[Nafsiyah] Meninggalkan yang Tidak Berguna
Penulis: M. Taufik
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, “Telah bersabda Rasulullah SAW,
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ
“Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.” (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Hal yang tidak berguna boleh berupa perbuatan mahupun perkataan. Pada suatu hari, seorang sahabat meninggal dunia. Seseorang berkata, أَبْشِرْ بِالجَنَّةِ (“Berilah khabar gembira dengan syurga.”), maka Rasulullah SAW bersabda,
أَوَلَا تَدْرِي فَلَعَلَّهُ تَكَلَّمَ فِيمَا لَا يَعْنِيهِ أَوْ بَخِلَ بِمَا لَا يَنْقُصُهُ
“Apakah kalian tidak tahu, mungkin dia pernah mengucapkan perkataan yang tidak mendatangkan manfaat atau bakhil terhadap sesuatu (harta) yang sebenarnya tidak akan berkurang (jika disedekahkan).” (HR Tirmidzi)
Nabi SAW bersabda,
إِنَّ مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ قِلَّةَ الْكَلاَمِ فِيمَا لاَ يَعْنِيهِ
“Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah mengurangkan berbicara dalam hal yang tidak bermanfaat.” (HR Ahmad dari Al-Husain bin ‘Ali ra.)
Oleh itu, alangkah beruntungnya orang-orang yang sentiasa menghitung perkataannya. Umar bin Abdul Aziz RA berkata,
مَنْ عَدَّ كَلَامَهُ مِنْ عَمَلِهِ، قَلَّ كَلَامُهُ إِلَّا فِيمَا يَعْنِيهِ
“Sesiapa yang menghitung perkataannya berbanding dengan amalnya, maka dia akan sedikit bicara kecuali dalam hal yang bermanfaat.” (Ibnu Rajab (w. 795 H), Jâmi’ al ‘Ulûm wa al Hikam, 1/291)
Apabila kita tidak berusaha menyibukkan diri dengan persiapan menghadapi kehidupan akhirat, maka Allah boleh memberikan kesibukan lain yang tidak bermanfaat untuk kehidupan kita.
Apabila kita tidak sibuk menyerukan dakwah Islam, kita akan disibukkan berbicara menyerukan yang lain, sedangkan ini adalah di antara tanda bahawa Allah tidak senang dengan kita.
Imam Al-Hasan berkata,
من علامة إعراض الله تعالى عن العبد أن يجعل شغله فيما لا يعنيه.
“Di antara tanda “berpalingnya” Allah Taala dari seseorang, iaitu apabila orang itu sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna (bagi kepentingan akhiratnya).” (Ibn Daqîq al ‘îd (w. 702H), Syarah al Arba’in an Nawawiyyah, hlm. 62)
Ada orang yang apabila diajak mengaji selalu beralasan sibuk, tetapi sebenarnya masih ada masa untuk memancing berjam-jam, padahal dia tidak termasuk orang yang kekurangan lauk untuk makanan.
Ada orang yang bergelimang dengan harta, tetapi ‘tidak ada masa’ untuk menyelami diri beribadah kepada Allah Taala, anehnya kebanyakan masanya dihabiskan untuk bekerja mengumpulkan harta lebih banyak, padahal harta yang Allah telah berikan kepadanya tidak akan mampu dia habiskan. Na’udzubillaah.
Sumber:
#Nafsiyah
#TinggalkanYangTidakBerguna
#ManfaatkanMasa
#PerbanyakkanAmalKebaikan
#KurangkanBicara