AL-GHURABA’: BERSAUDARA KERANA ALLAH (FILLAH), TIDAK AKAN MENYERAHKAN SAUDARANYA KEPADA ORANG-ORANG ZALIM
Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed
Al-Ghurabâ’ disifati sebagai golongan yang saling mencintai kerana Allah, maksudnya, perkara yang menjadi pengikat di antara mereka adalah ideologi (mabda‘) Islam, bukan selainnya. Mereka tidak diikat oleh ikatan yang lain, baik ikatan nasab, ikatan kekerabatan, ikatan kemaslahatan atau kemanfaatan duniawi.
Dalam riwayat al-Hakim dari Ibn ‘Umar r.a. yang menegaskan bahawa mereka bukanlah para nabi, dengan perincian karakter:
«تَصَادَقُوا فِي اللَّهِ وَتَحَابَّوْا فِيهِ»
“Mereka saling berteman di jalan Allah (fillah) dan saling mencintai kerana Allah.” (HR. Al-Hakim)
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata:
قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «إِنَّ مِنَ الْعِبَادِ عِبَادًا يَغْبِطُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ» قِيلَ: مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: «هُمْ قَوْمٌ تَحَابُّوا بِرُوحِ اللهِ عَلَى غَيْرِ أَمْوَالٍ وَلَا أَنْسَابٍ، وُجُوهُهُمْ نُورٌ – يَعْنِي عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ، لَا يَخَافُونَ إِنْ خَافَ النَّاسُ، وَلَا يَحْزَنُونَ إِنْ حَزِنَ النَّاسُ» ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ {أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ}
“Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah ada sekelompok hamba-Nya dimana para nabi dan syuhada pun ber-ghibthah pada mereka (di hari kiamat).” Ditanyakan: “Wahai Rasulullah ﷺ, siapakah mereka itu?” Rasulullah ﷺ bersabda: “Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai dengan “ruh” Allah bukan kerana kepentingan harta benda, tidak pula kerana adanya jalinan nasab, wajah-wajah mereka adalah cahaya, yakni di atas mimbar bercahaya, mereka tidak takut ketika manusia takut, mereka tidak bersedih ketika manusia bersedih.” Kemudian Rasulullah ﷺ membacakan firman Allah: “Ingatlah sesungguhnya para kekasih Allah itu tidak mempunyai rasa takut (oleh selain Allah) dan tidak bersedih.” (TMQ Yûnus [10]: 62) (HR. Al-Nasa’i, al-Baihaqi)
Hadis yang agung ini menggambarkan bahawa mereka bukanlah para nabi dan bukan pula para syuhada’, dimana para nabi dan syuhadâ’ sebaliknya memiliki rasa ghibthah pada mereka -yakni menginginkan kebaikan sama seperti yang Allah anugerahkan kepada golongan ini, tanpa mengharapkan hilangnya kebaikan pada diri orang yang di-ghibthah-i tersebut-, meskipun dalam masa yang sama bukan bermakna kedudukan al-ghurabâ’ di akhir zaman lebih utama daripada para nabi. Namun semata-mata menjadi petunjuk (dilâlah) dari keistimewaan dan keutamaan mereka, sekaligus menunjukkan bahawa kedudukan al-ghurabâ’ tidak semestinya diraih oleh mereka yang menjadi syuhadâ’.
Dimana al-ghuraba’ akan MEMILIH PERKATAAN YANG BAIK-BAIK, dimana kebaikan perkataan tersebut tercermin dengan perkataan yang saling menguatkan di jalan dakwah dan perjuangan, tidak menyakiti saudara-saudanya yang sedang berjuang, lebih-lebih lagi tidak berlepas diri dari perjuangan itu sendiri.
Sebagaimana hadis riwayat al-Imam al-Thabarâni dari hadis Amru bin Abasah , dia berkata; aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
«هُمْ جماعٌ مِنْ نَوَازِعِ الْقَبَائِلِ، يَجْتَمِعُونَ عَلَى ذِكْرِ اللَّهِ، فَيَنْتَقُونَ أَطَايِبَ الْكَلَامِ كَمَا يَنْتَقِي آكِلُ التَّمْرِ أَطَايِبَهُ»
“Mereka adalah kumpulan manusia yang terdiri dari orang-orang yang terasing dari kabilah-kabilah, mereka berkumpul atas dasar zikir kepada Allah, kemudian memilih perkataan yang baik-baik sebagaimana orang yang memakan buah-buahan memilih yang baik-baik.” (HR. Al-Thabarani)