FASA 1: Perlunya Tindakan Segera ke arah Perubahan Hakiki
Kesan LGBTQ+ terhadap Keluarga dan Komuniti Islam
#SocialChaos #HumanityCrises
Jumlah orang Amerika yang mengakui diri sebagai LGBTQ+ terus meningkat secara konsisten di AS. “Berdasarkan data dari 2019 Current Population Survey Annual Social and Economic Supplement (CPS ASEC), terdapat 543,000 pasangan sesama jenis yang telah menikah dan 469,000 pasangan sesama jenis yang belum menikah tetapi tinggal bersama.” Selain itu, berdasarkan data tahun 2019, terdapat 191,000 anak yang hidup bersama orang tua sesama jenis.
Menurut Mental Health America, kebarangkalian bagi remaja LGBTQ+ mengalami gejala kemurungan sebanyak 6 kali ganda adalah dari kalangan heteroseksual, 4 kali ganda kemungkinan merasa ingin bunuh diri, dan 4 kali ganda mungkin mencuba bunuh diri. Sebanyak 48% orang dewasa transgender mengatakan bahawa mereka telah mempertimbangkan untuk bunuh diri, dibandingkan dengan angka 4% dari keseluruhan populasi AS. Jumlah mereka yang dikenal pasti sebagai LGBTQ+ meningkat kerana pilihan gaya hidup ini semakin didorong oleh kerajaan dan fasiliti pendidikan, termasuk di sekolah rendah.
Tidak menghairankan jika mereka menjalani kehidupan yang tidak wajar yang menyebabkan kadar penyakit mental dan bunuh diri yang lebih tinggi pada anak-anak seawal usia 9 tahun.
Amat menyedihkan lagi apabila gaya hidup ini juga menyebar dalam masyarakat di dunia Muslim, seperti di Turki, Indonesia, dan Palestin, seterusnya menambah parah krisis yang melanda negeri-negeri tersebut.
Selain itu, dengan normalisasi gaya hidup ini, kita menyaksikan bagaimana tempat-tempat transit anak-anak dan sekolah-sekolah di Amerika mengajarkan kepada anak-anak kecil bahawa mereka dapat memilih gender atau orientasi seksual mereka. Sementara itu, sebahagian orang tua di AS memilih untuk memberi tanda X sebagai ganti jenis kelamin pada sijil kelahiran anak mereka, atau tidak lagi memakaikan gaun pada anak-anak perempuan mereka melainkan pada anak-anak lelaki mereka.
Normalisasi atas kecelaruan gender dan gaya hidup homoseksual berperanan penting dalam kehancuran institusi keluarga dengan menghancurkan peranan gender yang bersifat semula jadi, mendorong orang-orang untuk tetap terus membujang, atau memiliki pasangan sebanyak yang mereka inginkan. Hal ini juga menyebabkan krisis kesihatan mental yang parah, mempengaruhi anak-anak dari orang tua sesama jenis serta remaja yang mengakui diri sebagai LGBTQ+, yang berhadapan dengan angka kes bunuh diri yang lebih tinggi daripada orang-orang heteroseksual.
#TheNeedForRealChange #UrgensiPerubahanHakiki #KhilafahMembawaPerubahanHakiki #KhilafahBringsRealChange #RajabCampaign #GlobalCrises