Penulis: Ahmad Mahmud
Upaya menegakkan Dar Islam merupakan ketentuan syariat. Akan tetapi, dalam persoalan ini, ada yang berpendapat bahawa upaya menegakkan Dar Islam ini hanya merupakan bahagian dari uslub atau teknik saja sehingga kita boleh menentukan upaya apa yang boleh dilakukan untuk itu. Menurut mereka, kita boleh melakukan aktiviti apa pun selama boleh mengantarkan pada tegaknya Dar Islam.
Dalam hal ini, kita, misalnya, boleh melakukan berbagai aktiviti seperti menolong kaum fakir miskin, berdakwah ke arah akhlak, membina sekolah dan hospital, berdakwah ke arah berbagai keutamaan amal (fadha’il ‘amal), melawan penguasa dengan mengobarkan perang menggunakan senjata, ataupun bekerja sama dengan penguasa di dalam struktur pemerintahan.
Padahal, semua ini jelas menyimpang dari keteladanan yang telah dipraktikkan Rasulullah saw. ketika beliau berusaha memenuhi perintah Allah Swt. di dalam menempuh jalan untuk menegakkan Dar Islam.
Rasulullah saw. menyatakan secara terang-terangan aktiviti dakwahnya, maka kita pun wajib melakukan hal yang sama. Jika tidak, bererti kita telah melakukan penyimpangan terhadap syariat.
Rasulullah saw. pernah menahan diri untuk melancarkan perang dengan mengangkat senjata dan tidak mengizinkan para sahabat untuk mengangkat senjata. Oleh kerananya, kita juga dilarang melakukan hal yang sama.
Rasulullah saw. pernah mencari pertolongan atau perlindungan bagi dakwahnya, maka kita pun dituntut untuk melakukan hal yang sama tanpa menyimpang sedikit pun. Pendek kata, setiap langkah dari perjalanan dakwah Rasulullah saw. yang telah ditentukan oleh Allah Swt., hal itu berlaku bagi diri kita. Menyimpang dari perkara ini atau malah tidak melakukan perkara yang memang dituntut dalam perkara ini dipandang sebagai penyimpangan terhadap syariat.
Dengan demikian, dalam konteks thariqah (jalan) dakwah, kita tidak diberikan pilihan apa pun. Pasalnya, syariat telah menentukan tujuan yang mesti kita raih, sekaligus metod untuk merealisasikannya. Tidak ada pilihan lain bagi kita kecuali wajib mentaatinya.
Dari sini, jelas bahawa tidak ada kuasa bagi siapa pun—selain bagi syariat (Al-Quran dan as-Sunnah)—untuk menentukan berbagai langkah di dalam thariqah dakwah. Kita tidak boleh membiarkan akal kita, kondisi, atau aspek kemaslahatan atau apa pun untuk menentukan langkah dakwah apa pun.
Nas-nas syariat wajib difahami berdasarkan maksud yang ditunjukkan oleh lafaznya, bukan berdasarkan pada hawa nafsu dan kecenderungan kita. Sebaliknya, kecenderungan diri kita wajib tunduk pada syariat dan kita mesti terikat dengan apa saja yang memang diredhai oleh Allah Taala.
Atas dasar itu, kita wajib memahami thariqah dakwah Rasulullah saw. sekaligus terikat secara sempurna dengan thariqah yang pernah ditempuh beliau. Kita juga mesti menentukan beberapa fasa (marhalah) dakwah yang juga pernah ditempuh oleh Rasulullah saw. dan melakukan setiap aktiviti secara sempurna di dalam setiap fasanya.
Pada fasa “tatsqif”, Rasulullah saw. telah melakukan beberapa aktiviti seperti menjalin hubungan dengan beberapa orang, menghimpun beberapa orang di antara mereka yang beriman kepadanya, dan menempatkan mereka pada sebuah tempat tersembunyi, sembari terus-menerus melakukan penanaman tsaqafah Islam pada diri mereka. Kita juga wajib melakukan inti dari aktiviti tersebut sebagai bahagian dari syariat, yakni sebagai sesuatu yang bersumber dari Allah. Dalam hal ini, kita hanya diberikan pilihan dalam hal penentuan berbagai sarana dan uslub-nya saja.
Pada fasa interaksi secara langsung dengan masyarakat, yakni fasa pergulatan pemikiran dan pergumulan politik. Rasulullah saw. juga telah melakukan beberapa aktiviti seperti menyatakan dakwah secara terang-terangan di hadapan masyarakat, melakukan perlawanan terhadap golongan elit Quraisy sembari mengungkapkan berbagai nama dan sifat mereka, dan mengungkapkan maksudnya kepada beberapa kabilah. Kita juga mesti melakukan inti dari aktiviti Rasulullah saw. ini sebagai bahagian dari hukum syariat yang wajib diwujudkan.
Aktiviti pada fasa kedua ini disandarkan pada aktiviti pada fasa sebelumnya, yakni pembudayaan pada fasa kedua ini, dilakukan pergulatan pemikiran, perjuangan politik, menetapkan sekaligus menangani berbagai kemaslahatan umat atas dasar Islam, serta mengungkapkan berbagai makar orang-orang kafir imperialis beserta para penguasa yang menjadi tali barut mereka.
Semua ini dilakukan dalam upaya meneladani segala yang pernah dilakukan Rasulullah. Di luar itu, kita dibiarkan untuk memilih berbagai sarana dan uslub untuk merealisasikannya.
Benar, dari masa yang dilalui oleh Rasulullah saw. di Mekah, kita wajib meneladani beliau dalam upayanya menegakkan Dar Islam. Rasulullah saw., pada saat menempuh metod ini juga melakukan beberapa aktiviti untuk merealisasikannya, serta banyak menghadapi penghinaan, kekerasan, dan siksaan. Akan tetapi, keyakinan beliau saw. tidak pernah berkurang dan keteguhan beliau juga tidak pernah melemah. Pasalnya, perintah Allah Swt. telah diturunkan sehingga beliau berusaha untuk melaksanakannya.
Sebagaimana diketahui, Allah Swt. memerintahkan kepada Rasulullah untuk menyatakan dakwahnya secara terang-terangan. “Nyatakanlah secara terang-terangan apa yang telah diperintahkan kepadamu.” [TMQ Al-Hijr (15): 94]
Berkaitan dengan ayat di atas, akibat keliru dalam memahami metod dakwah Rasulullah yang benar, ada orang yang berpendapat bahawa Rasulullah menyatakan secara terang-terangan perintah Tuhannya, bukan perintahnya sendiri. Mereka kemudian menyatakan bahawa metod seperti ini, yakni menyatakan dakwah secara terang-terangan, bukan sesuatu yang mengikat.
Padahal, seandainya memang tidak bersifat mengikat, Rasulullah tentu tidak memerlukan hal ini. Beliau melakukan perlawanan terhadap orang-orang kafir sembari menyebut-nyebut Tuhan mereka, tokoh-tokoh mereka, tradisi-tradisi mereka, dan pemikiran-pemikiran mereka.
Semua ini dilakukan sesuai ayat Al-Quran itu. Padahal, pada saat yang sama, Rasulullah sebetulnya mampu memihak para tokoh meminta kerelaan mereka atau berjalan bersama-sama budaya mereka yang rosak, sepanjang hal itu memungkinkan. Seandainya saja Rasulullah melakukan tindakan ini, bererti beliau telah menyalahi perintah Allah. Akan tetapi, ayat Al-Quran telah turun dan Rasulullah telah menjalankan perintah Tuhannya.
Allah Swt., misalnya, telah berfirman pada Rasulullah, “Bangunlah engkau, lalu berikanlah peringatan.” [TMQ Al-Muddatsir (74): 2]
Setelah ayat tersebut turun kepada Rasulullah, beliau segera melakukan penentangan terhadap beberapa tokoh Quraisy, sebagaimana telah dijelaskan sebelumnya.
Dalam hal ini Allah berfirman, “Celakalah kedua tangan Abu lahab.” [TMQ Al-Lahab (111): 1]
“Yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya.” [TMQ Al-Qalam (68): 13]
Al-Quran juga mendorong Rasulullah saw. menyatakan demikian, “Engkau bukanlah termasuk orang yang gila terhadap nikmat Tuhanmu.” [TMQ Al-Qalam (68): 2]
Al-Quran juga telah menggambarkan keadaan orang-orang kafir, “Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak pula kepadamu.” [TMQ Al-Qalam (68): 9]
Di samping itu, sebagaimana telah dipaparkan, Al-Quran juga telah memerintahkan Rasulullah saw. untuk menyatakan dakwahnya secara terang-terangan, memperingatkan para penduduk Ummul Qura (Mekah) dan sekitarnya; juga melarang Rasulullah dan para sahabatnya untuk berdakwah sembari menggunakan senjata kekerasan.
Dengan demikian, ketika Al-Quran turun, beliau senantiasa bertindak berdasarkan Al-Quran. Setelah penjelasan ini, dalih apa lagi yang dimiliki oleh orang yang menyatakan bahawa metod dakwah Rasulullah ini tidak bersifat mengikat?
Tidak bersifat mengikat ertinya bersifat pilihan. Seandainya demikian, bererti Rasulullah, dengan segenap kemampuannya, telah menyimpang dari perintah Allah dalam seluruh atau sebahagian wahyu yang diturunkan kepadanya. Ini kerana pada intinya, beliau tidak terikat dengan wahyu tersebut.
Seandainya demikian, bererti kita juga tidak wajib terikat atau bebas memilih untuk menelusuri jejak metod Rasulullah ataupun menempuh metod yang lain. Semua ini tentu sangat jauh menyimpang dari pemahaman yang sahih dari keteladanan Rasulullah dan dari minhaj beliau dalam melakukan perubahan.
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam