[Fikrul Islam] Persoalan Terkait Berbilang Parti/Jemaah lslam (Bahagian 2/4)
Penulis: Ahmad Mahmud
Ketiga, adanya kewajipan untuk membentuk satu parti dakwah, bukan banyak parti dakwah berdasarkan sabda RasuIullah saw. berikut,
يتكون هنات فمن أراد أن يفرق أمر هذه الأمة وهي جميع فاضربوه بالسيف كاءنا من كان
“Akan ada kebinasaan demi kebinasaan. Oleh kerana itu, siapa saja yang ingin memecah-belah urusan umat ini, sedangkan mereka dalam keadaan bersatu, maka bunuhlah dia, siapa pun orangnya.” (HR Muslim)
معانا النبي فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعناه على السمع و الطاعة في منشطنا و مكرهنا وعسرنا ويسرنا و أثرت علينا وأن لا ننازع الأمر أهله قال إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان
“Rasulullah saw. telah mengundang kami dan kami pun membaiat beliau. Beliau lantas mengatakan apa yang perlu kami laksanakan, iaitu agar kami membaiat beliau untuk selalu mendengar dan taat di dalam keadaan susah mahupun senang, serta di dalam keadaan sempit ataupun lapang; agar lebih mengutamakan beliau; dan agar kami tidak merebut kekuasaan yang sah. Beliau kemudian berkata, ‘Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata dan kalian memiliki bukti yang nyata di hadapan Allah.’” (HR Muslim)
الجماعة رحمة والفرقة عذاب
“Jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu adalah azab.” (HR Imam Ahmad)
يدالله مع الجماعة
“Tangan Allah selalu bersama orang-orang yang berjemaah.” (HR Tirmidzi dan An-Nasa’i)
Sementara itu, pertimbangan bahawa persatuan amal islami merupakan keperluan gerakan dan kemanusiaan adalah didasarkan pada beberapa sebab berikut:
- Sesungguhnya proses perubahan yang islami merupakan aktiviti yang sukar; mengusir kekuatan jahiliyah dari kedudukannya juga bukanlah perkara yang mudah; sedangkan usaha merealisasikan kekuasaan Islam atas masyarakat—dalam pemikiran, perilaku, dan sistem—menuntut adanya pelekatan berbagai kekuatan di dalam satu kerangka persatuan yang bersifat gabungan (kesatuan), bukan sekadar koordinasi.
- Konspirasi antarabangsa atas Islam dan atas harakah Islam mewajibkan adanya persatuan dalam menghadapi dan mencabarnya. Kekuatan antarabangsa yang memusuhi lslam dan bersekongkol untuk menguasai Dunia lslam telah saling bekerjasama dan menyatukan perjuangan mereka.
Oleh kerana itu, bukankah lebih baik jika kekuatan Islam yang ada di Dunia Islam bersatu agar tidak menjadi santapan yang lazat bagi musuh dan agar tidak mudah bagi mereka untuk menyingkirkan dan menjatuhkannya? Secara prinsip, jika persatuan amal islami bukan merupakan sebuah kewajipan yang dituntut oleh syariat, hal demikian tidak akan pula menjadi penjaga masa depan Islam serta memelihara perjalanan Islam dari kerosakan, kezaliman, dan kemusnahan.
- Berbagai kekuatan dan parti yang bersifat lokal yang memusuhi lslam sampai sekarang ini telah memiliki cabang-cabangnya di seluruh Dunia Islam. Mereka sentiasa mempelajari, mengawasi, merancang strategi, dan sentiasa mempersiapkan diri dalam setiap keadaan. Adakah memang kekuatan-kekuatan Islam dalam menghadapi realiti ini perlu tetap berpecah-belah? Atau adakah sebaiknya umat Islam membuang segala slogan serta sebab-sebab yang menghalangi persatuan dan penggabungannya?
Dalil-dalil (justifikasi) di atas dan yang seumpamanya, secara pasti, akan menghilangkan segala keraguan, kebimbangan, dan keterlambatan berdirinya satu gerakan Islam antarabangsa, dimana pemikiran, pengaturan, strategi, dan persiapannya mampu ditonjolkan.
Inilah dalil-dalil dan justifikasi yang dilontarkan oleh kalangan yang mewajibkan adanya persatuan amal islami (dalam satu parti) dan mengharamkan adanya pelbagai parti. Oleh kerana itu, kita wajib berijtihad sesuai dengan metod Islam untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian dalil-dalil dan justifikasi tersebut dengan realiti.
Sebagaimana telah kami paparkan sebelumnya, umat Islam saat ini hidup di dalam naungan darul kufur, dan kerana itu wajib mengubahnya menjadi darul lslam. Kami juga telah menjelaskan mengenai kewajipan akan adanya jemaah/parti yang berjuang untuk merealisasikan tujuan ini dengan cara mengikuti langkah-langkah perjuangan Rasulullah SAW..
Sekarang, sebelum kita membahas dalil-dalil yang dijadikan Iandasan oleh orang-orang yang mengambil pendapat ini, kita perlu memaparkan realiti parti yang memiliki komitmen untuk menegakkan urusan ini: adakah parti yang dimaksudkan mesti merupakan jamaah al-muslimin (umat Islam sebagai satu jemaah) atau jama’ah min al-muslimin (jemaah yang terdiri daripada beberapa orang dari kalangan umat Islam).
Bagi memahami persoalan ini, kami ingin mengatakan bahawa sesungguhnya Allah telah menetapkan beberapa kewajipan yang perlu diusahakan untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Di antara kewajipan tersebut, ada yang mesti dilaksanakan secara individual (fardhu ain), yang tidak dapat digugurkan sampai berjaya dilaksanakan; dan ada juga yang merupakan kewajipan kolektif (fardhu kifayah) yang perlu dilaksanakan secara bersama-sama oleh suatu jemaah di tengah-tengah umat Islam. Di antara beberapa fardhu kifayah itu adalah kewajipan mendirikan Daulah Islamiyah.
Menegakkan syariat Allah secara keseluruhan merupakan satu kewajipan, sedangkan seorang individu muslim tidak akan mampu melaksanakannya tanpa bantuan muslim Iainnya. Namun demikian, setiap muslim wajib menyatukan usaha serta mengumpulkan kemahuan dan segenap kesungguhan untuk menegakkannya. Perkara ini termasuk dalam bab Ma laa yatim al-wajib illa bihi fahuwa wajib (Selama suatu kewajipan tidak sempurna pelaksanaannya kecuali dengan adanya suatu perkara, maka perkara tersebut hukumnya wajib).
Kewajipan ini merupakan salah satu fardhu kifayah yang wajib ditegakkan. Jika tidak ditegakkan, maka siapa pun yang tidak melibatkan diri (berdiam diri) di dalamnya akan berdosa besar. Akan tetapi, watak pelaksanaannya tidak memerlukan keterlibatan seluruh umat Islam, yakni sekadar penglibatan sebahagian orang yang dapat merealisasikan kifayah (terpenuhinya kewajipan); dengan kata Iain hanya memerlukan sekadar adanya jemaah/komuniti parti dari kalangan umat Islam (jama’ah min al-muslimin). Parti ini berusaha untuk menegakkan kewajipan ini. Para anggotanya yang berdiam diri dipandang berdosa dan dosa itu tetap ada pada siapa sahaja yang tidak berusaha untuk merealisasikannya.
Parti yang ada di tengah-tengah umat Islam ini berusaha menegakkan kewajipan tersebut. Parti juga perlu mengevaluasi sekaligus mengkritik/memuhasabah benar/salahnya berbagai pemikiran dan hukum yang diterapkan serta yang diperlukannya ketika beraktiviti untuk merealisasikan tujuan yang ingin dicapai.
Parti yang dimaksud tentu bukan merupakan umat Islam secara keseluruhan sebagai jemaah (jama’ah al-muslimin) kerana banyak individu di tengah-tengah mereka tidak beraktiviti bersamanya. Akan tetapi, mereka kadang-kadang beraktiviti dengan harakah yang lain – sebagaimana akan segera kami jelaskan dalam pembahasan terkait boleh ada berbilang parti —dan kadang-kadang ada juga yang tidak bekerjasama dengan satu jemaah pun.
Parti ini juga tentu bukan khalifah atau sejajar kedudukannya dengan khalifah. Hukum-hukum terkait kekhalifahan tidak berlaku bagi parti. Parti tidak boleh mengerjakan satu aktiviti apa pun yang menjadi tugas seorang Khalifah, dimana pelaksanaannya memang hanya disandarkan kepada dirinya, bukan kepada yang lain.
Parti, dalam hal ini, hanya merupakan salah satu jemaah yang merupakan bahagian dari umat lslam (jama’ah min al-muslimin) sahaja. Sebaliknya, umat Islam dengan seluruh komuniti yang ada di dalamnya merupakan jemaah umat Islam (jama’ah al-muslimin). Jama’ah al-muslimin meliputi semua jemaah dan semua individu yang ada di tengah-tengah masyarakat, termasuk Khalifah.
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam
Bersambung bahagian 3/4 : https://wp.me/sdmUzG-5513
Lihat juga bahagian 1/4 : https://wp.me/pdmUzG-1qP
#fikrulislam #parti #jemaah #umatislam #kesatuanumat