Indahnya Mengutamakan Kepentingan Orang Lain
Sikap mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi dalam Islam disebut dengan itsar. Ia merupakan salah satu akhlak yang paling utama, bahkan berada pada tahap tertinggi dalam implementasi ukhwah islamiyah.
Abu Jahm bin Hudzaifah Al-Adawi berkata, “Dalam peperangan Yarmuk, aku pergi untuk mencari anak pakcikku, dan aku membawa sebaldi air. Aku berkata dalam hati, “jika anak pakcikku masih hidup, aku ingin memberinya minum dari tempat minumanku ini, lalu aku akan basuh mukanya dengan air ini juga.”
Benar, aku menemukan beliau, lalu aku bertanya kepadanya,”Kamu mahu minum”? beliau memberi isyarat dengan mengiyakan. Tiba-tiba saja lelaki di sebelahnya mengeluh kehausan, “Ah..”. Anak pakcikku memberi isyarat agar aku menuju ke tempat orang tersebut dengan membawa baldi airku. Lelaki tersebut tidak lain adalah Hisyam bin Al-Ash, adik beradik Amru bin Al-Ash. Aku datang kepada beliau dan bertanya, “Kamu mahu minum?” kemudian terdengar orang lain berkata, “Ah..” kerana kehausan.
Hisyam memberi isyarat agar aku menuju ke tempat orang tersebut. Aku menuruti keinginannya untuk mendatangi orang tersebut. Apabila sampai di situ, ternyata dia telah meninggal dunia. Aku mendatangi Hisyam sekali lagi dan aku mendapati beliau pun sudah meninggal dunia. Kemudian aku kembali mendatangi anak pamanku, beliau juga sudah meninggal dunia.
Sungguh mulia apa yang dilakukan oleh para sahabat, mereka lebih mendahulukan kepentingan orang lain walaupun dia sendiri sangat memerlukannya. Demikianlah begitu bagaimana sepatutnya akhlak seorang muslim, bersimpati dan merasa menderita ketika saudaranya mengalami kesusahan.
Dalam al-Quran, Allah SWT menggambarkan sikap itsar-nya para sahabat Nabi SAW, “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang-orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (Muhajirin) melebihi dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [TMQ al-Hasyr (59): 9].
https://muslimahnews.net/2022/10/18/12992/