Kempen Rejab 2023 : Pengenalan Risalah
“Perubahan hakiki HANYA dengan seruan Khilafah”
Dunia sedang huru-hara. Negara berhadapan dengan berbagai krisis di bawah sistem pemerintahan buatan manusia – yang telah terbukti gagal untuk menyelesaikan masalah manusia. Kemiskinan, kelaparan, pembunuhan beramai-ramai, penindasan, rasuah, peperangan yang tidak berperikemanusiaan, penjajahan yang kejam, kemusnahan keluarga, wabak penyakit, diskriminasi terhadap wanita, krisis pendidikan dan kesihatan, gaya hidup bebas dan berbagai lagi masalah yang semakin membarah dari Timur ke Barat.
Bagaimana kita hendak menamatkan semua ini? Bagaimana kita hendak keluar dari ‘pasir jerlus’ ini?
PERUBAHAN SEBENAR tidak boleh dicapai dengan mengitar semula sistem yang gagal – demokrasi dan sebagainya. Ia juga tidak dapat dicapai dengan membuang beberapa bahagian dari sistem yang rosak ini.
Ia memerlukan PERUBAHAN YANG RADIKAL, ASAS DAN KOMPREHENSIF.
Ia memerlukan kewujudan sistem alternatif yang memberikan penyelesaian sebenar kepada permasalahan manusia.
Ia memerlukan kita sebagai seorang Muslim untuk kembali kepada apa yang telah Sang Pencipta turunkan kepada kita : UNDANG-UNDANG ALLAH, SISTEM PEMERINTAH-NYA… dan untuk kita merangkul satu misi mulia… iaitu dengan mengembalikan KEPIMPINAN SEBENAR untuk umat Islam.
SISTEM KHILAFAH BERDASARKAN METOD KENABIAN.
Bulan Rejab ini, Bahagian Wanita di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir telah melancarkan kempen global yang mengangkat tajuk :
PERUBAHAN HAKIKI HANYA DENGAN SERUAN KHILAFAH
Kempen ini akan meneliti pandangan semasa terkait bagaimana tanah Islam boleh mencapai masa depan yang lebih cerah, apa yang diperlukan untuk mengubah segala huru-hara menjadi satu kebangkitan untuk rantau ini, peranan umat Islam dalam mewujudkan perubahan sebenar dalam dunia Islam dan juga global, serta sama ada perubahan radikal dan penubuhan Khilafah hanyalah satu khayalan ataupun benar-benar boleh dilaksanakan.
Kami menyeru mereka yang hendak melihat masa depan yang lebih cerah untuk tanah Islam, agar menyokong kempen ini di mana boleh diikuti di :
http://www.hizb-ut-tahrir.info
FB – WOMENSCMOHT
Twitter – @WomenForKhilafa
Instagram – @WomenShariah5
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki