[Fikrul Islam] Kekhususan Ibadah
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Ibadah Bersifat Tauqifiyah
Dalam hal praktik ibadah, seorang muslim terikat dengan apa-apa yang telah disebutkan di dalam nas yang berasal dari wahyu Allah. Seorang muslim menunaikan solat, haji, puasa, dan lain-lain dengan tata cara tertentu.
Sebagai contoh, iaitu seseorang tidak boleh meletakkan kedua tangannya di belakang selama dia berdiri dalam keadaan solat. Sebab, tata cara seperti itu tidak disebutkan di dalam nas mana pun.
Selain itu, seseorang tidak boleh menunaikan kewajipan haji pada bulan Ramadhan kerana Allah SWT. telah menentukan pelaksanaan haji pada waktu tertentu. Sabda Rasulullah
ﷺ, صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِي أُصَلِّى
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.”
Beliau juga bersabda,
خُذُوْا عَنِّي مَنَا سِكَكُمْ
”Ambillah oleh kalian dariku amal ibadah (haji) kalian.”
Ibadah Tidak Memiliki Illat
Hukum-hukum ibadah tidak mengandungi illat syar’iyyah. Kebersihan, misalnya, bukanlah illat bagi wudhuk. Begitu juga olahraga bukanlah illat bagi solat. Ini kerana hukum sesuatu yang mengandungi illat (al-hukm al-mu’allal) adalah suatu hukum di mana ada dalil yang menyebutkan atas kandungan illat hukum tersebut. Sedangkan, hukum-hukum ibadah, tidak disebutkan adanya illat syarieyah-nya. Definisi illat itu sendiri adalah perkara-perkara yang dapat membangkitkan suatu hukum (al-amr al-baa-‘its ‘alaa al-hukm).
Ibadah Ditujukan kepada Allah Semata
Ibadah ditujukan untuk mengatur hubungan manusia dengan Rabb-nya. Seorang muslim tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun dalam hal beribadah. Allah Taala berfirman,
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللهِ اِلٰهًا اٰخَرَ…
“…janganlah kalian menyeru Tuhan lain selain Allah…” (TMQ Al-Qashash [28]: 88)
Begitu juga firman-Nya,
… وَّلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهٖٓ اَحَدًا
“…dan janganlah dia menyekutukan Rabb-nya dengan seorang pun dalam beribadah.” (TMQ Al-Kahfi [18]: 110)
Ibadah Tidak akan Diterima, kecuali Disertai Niat yang Ikhlas kerana Allah
Salah satu syarat diterimanya ibadah adalah niat yang ikhlas kerana Allah. Misalnya, apabila seorang muslim melakukan solat, tetapi tidak diniatkan kerana Allah, maka solatnya tidak akan diterima. Solat seperti ini tidak akan mendapat pahala apa-apa. Maksudnya adalah kewajipan solat itu tetap belum gugur bagi pelakunya. Sabda Rasulullah,
ﷺ, إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِنِّيَاتِ…
“Sesungguhnya amal-amal itu dengan niatnya…”
Makna “amal-amal” dalam hadis tersebut adalah amal-amal ibadah. Sebab, selain dari amalan ibadah tidak disyaratkan adanya niat. Oleh kerana itu, jika Anda melepaskan peluru kepada seseorang (tanpa sengaja, penerj.), kemudian Anda menyebabkannya terbunuh, maka Anda tetap akan dianggap sebagai pelaku pembunuhan sekalipun Anda membela diri dengan mengatakan bahawa Anda sama sekali tidak berniat untuk membunuhnya.
Tiada Perantara dalam Ibadah antara Seorang Hamba dengan Allah
Allah Taala berfirman,
وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 186)
Sedangkan, doa merupakan otak (inti/pokok) dari ibadah (mukhkhul ‘ibadah).
Kemudahan dan Keringanan dalam Penegakan Ibadah
Allah tidak membebankan kepada seseorang (manusia) melebihi dari apa yang disanggupinya. Allah SWT. berfirman,
لَا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا…
“Allah tidak membebankan atas diri seseorang kecuali sekadar kemampuannya…” (TMQ Al-Baqarah [2]: 286)
Allah telah menetapkan aturan tentang adanya keringanan (rukhsah) dalam ibadah. Misalnya, Allah telah memberi rukhsah bagi orang sakit untuk solat sambil duduk. Begitu pula bagi orang yang sedang safar (musafir) diperbolehkan untuk berbuka (tidak saum) pada Ramadhan, di samping Allah telah menggugurkan kewajipan jihad bagi orang yang buta, tempang, dan sakit. Rasulullah ﷺ bersabda,
إِنَّ الدِّيْنَ يٌسْرٌ,
“Sesungguhnya agama itu mudah.”
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam
#FikrulIslam #PemikiranIslam #ibadah