FASA 1 – Perlunya Tindakan Segera ke arah Perubahan Hakiki
Penjajahan Halus Kapitalisme melalui gelombang budaya #Korea
Netflix merencanakan rangkaian sekuel Korea Selatan terbesarnya, dengan 34 tajuk baru dan yang akan ditayangkan tahun ini. Dikatakan bahawa data penonton menunjukkan “lebih daripada 60% dari semua pelanggan Netflix” menonton sekuel Korea tahun lalu. Pada tahun 2021, eksekutif perusahaan mengatakan Netflix (NFLX) merancang untuk melabur sebanyak $500 juta ke bahagian sekuel Korea, selain $700 juta yang telah dikeluarkan sejak 2016.
Raksasa media lainnya, seperti Disney, juga membuat pelaburan yang besar pada sekuel Korea. Perusahaan baru-baru ini memberi lampu hijau terhadap beberapa sekuel baru dari Korea Selatan, termasuk rangkaian acara asal dengan band K-pop BTS.
Komentar:
Gelombang budaya Korea (K-wave) telah berkembang secara global dan mendapat perhatian terutama generasi muda untuk terus mengeruk keuntungan sebesar-besarnya melalui industri budaya pop mereka. Kapitalisme hari ini menjelma sebagai sebuah soft power yang menebar candu hingga mangsanya tidak sedar telah dieksploitasi. Mereka menghabiskan wang, fikiran, masa, dan perasaannya untuk mencintai budaya pop Korea seperti K-pop dan K-drama. Tidak sedikit peminat yang membayar tiket hingga belasan juta untuk menonton konsert kumpulan Korea yang menjadi idolanya.
Penjajahan terburuk adalah ketika mangsanya tidak sedar bahawa dirinya adalah mangsa, bahkan lebih buruk lagi, mereka sebaliknya menjadi pembela mati-matian bagi kroni penjajah.
Kapitalisme menyihir penjajahan dengan sangat cantik. Efek domino keuntungan Korea melalui soft power-nya merembat ke industri produk seperti skincare, makanan, barang elektronik, hingga ke sektor perlancongan. Jika generasi kita tidak sedar dengan segera, kita mungkin akan tenggelam dengan lebih dalam atau terjebak dengan gaya penjajahan halus yang lain, na’udzubillah min zalik…
Sayyidah Khoirul Nisa
Tim Kajian Fareastern Muslimah
#kempenrejab #kebangkitanumat
#KhilafahBringsRealChange
#بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki