Usia 40+ Bukan Usia untuk Marah-Marah
Oleh: Nabila Zidane
Kalau usia masih dua puluhan, marah itu kadang masih dianggap lucu. Merajuk sebentar, upload status, esok sudah baik. Masih kuat berjaga malam, masih kuat drama, masih kuat makan nasi jam dua pagi lalu bangun segar seperti tidak terjadi apa-apa.
Tapi apabila angka empat mulai duduk di hadapan umur, tubuh mulai mengirim surat rasmi. Isinya sederhana. “Mohon kerjasamanya. Kami sudah tidak sanggup melayani emosi berlebihan.”
Marah sedikit, tengkuk terus kaku, asid urik pun naik. Kecewa sedikit, kepala pun berdenyut, badan sakit-sakit susah tidur. Kekecohan lima belas menit, gerd menyusul rapat koordinasi. Belum lagi jantung berdebar seperti baru habis lari maraton, padahal cuma membaca komen WhatsApp keluarga.
Lebih melucukan, penyebab marah usia 40+ sering kali bukan persoalan besar. Suami lambat balas pesanan WhatsApp. Anak-anak keluar rumah tidak ada khabar. Anak meletakkan gelas bekas minuman di sebelah sinki, bukan di dalamnya. Padahal kalau difikir-fikir, hidup ini sudah cukup melelahkan. Tidak semua perkara perlu diberi bonus kemarahan.
Dalam dunia perubatan, kemarahan bukan sekadar urusan perasaan. Ketika seseorang marah, tubuh melepaskan hormon adrenalin dan kortisol. Denyutan jantung meningkat, tekanan darah naik, pembuluh darah menegang, dan keperluan oksigen jantung ikut bertambah.
Jika hal itu terus berulang, risikonya tidak main-main. Hipertensi lebih mudah muncul, kualiti tidur menurun, daya tahan tubuh melemah, gangguan gerd lebih sukar sembuh, bahkan bagi sebahagian orang, ia dapat meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
Psikologi juga menjelaskan hal yang sama. Kemarahan kronik membuat otak berada dalam keadaan waspada secara terus-menerus. Tenaga mental diperah hanya untuk memikirkan hal-hal yang sebenarnya tidak mengubah apa pun. Akibatnya seseorang lebih mudah cemas, sukar memberikan tumpuan/fokus, cepat penat, dan lebih sensitif terhadap masalah kecil.
Jadi kalau akhir-akhir ini kita merasa mudah letih, jangan-jangan bukan kerana pekerjaan yang terlalu banyak. Boleh jadi kerana terlalu banyak marah.
Padahal marah itu seperti minum racun sambil berharap orang lain yang keracunan. Yang naik tekanan darah kita. Yang susah tidur kita. Yang sakit bahu kita. Yang perlu beli ubat juga kita.
Sementara orang yang membuat kita marah malah sedang makan pecel dengan bahagia. Rugi, kan?
Maka usia 40+ sebenarnya adalah usia untuk naik kelas. Bukan lagi berlumba siapa yang paling keras suaranya.
Tetapi siapa yang paling tenang menghadapi keadaan.
Kita mulai sedar bahawa tidak semua komentar perlu dijawab. Tidak semua kesalahan perlu diperdebatkan. Tidak semua orang perlu diyakinkan dan tidak semua masalah layak menghabiskan tenaga hidup kita.
Ada kalanya cukup tersenyum. Ada kalanya cukup menghela nafas. Ada kalanya cukup berkata dalam hati, “Ya sudahlah…” Lalu terus makan. Kerana nasi goreng yang sudah dingin lebih layak diselamatkan daripada perdebatan yang tidak ada hujungnya.
Bukan bermakna kita menjadi orang yang pasif atau membiarkan kezaliman. Bukan.
Marah tetap memiliki tempat ketika syariat membolehkannya, misalnya melihat kemungkaran atau ketika kehormatan agama dilanggar. Namun kemarahan seperti itu bukan lahir daripada ego, melainkan kerana cinta kepada kebenaran, dan tetap dikendalikan oleh akhlak.
Justeru kedewasaan terlihat ketika seseorang mampu memilih, mana persoalan yang perlu diperjuangkan dan mana yang cukup dilepaskan. Bukankah tidak semua sampah perlu kita pungut dengan tangan? Ada yang cukup kita biarkan saja.
Dalam Islam, kemampuan menahan marah adalah salah satu tanda kuatnya keperibadian.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang kuat bukanlah yang pandai berlawan, tetapi orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah” (HR. Bukhari dan Muslim).
Hadis tersebut menjelaskan bahawa hakikat kekuatan adalah kemampuan menundukkan hawa nafsu ketika emosi memuncak. Sebab kemenangan terbesar bukanlah mengalahkan orang lain, melainkan mengalahkan diri sendiri.
Jadi, kalau usia kita sudah kepala empat, mari mulai hidup lebih berhemat. Hemat tenaga. Hemat emosi. Hemat drama. Simpan tenaga untuk ibadah, keluarga, berkarya, tertawa, dan menikmati secangkir kopi hangat bersama orang-orang yang benar-benar bermakna.
Kerana ternyata, semakin dewasa, kita tidak memerlukan hidup yang lebih ramai. Kita hanya memerlukan hati yang lebih tenang dan ketenangan itu sering kali dimulai dengan tidak marah pada hal-hal yang memang tidak layak membuat kita marah. []
#LaTaghdobWalakalJannah #JanganMarah #40tahun #Muhasabah40Tahun #TentangUsia #Marah