penting, bahawa hijrah merupakan:
- Pemisah antara kebenaran dan kebatilan; antara Islam dan kekufuran.
- Awal kebangkitan Islam dan kaum muslim yang pertama kalinya, setelah selama 13 tahun sejak kelahirannya.
Dalam sebahagian riwayat, peristiwa hijrah terjadi pada Jumaat 12 Rabiul Awal 1 H, dimana pada hari itu rombongan Nabi ﷺ sampai di Madinah. Hal itu setelah Rasul ﷺ mendapat nusrah (pertolongan) dari penduduk Madinah, yakni setelah Baiat Aqabah II. Pasca-Rasulullah ﷺ wafat, pada tahun 638 M (17 H), khalifah Umar bin al-Khattab menetapkan awal penetapan penanggalan Islam adalah tahun dimana hijrahnya Nabi Muhammad ﷺ dari Mekah ke Madinah.
Makna Hijrah
Nabi ﷺ bersabda,
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
Muslim itu adalah orang yang menjadikan muslim yang lain selamat dari lisan dan tangannya. Dan al-Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa saja yang telah Allah larang. (HR. Bukhari).
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fath al-Bari Syarh Shahih al-Bukhari, hijrah itu ada dua jenis: lahiriah dan batiniah. Hijrah batiniah adalah meninggalkan apa yang diperintahkan oleh hawa nafsu yang selalu memerintahkan keburukan dan syaitan ; dan yang lahiriah adalah menghindarkan diri-dengan membawa agama-dari fitnah.
Dari hadis tersebut, makna hijrah secara bahasa adalah,
الهجرة لغة الإنتقال والخروج من أرض إلى أرض
Hijrah secara bahasa bermaksud berpindah dan keluar dari satu tempat menuju adalah tempat lain. (M. Ali bin Nayif Asy Syahud, Al Mufashshl fi Ahkam al-Hijrah, hlm. 14).
Kemudian para ulama mendefinisikan hijrah dalam makna syarie sebagai berikut,
قَالَ ابْنُ الْعَرَبِيِّ َالْخُرُوجُ مِنْ دَارِ الْحَرْبِ إلَى دَارِ الْإِسْلَامِ (سبل السلام ج.6 ص.128. نيل الأوطار ج.12 ص. 270. المجموع ج. 19 ص. 264)
Ibnu ‘Arabi berkata hijrah adalah keluar atau berpindah dari dari Negara yang diperangi/negara kufur ke negara Islam. (Subul al-Salam, juz 6, hlm. 128 dan Nail al-Authar, juz 12, hlm 270).
Tak Ada Lagi Hijrah dari Mekah ke Madinah
عن عائشة وابن عباس رضي الله عنه عن الجميع، يقول ﷺ: لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا
Tidak ada lagi hijrah setelah kemenangan (Mekah) akan tetapi yang tetap ada adalah jihad dan niat. Maka jika kalian diperintahkan berangkat berjihad, berangkatlah. (HR. Bukhari dan Muslim)
Makna tidak ada hijrah adalah tidak ada hijrah dari Mekah ke Madinah,
ومعناه عند أهل العلم: لا هجر
ة من مكة بعدما فتحها الله على نبيه عليه الصلاة والسلام، وليس المعنى نفي الهجرة بالكلية لا، المراد: لا هجرة بعد الفتح يعني: من مكة إلى المدينة؛ لأن الله سبحانه جعلها دار إسلام بعد فتحها، فلم يبق هناك حاجة إلى الهجرة منها، بل المسلمون فيها يبقون فيها.
Hijrah Kedua Kita
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «سَتَكُونُ هِجْرَةٌ بَعْدَ هِجْرَةٍ، فَخِيَارُ أَهْلِ الْأَرْضِ أَلْزَمُهُمْ مُهَاجَرَ إِبْرَاهِيمَ».
Dari Abdullah bin Amr berkata, Sesungguhnya Rasulullah ﷺ. Bersabda: Akan terjadi hijrah setelah hijrah, sebaik-baik penduduk bumi adalah yang tinggal di tempat hijrah Nabi Ibrahim (Syam). (HR. Abu Daud, Ahmad, Al-Hakim)
Jadi misi hijrah kita belum selesai, yakni hijrah dari apa yang Allah larang dan hijrah dari darul kufur ke darul Islam.
Terakhir, refleksi hijrah hari ini adalah meninggalkan kekufuran menuju keimanan; meninggalkan darul kufr menuju darul Islam; meninggalkan kekalahan menuju kemenangan dan kemuliaan Islam; dan mengubah penindasan menjadi tebaran kerahmatan.