Di samping faktor individual, Dewan Rakyat yang merupakan tiang penting demokrasi juga bermasalah secara sistem. Keputusan yang didasarkan kepada suara majoriti kerap kali lebih berpihak pada pemilik modal, bukannya rakyat.
Demokrasi mahal yang menjadikan wang ringgit sebagai panglima, menciptakan persekitaran yang subur untuk jual beli kebijakan dan rasuah. Sini semua menciptakan simbiosis mutualisme politik dan pemilik modal yang membahayakan rakyat.
Oleh kerana itu, berulang-ulang kita menegaskan, tidak akan terjadi perubahan yang bermakna selama Malaysia menerima pakai sistem kapitalisme. Kita juga tidak kenal penat lelah mengingatkan, yang diperlukan oleh rakyat adalah perubahan yang mendasar (asasiyah) dan menyeluruh (inqilabiyah). Perubahan menyeluruh ini (taghyir) memerlukan beberapa prasyarat penting.
Pertama, kejelasan asas ideologi.
Persoalan ideologi ini penting kerana merupakan dasar yang dibangun di atasnya sistem kehidupan. Ideologi juga akan mengarahkan perubahan. Oleh kerana itu, ketidakjelasan ideologi—apatah lagi tanpa ideologi—akan membuat perubahan mendasar menjadi utopia dan tidak tentu arah.
Bagi kita, tentu saja pilihan asas ideologinya ialah Islam. Ini kerana Islamlah yang memiliki akidah yang sahih (benar) yang akan melahirkan sistem hidup yang sahih pula. Akidah dan syariat Islam yang berasal dari Allah SWT merupakan jaminan bagi kebenaran Islam dan akan memberikan kebaikan bagi setiap umat manusia (rahmatan lil ‘alamin).
Kedua, perubahan mendasar juga memerlukan musuh bersama (common enemy) yang jelas.
Kesalahan menetapkan musuh akan menyebabkan kesalahan dalam bersikap terhadap musuh. Untuk itu, perlu kita menegaskan, musuh utama umat Islam ialah ideologi kapitalisme dan sosialisme komunisme. Ini kerana penerapan ideologi kapitalisme inilah yang menjadi pangkal penyebab kerosakan di tengah masyarakat.
Ketiga, perlu ada konsep dan arah perubahan yang jelas, terarah, dan terukur.
Oleh kerananya, perubahan yang kita lakukan hendaklah jelas mengarah pada usaha melanjutkan kehidupan Islam (al-isti’naf alhayatil islamiyah) dengan menerapkan syariat Islam melalui institusi politik Khilafah Islam. Ketegasan dan kejelasan arah perubahan ini penting. Tentu sulit diterima akal sihat ketika kita menginginkan perubahan, tetapi tidak mengetahui arahnya.
Di samping itu, harus terukur bahawa keberhasilan penegakan Khilafah Islam akan bergantung pada dua perkara, iaitu pertama, sejauh mana kesedaran umat untuk mendukung penegakan Khilafah dan mencampakkan sistem kapitalisme. Kedua, sejauh mana kelompok kekuatan sebenar (ahlul quwwah) di tengah-tengah masyarakat mendukung perubahan ini.
Kesedaran masyarakat yang menjadikan mereka bersedia untuk berkorban dan dukungan ahlul quwwah yang ikhlas dan didasarkan kepada Islam akan membuatkan perubahan ke arah Islam tidak dapat dibendung.
Bukan hanya itu, para ejen perubahan tentu harus mempersiapkan sistem pengganti sekiranya perubahan itu terjadi. Oleh sebab itu, konsep tentang sistem Islam hendaklah benar-benar dikuasai.
Hal inilah yang sudah disiapkan oleh حزب التحرير sebagai salah satu kelompok dan parti dakwah yang mengusung perubahan mendasar ini. Ia sudah siap dengan konsep sistem pemerintahan (nizham hukmi), sistem ekonomi (nizham iqtishadi), sosial (nizham ijtima’i), kewangan (amwal), dan konsep lain yang diperlukan untuk mengurus masyarakat dan negara.
Keempat,wajibnya memiliki kepimpinan umat.
Tanpa kepimpinan, tentu sulit menggerakkan dan mengarahkan umat. Oleh kerananya, kelompok atau parti yang melakukan perubahan hendaklah menjadi pemimpin di tengah umat. Namun, bukan sembarangan kepimpinan, melainkan kepimpinan yang bersifat ideologi (mabda’i) yang dibanguns berdasarkan Islam. Bukan berdasarkan ikatan kemaslahatan duniawi. Walhasil, perubahan ini terjadi melalui jalan umat dan bersama-sama umat yang sedar (‘an thariqil ummah).
Kelima, perubahan akan semakin matang ketika terdapat peristiwa politik (political event)
Hal ini ditandakan dengan penolakan masyarakat terhadap pemimpin dan sistem politik yang ada. Ini terjadi ketika rakyat sangat menderita akibat kebijakan elit politik yang menerapkan sistem kapitalisme yang rakus dan menindas.
Ini serupa dengan saat-saat genting ketika masyarakat bergerak menentang rezim Soeharto di Indonesia atau rezim Husni Mubarak di Mesir. Peristiwa politik ini pasti terjadi dan berulang sebagai buah dari sistem kapitalisme.
Dalam kondisi kritikal seperti ini, masyarakat akan bergerak menuntut perubahan yang benar, iaitu perubahan yang berdasarkan Islam. Sebelumnya, umat hendaklah telah terjun kedalam dakwah Islam sehingga mampu menghasilkan kesedaran umat.
Mereka marah secara ideologi, bukan sekadar kemarahan akibat dorongan perut. Mereka menuntut penegakan Khilafah Islam. Kesedaran umat yang disertai dukungan ahlul quwwah (pemilik kekuasaan kebenaran) akan menjadikan perubahan tidak dapat dihentikan oleh siapa pun. Allahu Akhbar!