[Nafsiyah] Tidak Disiplin Menghadiri Majlis Ilmu
Salah satu adab majlis yang sering dilupakan ialah hadir tepat waktu sesuai akad yang disepakati. Kerana bersegera datang ke majlis ilmu tanpa terlambat adalah hal yang paling utama. Seorang murid hendaknya datang terlebih dahulu sebelum guru.
Sangat hairan jika seseorang ingin mendapatkan ilmu, tetapi kurang semangat dalam mencarinya, yang dibuktikan dengan selalu terlambat hadir. Padahal, ulama telah memberikan peringatan bahawa, “Ilmu (agama) itu didatangi, bukan ilmu yang mendatangi.”
Allah Taala juga telah berfirman, “Sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawapannya.” [TMQ Al-Isra (17): 34]
Sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim menyatakan, “Barang siapa yang tidak menepati janji seorang muslim, dia mendapatkan laknat Allah, malaikat, dan seluruh manusia. Tidak diterima darinya taubat dan tebusan.”
Dalil-dalil di atas menunjukkan pentingnya hadir tepat waktu di majlis ilmu kerana merupakan salah satu pemenuhan akad dalam syariat.
Berbagai hikmah dapat kita dapatkan jika selalu tepat waktu memenuhi akad, antaranya:
Pertama, akan memperbesar kepercayaan orang lain.
Kedua, akan memperluas pahala kebaikan antara sesama manusia.
Ketiga, Allah akan menggolongkan orang-orang yang memenuhi janji ke dalam golongan orang yang bertakwa. Firman-Nya, “Sebenarnya barang siapa menepati janji dan bertakwa, maka sungguh Allah mencintai orang-orang yang bertakwa. Padahal, yang benar adalah bahawa mereka tetap berdosa kerana khianat.” [TMQ Ali Imran (3): 76]
Keempat, menepati janji juga dapat menjadi penyebab terhapusnya dosa kita dan memasukkan kita ke dalam syurga. Allah Taala berfirman, “Wahai Bani Israil! Ingatlah nikmat-Ku yang telah Aku berikan kepadamu. Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan takutlah kepada-Ku saja.” [TMQ Al-Baqarah (2): 40].
Masyaallah, begitu banyak hikmah dari memenuhi akad (janji). Oleh sebab itu, seorang muslim tentu tidak akan menyia-nyiakan waktunya dengan sering terlambat menghadiri majlis ilmu. Lalu, mengapa seseorang sering sekali terlambat menghadiri majlis ilmu?
Ada beberapa sebab. Pertama, kerana tidak ikhlas dalam menuntut ilmu. Kedua, terdapat bentuk peremehan terhadap majlis yang hendak didatangi hingga dia tidak bersegera, malah berlengah-lengah hingga terlambat. Ketiga, pengurusan waktu yang teruk, tidak mampu mengatur waktu hingga selalu terlambat.
Padahal disiplin dalam menghadiri majlis ilmu adalah salah satu kunci kejayaan memperoleh ilmu dan meraih pahala. Kemudian, salah satu kunci meraih keberkahan dalam majlis ilmu ialah menghadirinya tepat waktu.
Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang lalai dalam beramal, sering terlambat tidak memenuhi akad. Ini kerana termasuk ciri-ciri orang munafik. Astagfirullah. Wallahul mufawiq.
Sumber: https://muslimahnews.net/2022/11/08/13995/
#nafsiyah #majlisilmu #sikap #pengurusanmasa